Musim buah tahun ini meriah sekali. Dua batang pokok durian penuh dengan buahnya. Seronok kami. Saat ini saya menunggu durian pertama yang akan luruh. Bukan kami saja yang teringin nak makan durian. Cik Tupai pun mahu jugak. Setakat ini dah hampir tiga biji yang sudah ditebuknya. Macam-macam sudah dilakukan untuk memastikan cik Tu tak makan durian. Haha… Baju t-shirt dah digantung, kot2 cik Tu takut, tapi sebaliknya. Sebelum tu, ayah letak tin biskut kosong kat tepi pokok, bila kami kat situ, ketuk la tin tu, bagi cik Tu takut. =) Sekejap ja takutnya. Bila rumah sunyi, operasi cik Tu diteruskan…
Selain durian, ada buah dokong, pisang manggis. Pokok manggis baru belajar berbuah. Yang paling banyak ialah buah dokong. Pokok dokong ni ditanam arwah Wan lama dulu, sebelum rumah yang ku huni ini berdiri. Nak tahu berapa batang pokok dokong??? Haaaa……lebih dari sepuluh pokok. =)
Alhamdulillah, saya suka tinggal di sini. Dikelilingi oleh hijau alam, memang menarik.
Di luar rumah bukan saja ada CIK TUPAI, malah ada CIK TIKUS. Cik Ti ni pun pandai. Bila sunyi ja, mulalah dia mencari ruang dan peluang nak masuk ke dalam rumah. Sebelum ni, depan mata saya Cik Ti tolak siling kat tingkap masuk dalam dapur….terus Cik Ti lari belakang tempat memasak, duduk kat tong gas. Bukan senang nak tangkapnya. Buat perangkap bukan nak masuk. Sekarang ni, siling tu sudah ditutup rapat. Lepas ni mahu ku lihat, bagaimana Cik Ti nak masuk rumah.
Ok, lah setakat ini luahan rasa dan cerita saya yang bercuti di rumah ini. =) Semoga saya menghargai apa yang saya ada sekarang…
Terima kasih wahai Tuhan.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment