Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
RAMADHAN............daku berharap akan dapat bertemumu pada kali ini..hanya seminggu lebih sahaja Sya'ban akan pergi, dan Ramadhan akan hadir..
Selayaknya kita bertanya, apakah persediaan kita menghadapi ramdhan yang akan datang ini??? Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas-lepas.
Ramadhan bukan hanya bulan berpuasa, tetapi ia adalah satu latihan buat kita untuk mengawal hawa nafsu.
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda, "Betapa ramai daripada orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang yang beribadat malam yang tidak mendapat apa-apa dari ibadatnya kecuali berjaga malam." Semoga kita orang-orang yang beriman tidak termasuk dalam golongan yang dikatakan Baginda...sama2 kita berusaha, bukan setakat berpuasa pada siang hari dan beribadah pada malam hari............tetapi menjaga juga mata kita dari melihat perkara yang haram, menjaga mulut kita dari mengumpat, mencaci dan menfitnah oarang, juga menjaga sumber makanan kita yakni dari sumber yang halal. InsyaAllah.
Banyak sungguh kelebihan Ramadhan yang boleh kita kaji bersumberkan bahan bacaan yang baik.
No comments:
Post a Comment