Tuesday, January 31, 2017

SPF Dalam Produk Kosmetik

SPF

SPF bermaksud Sun Protection Factor, iaitu faktor pelindung matahari. Secara mudahnya, SPF ialah bahan yang dapat melindungi kulit kita dari sinar ultraviolet (UV rays), dan menyebabkan kulit kita jadi sunburn (selaran matahari). Dalam jangka panjang, boleh menyebabkan kanser kulit. 

Dalam produk kosmetik, SPF menjadi satu bahan penting bagi melindungi kulit dari sinar UV malah mengelakkan kulit dari cepat nampak tua. Bahan aktif dalam SPF kebiasaannya adalah zinc oxide ataupun titanium dioxide. 


Untuk penggunaan kosmetik secara harian, kuantiti SPF yang bersesuaian serta cara pemakaian yang betul dapat melindungi kulit kita. Jadi, kita tidak risau lagi untuk mendapat sunburn



 Pakaian Adalah Pelindung Asas


Tahu tak, pakaian sebenarnya adalah pelindung cahaya matahari yang pertama serta bagus untuk kita. Baju kita dapat menyerap haba dan seterusnya melindungi kulit badan dari sinaran ultra yang pelbagai. Lagi banyak bahagian badan yang ditutup lagi selamat badan kita. Jadi tidak hairanlah Islam menyuruh kita menutup aurat. ^_^


Berbalik kepada SPF, kita perlu gunakan kosmetik yang mempunyai SPF kerana muka kita tidak ditutup. Jadi, kita perlukan alternatif untuk melindungi kulit muka. 


Cara Yang Betul


Apabila membeli pelembap (moisturiser) , pastikan ia mempunyai SPF. Lihat kepada tahap spf yang dinyatakan. Sama ada SPF 15, SPF 20, SPF 30 ataupun SPF 50. 


Selepas mencuci muka setiap pagi, sapukan pelembap secara rata di bahagian muka kita. 
Tidak perlu menggunakan dalam kuantiti yang banyak pada setiap kali. Selepas itu barulah kita menggunakan bedak kompak ataupun loose powder.

Blossom Cake Foundation (BCF)


BCF Imanni Skinz juga dilengkapi dengan SPF 50 yang bertindak sebagai age defying (kurangkan kesan penuaan ) dan melindungi kulit dari sinar UV. 


BCF ini memberi kesan maksimum apabila digandingkan dengan Gorgeous Serum yang berfungsi merawat kulit muka dengan bahan aktifnya, P-Terra.



Haa.. Ada siapa mahu cuba?



Nuraini Nabilah Kamal
0194497345
Kuching, Sarawak.





Rujukan:

http://www.skincancer.org/prevention/sun-protection
http://www.sunsense.com.au/news/sunscreen-101-spf-50-means/

Tuesday, January 24, 2017

Lipmatte untuk bibir yang kusam

Assalamualaikum selamat pagi.

Good morning dear friends.

Saya nak syorkan pada mereka yang punyai bibir kusam, anda boleh nampak lebih ceria dan menarik dengan Lipmatte Imanni Skinz.

Nak tahu tak...Kenapa Lipmatte digilai ramai?

❌ Tiada plumbum
❌ Tiada silikon
❌ Tidak mengeringkan bibir
❌ Tidak menghitamkan bibir

✔️ Ramuan ditambah dengan Vitamin E, Olive Oil, & Argan Oil
✔️ Diperkaya dengan Organic Habbatus Sauda
✔️ Easy to Clean
✔️ Mencantikkan dan merawat bibir

Yang pastinya, Lipmatte Imanni Skinz setanding jenama terkenal dan mampu dimiliki oleh segenap lapisan masyarakat.




Imanni Skinz menawarkan kepada anda 5 pilihan warna yang menarik, sudah pasti anda akan tampil Anggun dan Menawan setiap hari.


LIPMATTE BOMBASTIC - Anda tampak menarik dengan olesan BOMBASTIC, Natural tapi kemas. Sesuai digunakan setiap hari. Simple, Natural dan elegan.. YESS, itu ANDA!


LIPMATTE SWEET- Anda tampil manis tersipu malu pabila tersenyum. Olesan Lipmatte Sweet ke bibir mungil anda pasti membuatkan ramai merenung terus ke wajah anda.


LIPMATTE ROMANCE- Anda GORGEOUS, MERAH & ANGGUN MENAWAN. Olesan Lipmatte Romance pada bibir mungil membuatkan anda tampak CANTIK dan pastinya Si DIA tertawan 


LIPMATTE CHARM- Anda tampak MATANG dan Anggun Bergaya. Inginkan kelainan, oleskan di bibir anda, sudah pasti ramai wanita lain yang cair dengan setiap patah anda berbicara.


LIPMATTE DESIRE- Anda Simple tapi inginkan wajah yg NATURAL & kelihatan MENARIK. Cantikkan bibir anda dengan Lipmatte Desire yang pastinya MEMUKAU sesiapa sahaja.


Promosi Sempena CNY.. 
Jom Kita Hijrah Kosmetik 😊

019-4497345
Nuraini Nabilah Kamal
Kuching, Sarawak.


Monday, January 23, 2017

Imanni Sale CNY 2017

Assalamualaikum.
Sempena Tahun Baru Cina (CNY) hujung minggu ini, Imanni Skinz mengadakan jualan murah ataupun kita sebut SALE SALE SALE.

Jom tengok.











InsyAllah Imanni Skinz dapat membantu pelbagai masalah kulit anda. 
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

facebook :




Nuraini Nabilah Kamal
Kuching , Sarawak.
nuraini.nabilah@gmail.com








Imanni Skinz

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Setahun berlalu. Hari ini saya kembali menjengah dunia maya. Bersama Imanni Skinz.

Apa itu Imanni Skinz?

Imanni Skinz adalah produk penjagaan kecantikan keluaran bumiputera Muslim di Malaysia. Produk-produk dibawah jenama Imanni Skinz bersumberkan Organik Habbatus Sauda (dengan mendapat Sjil Kelulusan Organik). Selain itu, Imanni Skinz memberi satu pilihan untuk kita keluar dari menggunakan produk yang mempunyai bahan kimia yang memudaratkan. Ini kerana Imanni Skinz memberi jaminan kualiti bebas dari bahan kimia yang boleh memudaratkan wajah dan tubuh badan.


Senarai Produk Imanni Skinz

  • Blossom Cake Foundation
  • Gorgeous Serum
  • Cattleya Lipmatte
  • Cattleya Eyeliner
  • Zahra Cleanser
  • Zinnia Radiance Serum
  • Camellia Body Lotion
  • Azalea Loose Powder
  • Linnea Acne Moisturiser
  • Alora Blusher
  • Lavender Scrub


Ada banyak lagi yang saya akan kongsikan pada masa akan datang. 

Semoga bermanfaat.


Nuraini Nabilah Kamal
Kuching, Sarawak.

nuraini.nabilah@gmail.com


Tuesday, January 26, 2016

Cabaran Si Ustazah Kafa

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, masih dapat mengomel di ruang maya. Tinta yang lama ditinggalkan akan kita sambung.

Tahun ini saya dapat menyambung kontrak sebagai guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA). Mengajar Tahun 5B, iaitu kelas kedua. Baru mengajar dua minggu, bermula dari minggu kedua persekolahan saya sudah pening kepala. Hari mengajar mesti sakit kepala. Aduh...

Ragam anak-anak yang hampir 30 orang memang menguji fizikal dan mental. Minggu lepas, seharian kelas KAFA menyuruh mereka menghafal niat solat farhu. Aduhai anak, umurmu sudah sebelas tahun, bagaimana kamu solat nak, niatnya sudah hancur. Runtun hatiku, memikirkan masalah anak-anak. Pasti ramai antara ibu bapanya yang ambil mudah bab solat.

Itu bab solat, belum baca Al-Quran lagi, belum suruh baca jawi lagi. Hampir sepuluh orang belum menginjak al-Quran. Masih bertatih dengan Iqra'. Allahu, sungguh saya berdoa moga anak-anak sedar dengan keperluan ilmu Fardhu Ain dan Al-Quran. Sudahlah kelas KAFA di sekolah yang saya ajar hanya dua hari seminggu, ini bermakna masa yang saya peruntuk untuk mereka agak terbatas.

Anak-anak tahun 5 akan menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) pada Oktober ini, yang semua soalan ujiannya dalam tulisan jawi. Andai mereka belum mahir, manakan faham soalannya.

Besar cabaranku. Besar tanggungjawabku. Kuatkan hati. Mari kita tambah ilmu untuk memberi kepada orang lain. InsyaAllah.



Wednesday, January 6, 2016

Dua Kosong Satu Enam

Assalamualaikum.

Angka tahun bergerak lagi. 2015 pergi, menjadi sejarah. 2016 menjengah lima hari yang lalu. Apa yang telah berlaku di tahun lepas kita tinggalkan. Buat pedoman masa hadapan.

Awal tahun masih Kedah lagi. 2 Januari baru pulang ke Kuching.

Alhamdulillah tahun ini menyambung kontrak guru Kafa. Tanggungjawabku besar. Mendidik dan mengajar anak-anak sekolah rendah. Semoga aku dapat melaksanakan amanah dengan sebaiknya.

Gambar-gambar di Sarawak secara rawak. Sudilah melayan. =)

Perkampungan Bako
Pipit-pipit sedang menjamu selera.
Boleh upload dua sahaja gambar. Maka, setakat ini dulu entri kali ini.



"Anyone who keeps learning stays young."

Wednesday, September 23, 2015

Bandaraya Kuching Bandaraya Perpaduan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hari Isnin bersamaan 21 September 2015, saya berkesempatan ke Wacana Fikrah Ummah Siri ke-Lapan 2015 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan tajuk “Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Bandaraya Perpaduan – Suatu Penghayatan”, penganjur menjemput Datuk Bandar DBKU sebagai penceramah dan Encik Ami Ibrahim Ketua Editor Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia sebagai pengerusi wacana.

Wacana ini bermula jam 9:30 pagi dan berakhir jam 11:30 pagi bertempat di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak, Petra Jaya, Kuching, Sarawak.

Sebelum ke program ini, saya tidak dapat mengagak apa yang bakal dikupas oleh penceramah. Samada ia menarik perhatian atau membosankan. Walau bagaimanapun, wacana ini agak bermanfaat bagi saya yang baru bermastautin di Petra Jaya ini.

Saya kira wacana ini diadakan di sini rentetan temu bual Datuk Bandar DBKU, Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai yang menjadi fokus dalam Majalah Dewan Bahasa untuk edisi September 2015. 


Baru saya tahu bahawa Bandaraya Kuching ini telah diisyitihar sebagai Bandaraya Perpaduan oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Dato Seri Adenan Satem pada 1 Ogos 2015.

Dalam ucapan Datuk Bandar yang berpandukan slideshow powerpoint (saya rasa bahan disediakan oleh orang bawahan beliau) , beliau ada menyatakan 12 perkara yang menjadi kriteria Bandaraya Perpaduan, iaitu:
  1. Berstatus Bandaraya
  2. Kepadatan Penduduk Tinggi
  3. Kepelbagaian etnik dan budaya yang besar
  4. Kesatabilan Politik
  5. Keunikan struktur Pendidikan
  6. Kesamarataan Peluang Pekerjaan
  7. Sistem Persekolahan
  8. Pembahagian Biasiswa
  9. Penerimaan Perkahwinan Campur
  10. Penerimaan Kepelbagaian Budaya
  11. Kefahaman Tulin
  12. Keharmonian Sejati


Saya tidak mahu mengupas lanjut tentang 12 kriteria ini kerana ketiadaan fakta yang menyokong.

Datuk Bandar telah mengupas sedikit sebanyak tentang sejarah Kuching yang menjadikan Kuching hari ini. Pertama kali mengetahui Bandaraya Kuching ini dibahagi kepada dua pentadbiran mengejutkan saya, yakni Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Dewan Bandaraya Kuching Selatan (DBKS). Namun, kenyataan ini wajar diterima lantaran pelbagai faktor.

Di Sarawak ini, kepelbagaian etnik, budaya dan bahasa memjadikan negeri ini unik. Bahasa perantara di antara etnik ini adalah bahasa Melayu Sarawak yang sedikit berbeza dengan Bahasa Melayu yang digunapakai di Semenanjung Malaysia. Tetapi perbezaan ini membuatkan saya lebih peka terhadap percakapan masyarakat untuk belajar dialek Sarawak.

Bangunan pentadbiran DBKU  yang terletak cantik di atas bukit telah saya lawati beberapa minggu lepas. Di bangunan ini juga terdapat Muzium Kucing (meow meow), masuk percuma kecuali jika mahu membawa masuk kamera.


Hampir empat bulan di kota Darul Hana. Masih banyak yang harus dan mahu diterokai. Terima kasih encik suami yang rajin membawa saya ke sana ke mari, mengutip pengalaman sepanjang merantau di sini. ^_^