Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Wednesday, January 22, 2014

Done with Anthem

Penangan Anthem by Hlovate

Assalamualaikum. Sampai rumah dari kuala lumpur, usai peperiksaan semester.

Petang.

Selongkar cari novel.

Found ‘Anthem’ by Hlovate.
Seriously, reading this make me remember my old time. School time. There we are trained with discipline. How time flies…
I know it was hard to transform ourselves to a good one when there are no body understand. Allah, help them who want to be good.
.
.
.
.
.
Not finish reading yet.
^__^

Wanna go to india, new Zealand, turkey and UK. Makkah and Madinah is always in my heart.

~17 Januari 2014~

Now, it's done. Continue with other books.


Thursday, October 31, 2013

Buku oh buku

26 Zulhijjah 1434H.

Assalamualaikum. Apa khabar kalian?

Hari ini, sedang mendengar syarahan Dr. Saiful dalam kuliah Biologi Molekul II, hujan turun dengan lebatnya. Ya Allah, moga hujan ini bermanfaat. Saya seawal kelas sudah hilang fokus. Ku cuba untuk fokus, tetapi syarahan itu sungguh tak kufahami.
Allahu Rabbi, apa ini balasan dosaku yang lalu. Ampunkan hamba Tuhan.

Perpustakaan, saya datang usai kuliah. Menghantar dan meminjam buku.

Bukunya mahal, kita pinjam je la. 

Nak fokus pada 'Perpustakaan Universiti Malaya' tapi tak nampak pun. 
Pinjam sudah, masa untuk membaca. Bila? Cuti seminggu pertengahan semester. =)

Ulangkaji untuk subjek juga perlu dilakukan. Jangan lupa.



Saturday, August 31, 2013

Buku Persediaan ke Arah Baitulmuslim

Assalamualaikum. 

Hari ini nak kongsi antara buku-buku yang boleh di baca untuk menyiapkan diri ke alam rumahtangga. 

Matlamat: Ke arah baitulmuslim yang diredhai Allah, terus hingga syurga. =)
Bila mahu ku baca? 

Antara buku yang lengkap tentang pendidikan anak-anak.
Terjumpa dalam website PTS. 

Berkenaan pandangan penulis tentang cinta dan pernikahan.


Ada banyak lagi buku-buku yang boleh dibaca dan diambil ikhtibar. Minggu lepas,di Perpustakaan Awam Jitra, saya terjumpa banyak buku tetapi judulnya tak disalin. InsyaAllah, banyakkan membaca.

Sungguh ilmu itu sangat luas. Subhanallah. 

InsyaAllah, sirah perkahwinan Nabi SAW juga harus ku tahu. Bagaimana Baginda menakhoda bahtera rumah tangganya? Bagaimana kisah ayahanda Abdullah dan ibunda Aminah dalam menjalani kehidupan rumahtangga? 

Tatkala berbicara tentang buku mengenai perkahwinan, saya teringat seorang teman akrab. Beliau punya naskah-naskah yang banyak tentang ini. ^_^ Nampaknya saya harus bertanya dia. 

~Hamba ini baru berjinak-jinak dengan ilmu baitulmuslim. 
~Allah, permudahkan urusanku, ibu bapaku, sahabat-sahabatku dan guru-guruku. 






Saturday, March 16, 2013

Pengajaran dari Nafastari

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ini saya masih lagi diberi nafas oleh Allah. Moga bermanfaat.

Currently, I bought this book.

Beli di MPH. Saat terpandang buku ini buat kali pertama, saya tertarik...(sangat). Cuba untuk tak membeli, tetapi akhirnya ku miliki. Waktu nak bayar, baru sedar yang penulisnya telah bertemu Ilahi.

Picture from 'galeri buku'.
Tapi, saya belum berkesempatan untuk membacanya lagi. 
Pagi ini, teringat akan nafastari. Terusku google, jumpa blognya. Alhamdulillah. Ada mutiara hikmah. Ku baca blog isterinya, mawarnafastari. 

Tak terungkap dengan kata-kata. Saat ku baca catatan mereka, air mata hampir tumpah. 
Kalian boleh baca. Hayati, dalami hikmah disebaliknya.

Al-FATIHAH buat arwah Nafastari.

http://mawarnafastari.blogspot.com/
http://nafastari.blogspot.com/

Nota cinta:
~Kematian tak mengenal usia, manfaatkan dirimu sebanyak mungkin.
~Allah menguji mereka mengikut kemampuan mereka. Bersedialah.

Friday, February 1, 2013

NOORAH


Assalamualaikum..

Jom mengulas buku. =)

Kisah Noorah telah saya baca dalam karya kak Ummu Hani Abu Hassan, terbitan Galeri Ilmu. Banyak pengajaran yang boleh kita kutip dari pengalamannya. 
 
Yang paling saya terkesan, tentang nikmat iman. Nikmat iman dan islam itu telah mengubah peribadi seorang gadis yang degil kepada seorang yang teguh pendirian.Mengamalkan ajaran Islam yang sebenar-sebenarnya mampu merubah sese orang kea rah lebih baik. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana memberi taufiq dan nur hidayah kepada Kathryn Bennet.

Ya Allah, limpahkanlah nur hidayahMu kepada saya, keluargaku, sahabat-sahabatku di alam persekolahan dan alam university… Amin.

Ukhti Noorah telah banyak melalui pelbagai jenis ujian yang Allah datangkan buatnya, antaranya ujian suami dan ujian kesihatannya..di mana dia telah endapat kanser payudara. Innalillah. Berkat kesabarannya, beliau mampu keluar dari kemelut yang melanda. Alhamdulillah.

Dalam travelog ini juga penulis juga menghuraikan sejarah kedatangan Islam ke Britain. Sejarah mengajar kita. Islam di Tanah Inggeris itu sedang berkembang kala ini, berkat usaha kaum Muslimin terdahulu. Alhamdulillah.

Saya kagum dengan beliau. Terima kasih kepada penulis, kak Ummu kerana menghadirkan kisah beliau untuk masyarakat mengambil pengajaran. =) Semoga Allah membalas jasa dia.

Waallahua’lam.


Wednesday, October 24, 2012

Naskhah cinta buat Nusaibah

assalamualaikum.
 hari ini 8 zulhijjah 1433 hijrah. Alhamdulillah, kita masih bernyawa.

Lama sudah saya tidak berkongsi minat membaca di sini. 

Hari ini saya mula membaca Naskhah Cinta Buat Nusaibah, hasil tangan ustaz Riduan Mohamad Nor. Travelog ini bukan saya beli, tetapi saya pinjam dari 'Nuclues of Knowledge' Universiti Malaya...tempat khazanah ilmu disimpan. =) 
Masa pinjaman dua minggu akan digunakan sebaiknya. 



Pelajaran saya semuanya dalam bahasa inggeris..
...Membaca bacaan seperti dapat menambah kosa kata saya dalam bahasa melayu..
Jom membaca kisah perjalanan ke TANAH GAZA dalam buku ini.........





Sunday, May 22, 2011

4 novel

Alhamdulillah, pujian bagi Allah Raja alam yang paling berkuasa. Sejak kepulanganku ke teratak Kampung Sepakat ini, selepas peperiksaan akhir semester lalu, telah empat buah novel saya baca. Bermula dengan Isabella, Maria, Sebongkah Batu di Kuala Berang dan petang tadi Bara Cinta Canberra. Semuanya memberi pengajaran yang bukan sedikit buat bekalan hidup.


Novel Isabella dan Maria membawakan plot penceritaan tentang agama. Dalam Isabella, pembaca banyak didedahkan tentang Islam dan Kristian dengan mendalam. Sangat bagus saya kira untuk kita lebih menghargai agama Allah yakni Islam. Manakala dalam Maria, penulis menceritakan tentang tiga penjuru isu ketuhanan Islam-Aties-Kristian.
    

Pada pandangan saya, betul apa yang saya lakukan. Membaca Isabella dahulu kemudian Maria. Kerana ianya menambahkan lagi keyakinan kita pada Islam. Dari pembacaan novel Maria, saya baru bertemu bagaimana yang dikatakan fahaman Ateis itu. Alhamdulillah, saya sudah punya idea tentang golongan yang berfahaman Ateis. Tetapi, satu perkara yang saya sedar, sebenarnya fahaman Ateis ini telah meresap ke dalam jiwa-jiwa yang lalai kepada Tuhan.

Terima kasih kepada penterjemah novel Isabella dan Maria. Kedua2nya sangat bagus untuk dibaca buat semua yang bergelar pendakwah atau da’i. Untuk memenangi hati mad’u, kita perlu ada bekal yang banyak, justeru kita tidak mudah lelah dalam menangani isu yang timbul.


Dari dua novel itu, saya beralih ke novel yang saya beli pada hari pertama keluarannya..Sebongkah Batu di Kuala Berang, karya Faisal Tehrani. Bagi saya novel ini agak ringan berbanding novel-novelnya yang lain. Sebongkah Batu di Kuala Berang membawa saya menyulusuri sejarah Kuala Berang, atau dahulu kala dinamai Foloan. Siapa sangka Kuala Berang yang biasa-biasa itu mempunyai sejarah yang cukup berharga buat warga Semenanjung Emas. Novel ini penuh dengan fakta-fakta sejarah kedatangan Islam ke tanah emas ini. Betapa bertuahnya orang Kuala Berang dahulu kala dengan pertemuan batu bersurat sebuah catatan perjalanan. 

Selepas menghayati kandungan Kuala Berang, saya menjiwai pula watak seorang ‘Ikmal Hakimi’ dalam Bara Cinta Cabberra. Novel ini hasil karya Ilham Hamdani, seorang penjawat awam di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Canberra, Australia. Karya ini membawa saya menerokai Canberra yang tak pernah saya kenali sebelum ini. Banyak perkara yang diketengahkan dalam hasil tulisan penulis ini, sesuatu yang sangat dekat dengan kita, juga persoalan-persoalan tentang kehidupan. Intipati dari novel ini yang sangat dekat dengan anak muda seperti saya; carilah cinta Tuhan nescaya kamu akan berjumpa akan cinta hamba-Nya.

Membaca hasil karya penulis-penulis berwibawa membawa saya dekat dengan Pencipta. Tahniah atas usaha murni mereka, yang menjadikan novel itu medan menyebarkan ilmu.

Satu perkara di fikiranku, saya suka membaca karya-karya orang tetapi bilakah pula saya mahu cuba menulis…sesuatu mesti difikirkan….

Setakat ini dahulu perkongsian dari benak yang sangat dahagakan ilmu. Saya mahu pastikan cuti yang panjang ini diisi dengan sesuatu yang berfaedah lagi menjadikan otak saya tidak berhenti berfikir tentang kehidupan. Moga saya dan kamu mendapat manfaat dari pembacaan ini. 

Apakah pula buku seterusnya untuk di baca??

Saya mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan dari pembaca catatan ini.

SELAMAT MEMBACA!!!

                                                                ...catatan perjalanan seorang hamba...
                                                                       Jitra, Kedah Darul Aman
                                                                        22 Mei 2011, 9:45p.m.