Friday, January 6, 2012

Doa

Doa memulakan ulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi,
ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah
lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut
kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang
Engkau kehendaki.”
 Doa selepas mengulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا
حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ
كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca,
faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku
memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala
sesuatu.”
Doa Pada Hari PeperiksaanDicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan,
iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:
1.      Ketika memasuki dewan peperiksaan:
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ
وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan
kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya
dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku
daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”
2. Ketika menerima kertas soalan:
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah
bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya
mereka faham perkataanku.”
3. Ketika sukar menjawab:
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan
sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
4. Atau:
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang
engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan
dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”
5. Jika anda terlupa jawapan:
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ
عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang
tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang.

~moga aku dan kamu berjaya di dunia dan akhirat~

No comments:

Post a Comment