Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarganya.
Alhamdulillah, saya berkesempatan menekan keyboard laptop ini untuk meluahkan rasa dan perisa setelah lama tidak menulis di sini.
Warkah ini saya karangkan buat saudara seagama yang mengaku Islam dan beriman denganNya.
Sebelum melangkah lebih jauh, saya memohon ribuan kemaafan dari anda yang membaca...harapanku, moga yang tertulis ini bisa mengingatkan hati-hati kita yang sedang leka dan alpa.
Saudaraku, apa gunanya bersaudara jika kita tidak saling mengingatkan..
Apa gunanya ilmu agama itu jika tidak amalkan...
dan....................
kerana sayang ini ,, izinkan saya meneruskan...
Muslimah,, pasti kamu belajar agama bukan??? paling kurang, ilmu fardhu ain pasti kamu pelajari.. aku ingin mengingatkan kamu wahai saudaraku... jangan kau gunakan suaramu untuk perkara yang tidak sepatutnya.. Apa perkara itu??? contoh mudah.. jangan menyanyi dikhalayak ramai... jangan cakap berlunak2 dengan lelaki bukan muhrim kamu.. Sebaiknya usahlah menelefon seorang Adam itu jika tiada keperluannya. Ini bagi mengelakkan diri kamu terjebak ke daerah durjana.
kata-kata seorang kakak kepada saya masih saya ingat.... Orang yang belajar agama ni ujiannya lebih besar...sebab Allah nak uji setinggi mana imannya.
Saya yang hanya mengikuti kelas agama secara formal sehingga matriks ni kekadang rasa malu... dimanakah ilmu yang kalian belajar...mana ilmu yang kalian sepatutnya manfaatkan..
sepatutnya kalian yang belajar agama sehingga ijazah yang tinggi ini memberi contoh tauladan kepada yang kurang belajar agama... tetapi saya bersyukur... alhamdulillah..
Allah masih memberi saya kesempatan untuk mengingatkan kalian... harapanku,, moga ada yang akan mengingatkan saya juga.
Wahai ADAM yang mengakui hakikat iman dan islam... saya berharap kalian menjaga IMANmu...
Saudaraku... aku memohon kemaafan sekali lagi...sebenarnya aku begitu resah bila mana saudaraku semakin meninggalkan ajaran Quran dan Sunnah.. aku mahu kamu mengerti, tidak elok kamu Adam Hawa bercinta sakan sebelum kahwin, tetapi selepas nikah.... tidak lagi bercinta..
No comments:
Post a Comment