Monday, June 27, 2011

TARSIER

Siau Island Tarsier


Makhluk Tuhan yang mungkin kita tidak tahu....tetapi, tarsier ini dah nak hampir pupus. 

sumber : National Geographic News

Wednesday, June 22, 2011

Aku InGin MenciNtaiMu

Tuhan betapa aku malu atas semua yang Kau beri padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa

entah mungkin karna ku terlena sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU
betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU
reff:aku ingin mencintaiMU
setulusnya,sebenar-benar aku cinta
dalam do'a dalam ucapan dalam setiap langkahku
aku ingin mendekatiMU selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi



Monday, June 20, 2011

MaCaM-MaCaM

Musim buah tahun ini meriah sekali. Dua batang pokok durian penuh dengan buahnya. Seronok kami. Saat ini saya menunggu durian pertama yang akan luruh. Bukan kami saja yang teringin nak makan durian. Cik Tupai pun mahu jugak. Setakat ini dah hampir tiga biji yang sudah ditebuknya.  Macam-macam sudah dilakukan untuk memastikan cik Tu tak makan durian. Haha… Baju t-shirt dah digantung, kot2 cik Tu takut, tapi sebaliknya. Sebelum tu, ayah letak tin biskut kosong kat tepi pokok, bila kami kat situ, ketuk la tin tu, bagi cik Tu takut. =) Sekejap ja takutnya. Bila rumah sunyi, operasi cik Tu diteruskan…

Selain durian, ada buah dokong, pisang manggis. Pokok manggis baru belajar berbuah. Yang paling banyak ialah buah dokong. Pokok dokong ni ditanam arwah Wan lama dulu, sebelum rumah yang ku huni ini berdiri. Nak tahu berapa batang pokok dokong??? Haaaa……lebih dari sepuluh pokok. =)

Alhamdulillah, saya suka tinggal di sini. Dikelilingi oleh hijau alam, memang menarik.

Di luar rumah bukan saja ada CIK TUPAI, malah ada CIK TIKUS. Cik Ti ni pun pandai. Bila sunyi ja, mulalah dia mencari ruang dan peluang nak masuk ke dalam rumah. Sebelum ni, depan mata saya Cik Ti tolak siling kat tingkap masuk dalam dapur….terus Cik Ti lari belakang tempat memasak, duduk kat tong gas. Bukan senang nak tangkapnya. Buat perangkap bukan nak masuk. Sekarang ni, siling tu sudah ditutup rapat. Lepas ni mahu ku lihat, bagaimana Cik Ti nak masuk rumah.

Ok, lah setakat ini luahan rasa dan cerita saya yang bercuti di rumah ini. =) Semoga saya menghargai apa yang saya ada sekarang…
Terima kasih wahai Tuhan. 
Alhamdulillah. 

Wednesday, June 8, 2011

TUNAS MUDA yang lalu...

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

apa khabar kalian di luar sana?? maafkan saya kerana lama menyepi. Saat ini tangan terasa mahu menekan papan kekunci di laptop kepunyaanku.. Saya teringat kem Tunas Muda(TM'11) yang saya hadiri baru-baru ini. Banyak kenangan yang menjadi santapan buat diri yang sentiasa mencari. 


Bahagian 1
Saya jumpa guru2 yang saya teringin sangat nak jumpa semenjak keluar sekolah dulu. Terima kasih cikgu. Rasanya kali ini saya sangat bertuah sebab jumpa cikgu Zuhailah, teacher Norliza, cikgu Chelimah, cikgu Azimah, ustazah Ummul Husna, dan ramai lagi. Banyak nostalgia bersama guru2 ini. Guru2 ini walaupun ada yang sebentar cuma saya mengenali mereka, tetapi banyak ilmu yang telah ku kutip. 


Saya masih ingat bagaimana cikgu Zuhailah menerapkan kepada kami to "LOVE CHEMISTRY". Haha.. Waktu di Tunas Muda yang lepas, saya tidak dapat menahan air mata sebab terlalu sebak berjumpa dengannya. tetapi, saya tidak sempat berjumpa semula dengan cikgu.


Buat teacher Norliza dan cikgu Chelimah, maafkan saya kerana tidak perasankan cikgu berdua kerana saat itu saya bergegas untuk tidak ketinggalan bas.


Bahagian 2.
TM'11 adalah kali ketiga keterlibatan saya sebagai jawatankuasa TM. Kali pertama dan ketiga ini saya menjadi fasilitator. Fasilitator ini pelbagai rupa dan cara. Saya sedaya upaya memanfaatkan apa yang saya ada untuk manfaat adik-adik tingkatan 2 SMKA Baling. 
Adik2 kumpulan saya pelbagai gaya. Ada yang ramah, ada juga yang pendiam. Satu perkara yang takkan saya lupa, masa nak bincang persembahan apa yang nak dibuat untuk Malam Kurik Kundi, saya hairan mengapa saya tanya idea apa ada....mereka diam membisu... Masa yang diberi untuk berlatih hanya sejam sahaja...dalam diam mereka, saya berfikir yang diam mereka itu berisi, mungkin barangkali segan dengan kakak fasilitator. Jadi saya tinggalkan mereka. Buatlah apa yang adik2 mahu buat.
Tidak sampai lima langkah saya meninggalkan mereka, dengarlah suara2 yang tadi diam seribu bahasa. Apa saya nak kata..........senyum sajalah. Dalam hati, kalian ini bagus rupanya, tidak mengharapkan pada bantuan fasi. 
Saya duduk dibangku kerusi yang agak jauh dari mereka, tapi masih mampu mendengar gelak ketawa mereka. Menyaksikan keletah adik2 ini membuatkan saya terharu. 

....setakat ini dahulu, bersambung kemudian....

Wednesday, June 1, 2011

Bengkel Jahitan

assalamualaikum... 
lama sudah saya tidak menjengah blog ini. Sibuk barangkali dengan bengkel jahitan. Tambahan pula, 27-30 Mei lalu saya ke SMKA Baling.

Alhamdulillah, telah empat hari saya mengikuti kelas menjahit. tapi, sehelai blause itu belum lagi siap dijahit. Mana tidaknya, saya budak baru belajar....belajar nak guna mesin jahit. hahaha.. mungkin sesetengah orang menganggap ia mudah, tetapi bagi saya, setiap perkara baru yang kita belajar susah dan lama kelamaan barulah menjadi mudah. 
Saya belajar menjahit di pusat kegiatan masyarakat KEMAS Jitra, dekat ja dengan rumah. 

ok lah, setakat itu dahulu... Saya mahu membuat roti arab di petang hari. =)

Sunday, May 22, 2011

4 novel

Alhamdulillah, pujian bagi Allah Raja alam yang paling berkuasa. Sejak kepulanganku ke teratak Kampung Sepakat ini, selepas peperiksaan akhir semester lalu, telah empat buah novel saya baca. Bermula dengan Isabella, Maria, Sebongkah Batu di Kuala Berang dan petang tadi Bara Cinta Canberra. Semuanya memberi pengajaran yang bukan sedikit buat bekalan hidup.


Novel Isabella dan Maria membawakan plot penceritaan tentang agama. Dalam Isabella, pembaca banyak didedahkan tentang Islam dan Kristian dengan mendalam. Sangat bagus saya kira untuk kita lebih menghargai agama Allah yakni Islam. Manakala dalam Maria, penulis menceritakan tentang tiga penjuru isu ketuhanan Islam-Aties-Kristian.
    

Pada pandangan saya, betul apa yang saya lakukan. Membaca Isabella dahulu kemudian Maria. Kerana ianya menambahkan lagi keyakinan kita pada Islam. Dari pembacaan novel Maria, saya baru bertemu bagaimana yang dikatakan fahaman Ateis itu. Alhamdulillah, saya sudah punya idea tentang golongan yang berfahaman Ateis. Tetapi, satu perkara yang saya sedar, sebenarnya fahaman Ateis ini telah meresap ke dalam jiwa-jiwa yang lalai kepada Tuhan.

Terima kasih kepada penterjemah novel Isabella dan Maria. Kedua2nya sangat bagus untuk dibaca buat semua yang bergelar pendakwah atau da’i. Untuk memenangi hati mad’u, kita perlu ada bekal yang banyak, justeru kita tidak mudah lelah dalam menangani isu yang timbul.


Dari dua novel itu, saya beralih ke novel yang saya beli pada hari pertama keluarannya..Sebongkah Batu di Kuala Berang, karya Faisal Tehrani. Bagi saya novel ini agak ringan berbanding novel-novelnya yang lain. Sebongkah Batu di Kuala Berang membawa saya menyulusuri sejarah Kuala Berang, atau dahulu kala dinamai Foloan. Siapa sangka Kuala Berang yang biasa-biasa itu mempunyai sejarah yang cukup berharga buat warga Semenanjung Emas. Novel ini penuh dengan fakta-fakta sejarah kedatangan Islam ke tanah emas ini. Betapa bertuahnya orang Kuala Berang dahulu kala dengan pertemuan batu bersurat sebuah catatan perjalanan. 

Selepas menghayati kandungan Kuala Berang, saya menjiwai pula watak seorang ‘Ikmal Hakimi’ dalam Bara Cinta Cabberra. Novel ini hasil karya Ilham Hamdani, seorang penjawat awam di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Canberra, Australia. Karya ini membawa saya menerokai Canberra yang tak pernah saya kenali sebelum ini. Banyak perkara yang diketengahkan dalam hasil tulisan penulis ini, sesuatu yang sangat dekat dengan kita, juga persoalan-persoalan tentang kehidupan. Intipati dari novel ini yang sangat dekat dengan anak muda seperti saya; carilah cinta Tuhan nescaya kamu akan berjumpa akan cinta hamba-Nya.

Membaca hasil karya penulis-penulis berwibawa membawa saya dekat dengan Pencipta. Tahniah atas usaha murni mereka, yang menjadikan novel itu medan menyebarkan ilmu.

Satu perkara di fikiranku, saya suka membaca karya-karya orang tetapi bilakah pula saya mahu cuba menulis…sesuatu mesti difikirkan….

Setakat ini dahulu perkongsian dari benak yang sangat dahagakan ilmu. Saya mahu pastikan cuti yang panjang ini diisi dengan sesuatu yang berfaedah lagi menjadikan otak saya tidak berhenti berfikir tentang kehidupan. Moga saya dan kamu mendapat manfaat dari pembacaan ini. 

Apakah pula buku seterusnya untuk di baca??

Saya mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan dari pembaca catatan ini.

SELAMAT MEMBACA!!!

                                                                ...catatan perjalanan seorang hamba...
                                                                       Jitra, Kedah Darul Aman
                                                                        22 Mei 2011, 9:45p.m.

Thursday, May 5, 2011

Mursyid Am Ikhwanul Muslimin ke-8

assalamualaikum...


Mursyid Am Ikhwanul Muslimin


Tadi saya membaca perihal tokoh Ikhwan Muslimin dalam http://www.al-ikhwan.net
Saya baca tentang profil Mursyidul Am Ikhwan yang ke-8. 
Namanya Prof Dr Muhammad Badi' Al-Majis Sami. 
Beliau ini rupa-rupanya seorang doktor haiwan. Subhanallah.. 


Sungguh saya kagum melihat satu lagi susuk tubuh pemimpin Ikhwan Muslimin. Mereka ini bukan calang-calang orang yang dipilih untuk memimpin sebuah jamaah yang besar.


Selepas daripada pembacaan, saya mendapat inspirasi. Mahu belajar dengan lebih tekun dalam bidang yang saya ceburi saat ini. Saya berpandangan, setiap bidang ilmu yang kita terokai sebenarnya mempunyai peranan masing-masing. Apa yang pasti, jangan menyalah guna ilmu tersebut. Apabila agama Islam dimasukkan ke dalam apa jua ilmu yang kita dalami, ia pastinya akan menjadi ilmu agama juga. 


Akhir kalam, jom manfaatkan apa jua bidang yang kita dalami untuk Islam tercinta. Semoga dengan usaha itu, mendapat ganjaran pahala dan syurga dari-Nya. 


waallahu'alam...