Friday, December 10, 2010

SEBUAH PERTEMUAN


SEBUAH PERTEMUAN – Unic

Ketika diri mencari sinar 
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar 
Tersungkur di lembah kegelapan 

Bagaikan terdengar bisikan rindu 
Mengalun kalimah menyapa keinsafan 
Kehadiranmu menyentuh kalbu 
Menyalakan obor pengharapan 

C/O 1: 
Tika ku kealpaan 
Kau bisikkan bicara keinsafan 
Kau beri kekuatan, tika aku 
Diuji dengan dugaan 

Saat ku kehilangan keyakinan 
Kau nyalakan harapan 
Saat ku meragukan keampunan Tuhan 
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala 

Menitis airmataku keharuan 
Kepada sebuah pertemuan 
Kehadiranmu mendamaikan 
Hati yang dahulu keresahan 

Cinta yang semakin kesamaran 
Kau gilap cahaya kebahagiaan 
Tulus keikhlasan menjadi ikatan 
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan 

C/O 2: 
Titisan air mata menyubur cinta 
Dan rindu pun berbunga 
Mekar tidak pernah layu 
Damainya hati Yang dulu resah keliru 

Cintaku takkan pudar diuji dugaan 
Mengharum dalam harapan 
Moga kan kesampaian kepada Tuhan 
Lantaran diri hamba kerdil dan hina 

* Syukur sungguh di hati ini 
Dikurniakan teman sejati 
Menunjuk jalan dekati-Nya 
Tika diri dalam kebuntuan 

Betapa aku menghargai 
Kejujuran yang kau beri 
Mengajarku mengenal erti 
Cinta hakiki yang abadi 

Tiada yang menjadi impian 
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan 
Yang terbias pada ketulusan 
Sekeping hati seorang insan 
Bernama teman



Wednesday, December 8, 2010

semangatku..

video
ku cari semangat yang hilang
demi sebuah perjuangan
takkan sekali-kali aku berundur
menegakkan agama Allah.. 

ya Allah, teguhkanlah hati hamba-hambamu ini dalam kami menuntut ilmu. Moga dengan ilmu yang sejengkal ini memberi manfaat buat seisi alam.
Amin...

" dan sekiranya mereka benar2 redha dengan apa yang diberikan kepada mereka oleh Allah dan Raul-Nya , dan berkatalah 'cukuplah Allah bagi kami, Allah dan Rasul-Nya akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya kami orang-orang yang berharap kepada Allah' "  (At-taubah : 59)



...waallahu'alam...

Friday, December 3, 2010

kepulangan..

ASSALAMUALAIKUM..

Semasa hendak berangkat, di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. *tarikh tidak betul







tanggal 6 disember ni, ayah dan bondaku akan pulang dari tanah suci makkah. saya ternanti2 saat itu. pasti ramai sanak-saudara akan menyambut mereka. mana tidakkanya, saudara yang tinggal d johor juga balik... pasti meriah. 

Dalam benakku, pemergian mereka ke mekkah membawa sedikit sebanyak perubahan dalam keluarga besarku. Adik-beradik berkumpul meraikan pemergian dan kepulangan mereka. Sengketa dilupakan... Seronokkan kalau begini selalu. InyaAllah, saya berharap begitu.

Sepatutnya, flight balik bertarikh 28/11, tetapi ditunda ke 6/12. Allah memberi peluang buat ayah bonda untuk berlama di rumah-Nya. MasyaALLAH...
Ini adalah anugerah yang tiada tandingannya. Pastinya saat itu akan dirindui.

Yang pastinya, saya tiada di saat mereka pergi dan pulang...  
Dari kanan: tok, bonda, ayahanda, tokngah.







Semoga mereka selamat pulang ke tanah air... Amin.

Friday, November 26, 2010

fitrah...

dengan nama-Mu yang Maha Pemurah....
syukur padaMu...aku sudah lepas 4 subjek exam. tinggal lagi dua.
Sepanjang minggu exam ni,, macam perasaan yang ku hhadapi. semuanya bercampur baur menjadi satu... Allahu AKHbar!!!
Dia nak mengingatkan bahawa tempat pergantungan harapan hanyalah kpd -Nya.





fitrah hamba, bila terasa susah, mesti nak mengadu...tp tempat terbaik untuk mengadu adalah Allah. ini kerana Dia yang menjadikan kita, jadi Dia lebih memahaminya...kn??




sudah habis meluahkan perassaan... hmmm....
moga bertambah iman kita!!!

wassalam... 




 

Tuesday, November 23, 2010

Dunia examku...

    
assalamualaikum...
alhamdulillah teangahari tadi sudah selesai satu subjek. hari khamis pulak dengan INterMediary MeTabOlism 1,,semoga dapat menjawab. InsyaAllah.





 

Saturday, October 30, 2010

rindu dan sayang

assalamualaikum warahmatullah..

 


alhamdulillah.. Allah masih beri aku perasaan rindu, sayang dan cinta. tp, sejauh mana aku mengaplikasikan ia pada jalan yg betul. Sesungguhnya, aku tersangat rindu utk bertemu keluarga... namun ayah & ibu d Mekkah utk menunaikan ibadah haji dan umrah. bila teringat balik,, tujuan p ke sana adalah utk tunai ibadah,, jd doakan semoga ibadah berjalan lancar.
Gambar ni yg jd pengubat rindu.. dahsyat la jg kalau diingat.. ^_^ tp tarikh kt gambar ni x betul. 
insyAAllah, moga redha Allah milik kita.. 
Mengerjakan haji jd wajib apabila sudah sampai masanya.. sekarang utk ayh dengan ibu.. lain masa orang lain pulak.

Wednesday, October 27, 2010

jatuh hati..

video

ya Allah...
jdkanlah aku dr golongan org2 yg bertaqwa..
maafkanlah daku
atas kesilapan yg lalu...
xingin aku ulangi dosa lalu
yg menghantui diriku

teman...
maafkan aku
atas silap salahku
terhadapmu

moga Allah ampuni kita...

Tuesday, October 26, 2010

Monday, October 25, 2010

rose..













A rose is a perennial flower shrub or vine of the genus Rosa, within the family Rosaceae, that contains over 100 species and comes in a variety of colours. The species form a group of erect shrubs, and climbing or trailing plants, with stems that are often armed with sharp prinkles. 
All widely grown for their beauty and fragrance.
The important thing is I like it very much... ^_^  

zikrullah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, pujian dan selawat ke atas mu YaAllah dan para RasulMu..
Terima kasih atas ni'mat iman yg telah Kau beri.. 
saat hati bergelumang dgn byk perkara yg perlu dilakukan,,jgn la kita lupa pd Dia tuhan Rabbul 'Izzati. 
salah satu cara nk igt Allah ialah banyakkan berzikir.  

video
saya suka dengar lagu baru ni.. :-) 
^_^ sekadar berkongsi,, semoga hati kita sentiasa diikat dgn Allah...    amin!! 


Saturday, October 23, 2010