Wednesday, October 24, 2012

Naskhah cinta buat Nusaibah

assalamualaikum.
 hari ini 8 zulhijjah 1433 hijrah. Alhamdulillah, kita masih bernyawa.

Lama sudah saya tidak berkongsi minat membaca di sini. 

Hari ini saya mula membaca Naskhah Cinta Buat Nusaibah, hasil tangan ustaz Riduan Mohamad Nor. Travelog ini bukan saya beli, tetapi saya pinjam dari 'Nuclues of Knowledge' Universiti Malaya...tempat khazanah ilmu disimpan. =) 
Masa pinjaman dua minggu akan digunakan sebaiknya. 



Pelajaran saya semuanya dalam bahasa inggeris..
...Membaca bacaan seperti dapat menambah kosa kata saya dalam bahasa melayu..
Jom membaca kisah perjalanan ke TANAH GAZA dalam buku ini.........





Saturday, October 20, 2012

Belajar lagi


assalamualaikum warahmatullah.

Apa khabar iman kita hari ini? Alhamdulillah, saya masih lagi beriman dan bernafas di atas bumi Tuhan. 
Sekarang adalah musim quiz dan test bagi saya. Tiga subjek telah dihadapi, berbaki lagi dua. Isnin dan selasa ini, insyaAllah.

Isnin : INTERMEDIARY METABOLISM 1
Selasa : BIOCHEMICAL ANALYSIS

Jadi, saya perlu belajar.
Belajar dengan bersungguh-sungguh.
Apabila tidak bersungguh-sungguh, keputusan juga tidak menarik..
Hanya markah rendah yang dapat.

Lagi, apa?
Mood juga perlu stabil. =) penting bagi manusia bernama wanita ini sentiasa tenang. Kalau hati tak tenang, apa pun tak dapat nak buat. 


Konklusi:
Usaha maksima + Strategi berkesan + Doa Tawakkal berterusan = Kejayaan Digenggam

JOM BELAJAR KERANA ALLAH.

Road to mardhatillah.




Friday, October 12, 2012

Doa Ketika Dalam Kesusahan




لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ الأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

Maksudnya: Tiada tuhan selain Allah Yang Agung lagi Maha Belas Kasih, tiada tuhan selain Allah Tuhan Arasy yang agung, tiada tuhan selain Allah pemelihara langit dan bumi serta Arsy yang mulia (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



..rujukan: facebook majalah al-ustaz..

Thursday, October 11, 2012

Land ANIMAL with longest Lifespan


What Land Animal Has The Longest Lifespan?
Posted on Wednesday, October 03, 2012 by eNature
Aldabra giant tortoise
Aldabra giant tortoise
© Muhammad Mahdi Karim
If you’re a TV watcher, you may have noticed that the most recent iteration of the long-running TV show Survivor recently got underway.
But there’s a much more interesting version playing out in the wild.
It’s one thing to survive a few weeks on a television show, but it’s quite another to live 180 years and never be voted off the island!
The tale of the ultimate survivor begins in a world of 18th century explorers, kidnappings, and tropical islands, when long-distance travel was by ship and many lands were still uncharted. The secret to this creature’s longevity may be in its philosophy: Slow and steady wins the race.
The Real Survivor
By all accounts the longest-lived creatures on earth are turtles. It may have something to do with the slowed-down lifestyle and perhaps the protective armor. At any rate, tales abound of giant tortoises of the Galapagos, Seychelles, Madagascar, and other islands that lived well over 100 years.
Sailors were said to carve their names and dates into the shells of these behemoths, providing something of a record of their lifespans. But it is quite difficult to track the lifespan of a wild animal, especially when the animal outlives the person keeping track!
What Creature Has Lived Longest?
The longest life of any tortoise of which there is an authenticated record is that of Marion’s Tortoise, a Testudo gigantea. This giant tortoise, along with four of its companions, was taken as an adult from its native island in the Seychelles to Mauritius, where no tortoises occur, by the French explorer Marion de Fresne in 1766. It lived there for 152 years, until it died in 1918. Since it was a full-grown adult at the time of its capture in 1766, its actual age may be estimated at not less than 180 years and perhaps as much as 200 years.
Even the smaller members of the turtle order are known to be long-lived. One Box Turtle, passed down as a family pet, is said to have died at the ripe old age of 123. It was just one year older than the the the person many consider the oldest human on record, a French woman named Jeanne Louise Calment (1875 to 1997).
Winners All Around
Interestingly, turtles aren’t only the longest-lived individuals known, they are the oldest type of living reptiles, vastly more ancient in lineage than the fossil dinosaurs and most of the other extinct forms.
That makes them older than all mammals and birds, as well.
Surely they are doing something right. There may be more to the tale of the tortoise and the hare (lifespan probably up to 8 or 10 years, if lucky!) than race strategy!

Although their numbers are threatened by development, the Eastern Box Turtle is common sight in the woods.  Have you encountered any turtles— in your yard or in your travels?
We always enjoy your stories!

reference : http://www.enature.com/home/indexNew.asp

Tuesday, October 9, 2012

Jatuh Hati


Ya Allah, aku telah jatuh hati, pada hambaMu.
bukan kerana rupa
bukan kerana harta
tapi
kerana agamanya
kerana kewibawaannya
kerana kejernihan hatinya..

ampunkan aku ya Allah
hatiku tidak cukup kuat
dalam menghadapi dugaanMu

ya Allah
andai dia yang terbaik
jagakan dia ya Allah
semoga dia terus kuat 
dalam menjalankan amanahMu

tidak pernah ku rasai
apa yang ku rasai saat ini

ya Allah
jagakan hatiku 
kuatkan imanku
teguhkan aqidahku

kerana aku tahu
aku diuji untuk Engkau menilai IMANku...



Adab2 MenunTut ILMU


Friday, October 5, 2012

Selawat..

Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
[An-Nasa'iy, 1292, sahih]

Pilihanraya Kampus U.Malaya 2012



Assalamualaikum. Apa khabar orang di luar sana? Moga rahmat Allah bersama kalian. Moga juga Jumaat ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. Alhamdulillah.

Kali ini saya mahu kongsikan dengan pengguna alam maya tentang PRK universiti malaya... =)
Ada orang takut mendengar pilihanraya kampus (PRK) UM. 
Ada juga yang tidak suka.
Ada juga yang teruja untuk mengetahuinya.

Bagi saya yang telah lama di Universiti malaya, setiap PRK membawa pengalaman berbeza kerana orang yang terlibat juga majoritinya berbeza.

PRK yang dulu-dulu kita biarkan dulu. Sekarang saya nak kongsi PRK sedikit sebanyak yang perlu saja. Nak cerita semua,, banyak insiden yang berlaku..

Tarikh penting dalam PRK UM 2012..
20/9 : Penamaan Calon
21-24/9 : Fasa Berkempen
25/9 : Hari Pembuangan Undi

Di pihak mana saya?
Pro-Mahasiswa..
Kali ini, saya menjadi pencadang kepada calon fakulti sains, saudari Fasihah Ibrahim, merangkap junior di kolej kediaman. Alhamdulillah, rezeki berpihak pada dia. 
Tahniah dan Takziah atas pelantikan.

Tika ini fasa  berkempen, saya mengambil peluang bersama sahabat saya bergambar dengan bendera..

Mereka fan club calon. =)

Jubah tidak menghalangku bergiat aktif. =)

Bergambar kenangan selepas konvoi hari terakhir berkempen. 
Letih itu tak terkata. Tetapi, pengalaman yang dikutip itu lebih berharga. Pengalaman pilihanraya kampus hanya boleh diperoleh di universiti.

Di bawah, saya sertakan Lagu rasmi Promahasiswa UM. Penulis lirik untuk lagu ini merupakan aktivis mahasiswa yang telah bergraduasi.



Maklumat lanjut mengenai Pro Mahasiswa boleh di dapati dari website http://www.promahasiswaum.com/

Calon fakulti Sains yang menang. Alhamdulillah.



Keputusan rasmi PRK kali ini berpihak pada ProMahasiswa. Alhamdulillah.
Tetapi, proses selepas pilihanraya untuk pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UM) sesi 2012/2013 masih belum selesai. 
Kuharapkan proses ini berjalan dengan lancar, InsyaAllah.



Tuesday, October 2, 2012

Ada hikmah..



Tahun Keempat...

Assalamualaikum.. HARI INI suadah 2 oktober dlm 2012.. 
banyak kisah yg berlaku sepanjang awal bln 9 sehingga semalam..
Alhamdulillah berkat kesabaran, dan kelapangan fikiran , semua ku harungi dengan tabah..(ayat karangan). 

Hampir sebulan juga saya berada di kampus, jauhnya hampir 500 km dari rumah. InsyAllah entry akan datang saya abadikan apa yang berlaku..