Rasulullah SAW bersabda: “Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagi mu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: “Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu,” akan tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” karena sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan syaitan.” (HR. Muslim)
Wednesday, December 5, 2012
Tersedar hamba..
Assalamualaikum..
Apa khabar? Hari ini alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk saya berjemaah Zohor di surau.
Hari ini juga 21 Muharraam 1434 Hijrah, rabu minggu ke-12 kuliah. Allahu Rabbi. Petang semalam, sebelum tamat kelas Biokimia Analisis, Prof MZ sempat menyatakan," Next Thursday we have a short test.".
Terkejut, tapi apa boleh buat. Terima sajalah.
Lumrah bagi mahasiswa fakulti sains, penhujung semester akan ada 'continuous assessment'. Jika bukan minggu ini, ujian tetap akan ada sama ada minggu depan atau yang satu lagi.
Setakat makluman diriku, minggu depan tiada ujian. Tetapi, minggu ke-14, saya inyaAllah ada 3 ujian yang perlu di hadapi.
Takut dan menyeramkan. Kerana apa? Sebab ia akan nampak seperti 'final exam'. Masaku akan banyak dihabiskan dengan mentelaah.
Bercakap mengenai mentelaah, saya mahu tukar cara belajar.
Wajibkah??
Jawapan yang akan saya katakan pada diri, YA. Kerana saya mahu berjaya.
Macamana saya nak buat?
Adalah... =) Dalam sesi permulaan.
Okey, setakat ini dahulu tulisan saya. Semoga bermanfaat. Waallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment