Monday, January 30, 2012

Kenangan Aidilfitri 2011

Semuanya perempuan.. :-)

Pagi syawal di rumah tok (sebelah ayah)

Kembar makteh dan maktam.. (tarikh lahir berkongsi dgn ayah,hanya berlainan tahun)



Sunday, January 15, 2012

Cover your Aurat

TUTUP AURAT KITA KERANA ALLAH
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [33:59]

Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah SAW 
berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. 
Rasulullah SAW lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu 
apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh 
baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”
 (H.R. Abu Dawud)

Saturday, January 14, 2012

Thursday, January 12, 2012

AndAI...

andai sudah tiba masa nya
aku bersedia
mungkin ini yang terbaik

ya Allah redhakanlah hidupku
sungguh aku takut
pada doa seorang insan

aku perlukan kekuatan yaAllah
hadirkanlah ia ya Allah
air mata ini 
ringan sekali keluarnya
tanda pengharapan aku
seorang hamba
hina dan kerdil
juga penuh dosa

...garapan selepas berhentinya titisan air mata... 

Ku CaRi CintA


Mencari Cinta

Album :
Munsyid : Rast
http://liriknasyid.com


Aku mencari cinta
Mencari cita
Mencari Dia

Aku hilang segala
Walau berjuta
Harta dan nyawa

Kan ku cari Dia
Setiap ketika
Dimana saja
Ruang yang ada

Ku terus mencari
Dan terus menanti
Kasih hakiki
Semangat abadi

Dia Maha Pengampun
Maha Pemurah
Dan Maha Penyayang

Aku tiada sedar
Sifatnya Tuhan
Yang maha segalanya

Ku tagihkan cintaMu
Biarku rasa baraMu Tuhan
Selama-lamanya


*semalam aku bermimpi..
muncul seorang anak muda,aku hairan..jarang sekali aku bermimpi sebgitu..
tambahan pula datang kepada dengan hajat..
 sukar ku tafsirkan mimpi ini..
Allah...
apakah ini benar-benar dari Engkau ataupun mainan syaitan ?
kepada Engkau ya Allah aku mohon petunjuk
solat malam ku dirikan
mohon Dia menetapkan hatiku
moga yang menjadi imam dalam rumah tanggaku
adalah dari golongan yang mencintai Engkau
yang melazimi zikrullah
mensyukai majlis ilmu
dan
paling penting bagiku
dia mampu membimbing aku...

Wednesday, January 11, 2012

satu ayat..

“Dan tiadalah Kami 
menciptakan
 langit dan bumi 
serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan 
yang tidak mengandungi hikmah 
dan keadilan; 
yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir!
 Maka kecelakaanlah 
bagi orang-orang yang kafir itu dari azab Neraka.”

(Surah Shad : 27)
Sabah...picture taken by Ayah

Tuesday, January 10, 2012

my next paper examination...

This book my lecturer used.
NEXT PAPER NEED TO BE SCORE..
SHES3128
PLANT BIOCHEMISTRY AND MOLECULAR BIOLOGY
DATE : 18th JANUARY 2012
VENUE : EXAM HALL, LEVEL 1




Friday, January 6, 2012

Doa

Doa memulakan ulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi,
ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah
lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut
kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang
Engkau kehendaki.”
 Doa selepas mengulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا
حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ
كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca,
faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku
memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala
sesuatu.”
Doa Pada Hari PeperiksaanDicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan,
iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:
1.      Ketika memasuki dewan peperiksaan:
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ
وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan
kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya
dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku
daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”
2. Ketika menerima kertas soalan:
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah
bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya
mereka faham perkataanku.”
3. Ketika sukar menjawab:
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan
sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
4. Atau:
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang
engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan
dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”
5. Jika anda terlupa jawapan:
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ
عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang
tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang.

~moga aku dan kamu berjaya di dunia dan akhirat~

Kembara menjawab soalan peperiksaan

Alhamdulillah, hari ini habis satu kertas exam. Saya sudah berusaha, seterusnya tawakkal pada Allah. Urusanku untuk paper hari dah selesai. MoGa saya akan lulus dengan baik. Amin. 


InsyaAllah malam ini sambung belajar untuk subjek seterusnya. Sebelum belajar, perbetulkan niat. Moga Allah meredhai usaha kita. 

Ya Allah
izinkan aku menjadi seseorang
yang boleh dibanggakan
oleh diriku
oleh keluargaku
oleh sanak-saudaraku
oleh agama-Mu

Ya Allah
jangan biar aku lupa
pada nikmat-Mu

Ya Allah
andai aku berjaya
masukkanlah aku dalam golongan mereka
yakni
mereka yang tsabat dalam perjuangan ini
mereka yang sentiasa
mahu menyebarkan ilmu-Mu

Ya Allah
terima kasih
atas peluang yang Engkau beri
untuk aku 
menuntut ilmu
moga ianya
memberi manfaat buat Ummah
INSYAALLAH

Thursday, January 5, 2012

Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda: 
Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehdupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”




http://www3.pmo.gov.my/webNotesApp/RqrMainM.nsf/WebQuranBannerMalay?OpenFrameSet

NEVER rEgREt