Monday, December 29, 2014

Post-Interview

Assalamualaikum. Lama sudah tak menulis. Jitra hari ini hujan selepas dua hari panas. Alhamdulillah. 

Hari ini kebosanan mula melanda selepas siap mengecat bilikku. Beberapa hari lepas tok datang rumah, dia tanya siapa yang mengecat tu, saya jawab, "kakaklah, sambung yang ayah cat.". Anak cara seorang ni boleh buat la. =) Tapi kalau bab temuduga dari konfiden terus tak konfiden. 

Selasa minggu lepas saya hadiri temuduga di Cyberjaya untuk jawatan Registration Executive. Persediaan tu saya buat, tetapi bila saat mula temuduga mereka cakap bahasa Melayu. Dalam email bukan main lagi berbahasa Inggeris. 

Penemuduga pun tidak perkenalkan diri. Saya kira 75% dari isi temuduga itu berkisar tentang diri saya. Setengah jam ditemuduga. Antara soalan-soalan:
- datang dengan siapa? naik apa? datang terus dari rumah?
- mak ayah kerja apa? mereka asal mana?
- kenapa tak jadi cikgu je dah mak ayah cikgu? kenapa xjual nasi lemak ke?
- cerita tentang pengalaman kerja? apa yang suka dan tidak suka?
- kenapa sanggup datang temuduga dari jauh?
- kenapa minta gaji rm2000?
- kenapa nak kerja dengan syarikat ni?
- apa yang kamu tahu tentang job ni? (soalan ini bangga sat sebab dia kata saya ada inisiatif nak bertanya..haha)
- kenapa syarikat patut ambil kamu ?

Sebelum habis temuduga, dia kata syarikat perlu seorang sahaja untuk jawatan ini dari 80 orang yang memohon. Terus saya sentap. Saat ini, tawakkal ja dapat atau tidak.

Saya bertanya cara kerja di syarikat itu? Katanya, Di sini kena multi-tasking. Bila dia sebut macam tu saya faham. Redha.. Kalau dapat duduk la di Cyberjaya, kalau tak dapat duduk Kedah lagi. 





Wednesday, December 3, 2014

Cuti-cuti Pantai Merdeka

Assalamualaikum. Alhamdulillah sihat iman. Petang tadi baru pulang dari bermalam di Pantai Merdeka. Lama tak pergi sana. 

Pagi tadi, air pasang.
Puncak Gunung Jerai dilitupi awan. 
Pemandangan dari pelantar dekat dengan chalet.

Kulit kerang putih.


Petang semalam ayah bawa kami sekeluarga makan mee udang di Pulau Sayak. Alhamdulillah. Makan sambil tengok pemandangan laut.

Sebelum tu naik bot dari Pantai Merdeka ke Tanjung Dawai. Sehala RM2. Sekejap sangat perjalanan, Tak sampai lima minit.






Sunday, November 16, 2014

LOve, Laugh,Live with Cancer

Assalamualaikum. After long break, I write again.

Love with cancer,
Laugh with cancer, 
Live with cancer..

Its A BOOK. Done reading. 


I didn't bought this book, rather borrow from Perpustakaan Desa Kg. Kelubi. 
Small mini library with good book. Unless you don't like to explore the library. Why I wrote this in English? ...To ensure my English not gone like my Arabic language. Once you left language activities, your brain become numb. 


Actually, this is first book which I found a letter inside. From the writer, to all reader. Good job Madame Mezwyn. Reading this book make me understand better about cancer patients. Cancer do not recognize whether you're young, old, beautiful or ugly. When the cells start to grow without die, its horrible to you. We never imagine that right..


Beautiful illustration were present to make us understand cancer journey. For me, it's simple book making me realize something. Death is near us. Day to day, it come to us silently. 

This book inspiring me. Who ever you are, never lost hope to live. 

Now go live your life to the fullest.




Friday, November 7, 2014

Bertambah koleksi buku

Assalamualaikum..

Ahad lepas, 2 Muharam 1436H saya berkesempatan ke Sidang Kemuncak Penulis Malaysia di Darulaman Golf. Walaupun tak masuk ke tempat persidangan, ada jualan di bahagian luar.

Jualan buku dari Kedai Buku 1Malaysia dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia. Mesti ada offer.

Bila pergi tempat seperti ini haruslah membeli buku yang murah. =) Maka bertambahlah koleksi buku-buku yang belum dibaca.









Friday, October 24, 2014

Career Test

Assalamualaikum.. =)

Petang semalam buat Career Test dalam mystarjob.com. Bawah ni keputusan saya punya. haha.. Amazing la u. ;-)

Based on your selections, your career personalities are as below:
Outdoor activities and trying new things are your passion. You would take adventures and adrenaline rushes over daily routines any day. You wake up each day relishing new challenges that come your way.
Key Characteristic:  Risk-taker. You believe in leading a regret-free life!
Lepas ni sambung cari kerja. 

_______________ //__________________

Monday, October 20, 2014

Alhamdulillah sudah konvo

Assalamaulaikum.

=) Alhamdulillah, saya sudah naik pentas Dewan Tunku Canselor, UM terima ijazah. Hehe. Terima kasih Ayah dan Ibu datang memeriahkan hari yang bermakna buatku. 

Gambar tak sempat nak upload lagi, masih tersimpan dalam Samsung Young. 

Hari ini sibuk, meski tidak bekerja. Banyak urusan termasuk pergi jumpa doktor gigi.

Sabtu minggu lepas sebelum ke KL, saya ke klinik gigi buat tampalan sementara. Sudah seminggu, pergi semula buat tampalan kekal. Tampalan sementara sahaja RM38. Tampalan kekal RM50. Duit keluar bagai air sungai yang laju. Akan datang harus lagi saya ke sana untuk 'cuci gigi'. Untuk buang kaviti yang berkarat di dinding-dinding gigi. Huh.. panjang sekali. Itu sepatutnya buat tadi, tetapi memikirkan wang yang ada takut tak cukup jadi saya tunda.

Satu benda saya bersyukur sangat yang gigi saya tak kena cabut. Alhamdulillah, praise to Allah.

Okey, kesimpulannya jaga kesihatan gigi anda. ;-) Tajuk lain, yang ku cerita lain. Layankan aja ya. 

Haa, lagi satu doktor gigi ni pun alumni Universiti Malaya. Bangga jap. =D


Monday, October 13, 2014

kUala Lumpur Aku Datang

Assalamualaikum. Tajuk bukan main. =) Lama tak datang, itulah jadinya. 

Alhamdulillah maghrib semalam sampai di rumah sewa sahabat. Tumpang bermalam. Letih selepas perjalanan yang panjang. 

Hari ini bermula aktiviti sepanjang lima hari di Kuala Lumpur. Pagi tadi, dari tingkat 12, saya melihat kesibukan warga kota ke tempat kerja. Makcik-makcik yang sibuk membuka gerai menjual sarapan. Berpusu-pusu kereta yang nak masuk ke tempat parking. Suatu hari nanti, di mana tempatku saban pagi. Apa menjadi sebahagian dari warga kota? Boleh termenung jauh memikirkan. 

Masuk saja Um tadi, terus datang sini @perpustakaan. Apa lagi, menyambung operasi alam maya. Tengah ada feel nak menulis. Jadi jangan biarkan idea hilang. 

InsyaAllah agendaku, di KL ni nak jumpa sahabat-sahabat, menyambung silaturrahim. 

Nanti nak bergambar kononnya. Untuk buat kenangan. =) Sebagai orang bujang. hehe... Okey, setakat ini dulu. 

Rajin lagi nanti bileh sambung tulis. 

TO MY FRIENDS: Siapa nak jumpa, mesej number saya, jarang buka internet. ;-)

#jomberukhwah

Tuesday, October 7, 2014

Ceritaku..

Assalamualaikum.. 

Lama tak menulis. Apa ceritaku selepas berhenti kerja? 

Sebelum itu, Selamat Hari Raya Aidiladha. Hari yang ketiga sudah. Saya kembali menganggur. Sebelum hari raya, buat tat nanas untuk tempahan. Alhamdulillah, dapat sedikit duit poket. =) 

Hari raya lepas, ada anak-anak murid datang beraya. Walaupun mengajar sekejap, tetapi kesannya meresap ke jiwaku. Kesian budak-budak tu, teacher tak ingat nama mereka. Ya lah, jumlah yang harus saya kenali seramai 90 orang. Sukar dalam masa 21 hari. 

Minggu depan hari konvokesyen. Saya tiada perasaan lagi setakat ini. Kena tunggu masa pergi UM mungkin. Rindu untuk berjumpa dengan adik-adik yang ramai. 

Lagi? Macam banyak pula ya ceritaku. ^__^

Sekarang ni fasa membuat persediaan perkahwinan. Meski lambat lagi, tetap kena rancang awal-awal. Banyak wang yang nak guna. 




Friday, September 26, 2014

Sedih ke?

Assalamualaikum.. 

Hari ini dapat tahu sudah ada guru yang bakal kekal di tempat saya, mengajar English bermula minggu depan. Perasaanku sedih. Mengapa? Saya sudah jatuh cinta, cinta untuk mengajar walaupun suara dah serak.

Kontrak saya mengajar tamat selasa minggu depan, 30hb September. Tak sampai sebulan pun bekerja.

Hari ini selepas habis ketiga-tiga kelas mengajar, saya menghabiskan masa menanda buku. Takut pula tak sempat habis. Masih berbaki lima hari bekerja. Apa yang mahu dibuat dengan anak-anak usia 8 dan 10 tahun.

Anak-anak, teacher dah mula saya kamu meski kamu nakal dan tak dengar kata. Bila nak masuk kelas, saya berfikir macam mana nak bagi budak-budak ni dengar kata. Malangnya tidak berkesan.

InsyaAllah kalau ada peluang saya nak mengajar lagi.


Selepas habis kontrak ini, persiapan untuk Aidiladha pulak. Penuhi tempahan tat nanas dan kek keju leleh.


~hurinain~
23rd sept. 2014. SK Malau,Jitra.





Tuesday, September 23, 2014

Mission Accomplished

Assalamualaikum.. 

Mission acomplished. About what? haha. Calling my future mother in-law. 

Sembang loghat nogori. Belajar, belajar. Nanti belajar loghat sarawak pulak.

^__^

Saja nak tulis dalam blog.

That day.. Alhamdulillah

Monday, September 22, 2014

Ilmu Rumahtangga

Assalamualaikum teman pembaca.

Ada yang tertarik membaca tajuk entri saya kali ini. Ini cerita semalam.

_______________________________

Sambil makan mee rebus di petang hari, ibu cerita dulu masa mak*** di awal usia kahwin, pak*** merajuk sebab mak*** tak ubah nama panggilan. Duk panggil dengan nama pak*** ja. Bila dapat tahu pasal masalah ini, mak*** ni disuruh lah ubah nama panggilan. Haa.. Lepas tu baru okey hubungan mereka.

Satu lagi situasi yang ibu cerita, semasa kenduri kahwin sepupu yang lepas. Dua pupu saya (lelaki) sudah berkahwin. Si Isteri panggil si suami 'Papa'. Terkejut lah ibu saya. 

Ibu kata lagi, isteri haruslah panggil suami dengan panggilan hormat walaupun depan anak-anak. Semasa ibu bercakap tentang soal ini saya hanya diam dan tersengih sahaja. 

Kesimpulannya, silalah tukar panggil suami kamu 'abang'. ^__^ Bukan sekarang, nanti... 

_______________________________

"Hormati suami kerana isteri tidak akan masuk syurga jika tidak mendapat redha suaminya"

Monday, September 8, 2014

Suara dan Guru

Assalamualaikum..

Suara dan guru. Berkaitan bukan? haha..

Ini apa yang berlaku pada saya. Sepanjang menjadi cikgu ni, balik sekolah ja suara jadi serak. Kenapa? Cakap dengan murid tu perlu suara kuat dan lantang. Kalau tidak, mereka buat tak tahu saja dengan apa yang kita cakap. Tak hairan. Siap boleh bertumbuk, berlari, berjalan semestinya. 

Hari ni, dua kelas berturut-turut, sejam dan sejam. Sungguh penat. Penat bersuara. Jarang saya bercakap tak henti dengan kuat begitu. Habis dua jam tu, kena ganti kelas yang cikgu tiada pulak. Bertambah letih jiwa raga. Nasib baik setengah jam sahaja. 

Bila mengajar ni, baru bersyukur akan nikmat suara. Cikgu kalau tiada suara 'habis'. Kerja tak jalan. =) 

Ok, setakat ni sahaja hari ini. Jumpa lagi.

      _________________________________________

In my situation, there is no speaker. Only my own voice. 

^__^


Tuesday, September 2, 2014

Teacher vs Ustazah

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, sudah seminggu bekerja. Minggu ni dah boleh adapt dengan persekitaran sekolah, guru-guru dan pelajar. Dalam post yang lepas saya belum beritahu kalian sekolah yang saya mengajar ni sekolah ibu mengajar. Kiranya, kawan ibu kawan saya juga. Haa... Selalu kita dengar suami satu tempat kerja dengan isteri. Ini ibu dan anak. 

Nasib baik bilik guru ibu dan saya berlainan. Takda la nampak sangat. =) 

Nak dijadikan cerita, hari pertama masuk kerja, ada yang bertanya 'Ustazah baru ka?'. Saya ketawa. Mengajar Bahasa Inggeris, tapi nampak macam ustazah. Saya teacher bertudung labuh. 

Hari ini dalam kelas, budak-budak tersasul panggil ustazah. Saya okey ja. Tetapi harus diperbetulkan sebab itu sekolah. 

Saya diberi tiga kelas, darjah 2 Cemerlang, 4 Gemilang dan 4 Cemerlang. Gemilang kelas pertama, Cemerlang kelas kedua. Hari-hari ada kelas dengan mereka. Mencabar kesabaran mengajar kelas belakang. Hari ni memang sampai sakit tekak menjerit dalam kelas 4 Cemerlang. 

Suka sangat depa berlari, berlawan, bertumbuk. Saya bercakap di depan, depa bercakap di belakang. Memang tak dengar la apa saya suruh buat. Suara mengalahkan cikgu. 

Hari-hari kena brainstorm macam mana nak handle budak-budak ni. Seorang satu perangai. Semoga Allah berikan saya dan semua guru-guru kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak-anak. Amin. 


Sunday, August 24, 2014

Esok Kerja!


Assalamualaikum..

Esok saya kerja. Guru Ganti. Waaaaahhh, cuak nak mengajar. Saya perlu mengajar Bahasa Inggeris. 
Jam 11.30 pagi dapat penggilan supaya pergi temu duga di PPD. Alih-alih, kerani kaunter pertanyaan itu kata,"dah dapat la tu jadi cikgu ganti." Tersengih saya. Cuak.

Kiranya, esok saya jadi 'TEACHER'.
Macam seram saja. 

Andai tersurat guru ini jodohku, aku terima Ya Rabb. 



Tuesday, August 19, 2014

Done with 'Revolusi'

Assalamualaikum. Semoga sihat iman dan  badan. 

Alhamdulillah habis membaca Revolusi, oleh En. Pahrol Mohamad Juoi. Himpunan cerpen yang mantap saya kira. 

Dari satu cerpen ke cerpen yang lain, perlu ada muhasabah diri. Apa yang dikata mungkin berlaku pada mereka yang hampir denga kita. 

Saya suka dengan misi 'memanusiakan' manusia. Sungguh, dunia hari ini ramai manusia yang sudah tidak rupa manusia. Manusia yang hanyut dengan pelbagai godaan dunia, mengejar harta, pangkat, rupa dan darjat. 'Memanusiakan' manusia akhir zaman ini satu cabaran yang besar. Siapa yang sedar, harus bertindak melalui medan yang dia pilih. 

Di akhir bahagian, tinta Encik Pahrol menjentik tangkai hati. Satu pengalaman hidup yang baik untuk ditelusuri. Bagi yang nak tahu, saya syorkan anda membaca REVOLUSI. =)

Semoga hidup kita lebih bermakna. 



Thursday, August 7, 2014

Jangan Pilih Kerja

Assalamualaikum..  

Pagi tadi pergi Tabung Haji. Nak simpan duit. Tengah tunggu giliran, ada aunty sebelah kiri tegur. Tanya saya tengah belajar atau sudah kerja. 

Saya kata baru habis, tengah cari kerja. Aunty tu pesan, graduan jangan terlalu memilih kerja. Kalau minat jadi guru, jadi guru. Kalau tak minat, cari kerja lain. 

Kata dia lagi, orang jadi guru ni tanggungjawab besar. Nak mengajar kena ada kasih sayang, sebab mengajar budak-budak. Seronok dengar dia cakap. 

Okey, jadi jangan pilih kerja. =)


Monday, August 4, 2014

"tat nanas"

Assalamualaikum.

Lama sungguh menyepi dari dunia blogging. Apa yang sibuknya? Tat nanas. Mula dari 1 Ramadhan hingga 27 Ramadhan. Banyak sangat tempahan. Alhamdulillah, berjaya siap. 

Lepas raya, ada lagi tempahan. Tengahari tadi sampai petang sudah siap dua bancuhan. Esok pagi kena buat lagi satu bancuhan. Total lepas raya sebanyak 6 balang. 

Alhamdulillah, Allah bagi badan yang sihat untuk bekerja. 

Harap tak terlambat nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

=)





Wednesday, June 25, 2014

Perantau Pun Pulang

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah.
Maghrib semalam sampai di rumah, perjalanan yang panjang. Dari UM pagi, singgah di Taiping, dan bergerak pulang ke Kedah. 

Sungguh, saya kepenatan dan kelaparan apabila sampai. =) 

Di Taiping, pergi rumah maksu ambil tepung untuk buat tat. Kemudian, Tesco pula beli balang biskut. Duit pun mengalir macam air. 

Sepanjang lebuhraya yang dilalui, banyak kerja baik pulih jalan. Saya berpendapat mungkin ini persediaan untuk cuti aidilfitri nanti. Almaklumlah, pengguna lebuhraya meningkat saban tahun. 

 _______________________

Malam semalam, operasi mengemas bilik wajib dilaksana. haha. Jika tidak, tiada tempat untuk tidur. Bilikku itu menjadi tempat meletak barang. hmm.. 

Hari ini, tiada cuti berehat-rehat yang seperti ku idamkan. 

Kerja menjahit langsir.
Mengira bajet dan perbelanjaan untuk perusahaan tat nanas.
Kerja-kerja mengemas yang entah bila kan habis.

Memasak tiada dalam senarai, dek ketiadaan barang basah. =D

_______________________

Peperiksaan yang sudah berlalu itu ku harap lulus cemerlang seiring usahaku. Beusaha sudah. Bertawakkal. Berdoa harus diteruskan. 

Teman-teman di KK8, rindu pada kamu bertamu tika aku masih di sana. Moga Allah jagakan hati-hati kamu. Ukhwah itu sangat berharga. 

Sunday, June 22, 2014

Wednesday, June 18, 2014

Catatan: Return of Superman

Assalamualaikum.

Saat ini, masih berbaki satu subjek untuk peperiksaan terakhir. Hari isnin minggu depan, Neurochemistry. Tetapi, saya nak berbicara tentang satu rancangan KBS TV, The Return of Superman.

Bagi saya, banyak pengajaran yang dapat dari rancangan ni. Kalau tak silap, saya mula tengok pada penghujung tahun lepas di kampung.

Siapa Superman? Ayah, daddy, appa, abah, papa, dan seangkatan dengannya. Peranan seorang bapa dipaparkan, buat saya teringat ayah.

....
Rindu.

Bila tengok show ni, terfikir bapa-bapa di luar sana. Pasti punya matlamat yang sama. Mahukan yang terbaik buat anak-anak.

Lagi, banyak pengajaran. =) Boleh cuba tengok satu episod, lepas tu boleh komen.

Malas pula nak menaip panjang. Jadi sampai sini coretan orang malas.

_________________________

For the last paper, struggle for the best. The last chance to grab an A. InsyaAllah.


Wednesday, June 11, 2014

TerakHIR kali (eXaM)


Assalamualaikum. Pagi yang indah, bunyi burung bersahut-sahutan. Subhanallah. 

Cuaca hari ini dijangka panas seperti hari-hari sebelumnya. Sekarang 28 degree Celcius.

InsyaAllah pagi esok saya akan mula final exam untuk semester 2. Subjek 'Intermediary Metabolism 2'. Ini adalah semester terakhir sebagai mahasiswa, dan buat kali yang terakhir, berusahalah sehabis baik. 

Tell yourself the truth. Are you proactively pursuing your dream and goals or just going through the motions?
Saya terfikir bila baca persoalan diatas yang ditulis oleh Mr. Robert Kiyosaki dalam facebooknya. Apa saya sudah habis bersungguh untuk peperiksaan kali ini?


Essays at Exam Hall, University of Malaya.
Date: 12,14,16, and 23 June 2014.



Tuesday, June 3, 2014

Sampai sana.. Uitm Puncak Alam

Aksi kepenatan Oyen.
Ini kucing dekat floor saya, tidurnya sampai terkangkang. Nak tergelak tengok. Bukan manusia saja yang suka tidur terlentang. =)

Hari ini, mencemar duli ke UITM Puncak Alam. Sepupuku, Anwar daftar masuk asasi kejuruteraan. Saya kirim beg baju kepada maksu (mak dia), lepas tu ibu ambil bawa balik rumah. 

Pergi sana, satu gambar pun tak tangkap. Bagus punya orang. Kalau tidak boleh buat kenangan. Orang lain masuk sana ada kertas yang tulis siswa/siswi, kami selamba saja lalu. Pengawal tengok sticker UM terus bagi masuk. Apa lagi, jalan...

Kawasannya bagi saya cantik kemas dan tersusun. Mungkin kampus baru. Tak boleh nak bandingkan dengan UM. Cuma keluar dari Uitm itu, nampak pokok kelapa sawit banyak. hehe. Bagus juga, duduk sana diam-diam. Belajar. Tetapi, tak ramai yang sanggup berkampung lama-lama. (siapa terasa, dia tahu) =) =) =)

Okey, thats all. End today's story. 
___________________________________

Pesanan penaja:

Aini fokus dengan exam..pastikan dapat cemerlang... =)
______________________________________________

^_^




Monday, June 2, 2014

Doa Memohon 5 kemuliaan

Assalamualaikum. Jom kongsi...

Munajat seoarang anak muda, dari Ustazah Norhafizah Musa.

doa memohon lima kemuliaan.




Thursday, May 29, 2014

i'm okey


Absolutely, i'm okey. InsyaAllah. 

Todays last class for this semester. 

Next week will be revision week. 

Good luck.

Study hard.


Wednesday, May 28, 2014

Rindu berganda


Assalamualaikum.

Harapanku punah. 
Hajat tak kesampaian.
Apa lagi?
....
Aku rindu. Sangat-sangat.
Mahu segera terbang pulang.
Tatap wajah mereka.
Allah, sabarkan aku.
Salah akukah? 
Alhamdulillah, Allah bagi rasa hati supaya aku leraikan perasaan tidak sedap hati. 

Ayah ibu, ketahuilah anakmu rindu. Sudah jatuh air mata. Sendu.

Nak balik kampung. Bukan sebarangan kampung. Aku mahu Kampung Sepakat. 

___________________________________

it's not easy when i decide to do something, and then there are something disturb. 
SABAR YA HURINAIN, Allah is testing you. 
Love YOU ALLAH. 
PLEASE MAKE ME STRONG. 

______________________________

*esok telefon bonda wahai kamu, katakan maaf. Anakmu tidak dapat pulang. 
Sadis sungguh ayatmu.

__________       '_'        __________

Akhirul kalam, hurinain kamu tolong senyum. Jangan stres ya. 

Monday, May 26, 2014

Makan Malam Kolej

Assalamualaikum. 

Sabtu lepas, bertempat di Hotel Marriott Putrajaya telah berlangsung Malam Anugerah Kinabalu 2014. Kali pertama bertandang ke hotel besar ini. Sungguh besar. 
Sumber Google
Meskipun acara makan malam, tetapi pukul 4 petang kami sudah bergerak ke sana menaiki bas. Mahu bercerita, tiada agenda. Saya yang biasa. Tiada anugerah yang dapat, hanya memori tercipta. 

Bersama ex-roomate, Ayu. 
Bersama Mizah, Atul dan Juni.
Bersama Amirah dan Nabihah.
Tiga generasi...
Tengok menu dulu sebelum makan.

Setting meja standard hotel.
Special Hot and Cold Dish Combination
Assorted Dried Seafood  Soup with Crab Meat

Menu udang dan ayam. [panjang sangat namanya]
Steamed Mandarin Fish

Fried RIce
Dessert
Platter

______________________________________________

Alhamdulillah, tamat sudah makan malam mewah. Sebelum pulang...

Berdua..

Terima kasih AJK MAK'14. 
______________________  ^__^   ______________________

~i'm counting days to finish my degree level, good luck in final exams everyone. May Allah ease.~