Tuesday, December 18, 2012

Ketahuilah sahabat..


Sahabat
ingin sekali aku
khabarkan padamu
bahawasanya
cinta aku ini buat Rabbul Jalil

Dahulu
tidak pernah aku meragui
yang dia itu aku sukai
tetapi
Allah...
yang menjadi tempat aku meluah rasa
Dia lebih mencintai aku
Dia lebih menyayangi aku
Dia lebih dari segalanya
Dia membuatkan aku lebih mencintai Dia

Allah...
Dia melenyapkan segala rasa 
tentang cinta aku pada manusia
terima kasih ya Allah

Saat ini
pabila adanya pertemuan
antara aku dan 'dia'
tiada kata-kata dari hati
juga mulutku

Ketahuilah sahabat
hatiku bisu
mulutku terkaku
mataku..
ahhh...
mataku memandang
tetapi
sekejap cuma

Tiada kata yang dapat ku lafazazkan
untuk menggambarkan perasaan ini
Betapa bersyukurnya aku
atas nikmat ini

Sahabat
sayangnya aku pada kamu
kerana Allah
insyaAllah

'Dia' itu juga kusayangi
kerana Allah
atas dasar sahabat perjuangan

Ya Allah, jagakan sahabat-sahabatku di mana sahaja mereka berada. 
Ya Allah, jagakan hati mereka. 
Ya Allah, perbaharui iman mereka, juga jagakan aqidah sahabat2ku.
Ya Allah, aku sayang mereka kerana Engkau. 









No comments:

Post a Comment