Assalamualaikum..
Hari ini dapat tahu sudah ada guru yang
bakal kekal di tempat saya, mengajar English bermula minggu depan. Perasaanku
sedih. Mengapa? Saya sudah jatuh cinta, cinta untuk mengajar walaupun suara dah
serak.
Kontrak saya mengajar tamat selasa minggu depan, 30hb
September. Tak sampai sebulan pun bekerja.
Hari ini selepas habis ketiga-tiga kelas mengajar, saya
menghabiskan masa menanda buku. Takut pula tak sempat habis. Masih berbaki lima
hari bekerja. Apa yang mahu dibuat dengan anak-anak usia 8 dan 10 tahun.
Anak-anak, teacher dah mula saya kamu meski kamu nakal dan
tak dengar kata. Bila nak masuk kelas, saya berfikir macam mana nak bagi
budak-budak ni dengar kata. Malangnya tidak berkesan.
InsyaAllah kalau ada peluang saya nak mengajar lagi.
Selepas habis kontrak ini, persiapan untuk Aidiladha pulak.
Penuhi tempahan tat nanas dan kek keju leleh.
~hurinain~
No comments:
Post a Comment