Showing posts with label AlQuran. Show all posts
Showing posts with label AlQuran. Show all posts

Friday, September 13, 2013

سورة الطلاق ayat 2-3

Assalamualaikum.

Salam jumaah barakah. =)

Hari ini nak kongsi tentang ayat dalam Surah AT-THALAQ. Lebih kepada akhir ayat 2 disambung ke ayat 3. Pernah dengar 'Ayat 1000 Dinar'?? Ayat 1000 dinar nama yang dikenali bagi dua ayat ini.

Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 
- (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Sejarah Dinamakan 1000 Dinar‎

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎.
Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilandaangin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir.
Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎
Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎1000 dinar.‎

Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎
‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan,‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

Reference: 
Idea datang dari bacaan 'BERDUA LEBIH BAIK'.
1. Al-quran & terjemahan, 



Saturday, December 15, 2012

Berpeganglah pada Agama


Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.”

Sunday, September 16, 2012

HAMKA berpesan...


“Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu
 kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu 
ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang Yang beriman bersama-sama dengannya; 
cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata 
(ketika orang-orang munafik meraba-raba Dalam gelap-gelita): 
"Wahai Tuhan kami! sempurnakanlah bagi Kami 
cahaya kami, 
dan Limpahkanlah keampunan kepada kami;
 Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
(At-Tahrim : 8)


Thursday, July 19, 2012

SUBHANALLAH..



“Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya).”
(Surah Ibrahim:32)

Monday, April 16, 2012

Motivasi buat KekasihNya


Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Segala puji-pujian selayaknya buat Allah Tuhan yang Maha Mentadbir Alam.

Selepas subuh tadi saya berkesempatan mendengar bicara ustaz Zahazan dalam slot Tafsir radio IKIM.
Pagi ini saya mendengar tentang kisah nabi Musa. Kisah tentang nabi Musa banyak kali diceritakan dalam al-Quran kerana Allah mahu memotivasikan kekasihNya , Rasulullah SAW. 

Dalam sirah yang pernah saya pelajari dahulu, Nabi SAW adalah nabi yang banyak mengharungi dugaan dan ujian. Jadi, Allah menceritakan kisah2 nabi terdahulu supaya Rasulullah boleh mencontohi mereka.

Dalam Al-Quran, Allah juga ada menegur nabi2 dalam mereka menyampaikan dakwah, supaya dakwah mereka lebih dekat dan sampai kepada mad'u mereka.

Saya mahu mengambil hikmah penceritaan dari apa yang saya dengar..

  • Rasulullah SAW diberi motivasi oleh Allah, apatah lagi saya ini hamba yang tiada apa2 untuk dibanggakan. Sungguh, saya lagi dan sangat perlukan motivasi.
  • Allah menegur Nabi-Nya. Saya, lagilah patut ditegur kerana saya sangat banyak dosanya.
  • Ya, saya perlu kuat. Kisah ini adalah motivasi saya di pagi isnin ini.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم:
 Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ 
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ 
Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ 
yang memberatkan punggungmu?
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ 
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ 
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ 
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap

Terima kasih Allah.
Moga Dia tetapkan hatiku untuk berada dalam medan ilmu.
Ya Allah, berkatilah segala ilmu yang telah aku pelajari sejak aku kecil hingga aku dewasa.
Permudahkan lah segala urusan kedua ibu bapaku, guru-guruku, sahabat-sahabatku, semoga mereka berada dalam lindunganMu.
Amin.

Tuesday, March 6, 2012

DOA mohon dipermudahkan URUSAN


SELAMAT BERAMAL!!!



Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
surah almukminun:ayat 60 

Sunday, February 26, 2012

Disiplinkan diri..

Assalamualaikum..


Sedikit perkongsian tentang 'self-discipline' . Dari bengkel yang pernah saya lalui bersama Cr. Hj. Hushim, dia pernah mengutarakan bahawa sikap kita boleh melambangkan kecemerlangan diri kita. 
Saya mahu mendisiplinkan diri.
Tetapi..
Saya harus tahu bagaimana mahu melakukannya.

Jom...
Lets DO IT..



“... Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang 
mengubah apa apa yang pada 
diri mereka ” 
Surah Ar-Ra'd :11


Friday, February 3, 2012

Ayat 39 Surah al-ZUMAR

Katakanlah (Wahai Muhammad)

 “Wahai hamba-hambaku

yang telah melampaui batas terhadap diri 

sendiri, janganlah berputus asa 

dari rahmat Allah,

kerana sesungguhnya Allah

 mengampunkan segala dosa;

 sesungguhnya dialah jua 

yang Maha Pengampun;

 lagi Maha Mengasihani” 

(Al-Zumar:39)




Wednesday, January 11, 2012

satu ayat..

“Dan tiadalah Kami 
menciptakan
 langit dan bumi 
serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan 
yang tidak mengandungi hikmah 
dan keadilan; 
yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir!
 Maka kecelakaanlah 
bagi orang-orang yang kafir itu dari azab Neraka.”

(Surah Shad : 27)
Sabah...picture taken by Ayah

Thursday, January 5, 2012

Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda: 
Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehdupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”




http://www3.pmo.gov.my/webNotesApp/RqrMainM.nsf/WebQuranBannerMalay?OpenFrameSet

Monday, December 26, 2011