Thursday, September 3, 2015

Coretan awal september

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah pemilik alam ini. Lama tidak menulis di alam maya. Kekangan internet membataskan segala. 

Alhamdulillah sudah tiga bulan bergelar isteri. Alhamdulillah masih kuat di bumi Kenyalang ini. Dan saya berharap Allah terus kuatkan saya, cekalkan saya untuk hadapi alam rumahtangga di rantau ini. 

Masih banyak cabaran hidup yang akan kami hadapi. Setakat ini dengan saya yang belum bekerja, ditanggung suami sepenuhnya. Kali ini bakal Raya Aidiladha di Kuching. 

Doaku, moga Dia jagakan suamiku sepanjang dia mencari rezeki yang halal lagi diberkati. Ampunkan dosanya. Kuharap jua Allah pelihara kedua ibu bapa kami di Kedah dan Negeri Sembilan. Berikan mereka kesihatan dan keselamatan. Ya Rabb, Kau ampunkan juga dosa adik beradik kami, halalkan makan minum mereka. Semoga mereka tetap menunaikan solat dan zakat.

____________________________


Wednesday, June 24, 2015

Puisi saya

Pertama Kali


Lautan itu
di rentas laju
membelah angin
bawah ke atas
atas ke bawah

Turunku 
dari si besi terbang
menjejak tanah 
tinggalan Brooke 

Kelam tidak kelam 
terang bulan
bayunya lembut 
hilang gundah
tenang jiwa

Tanah ini
tidak seperti
kota itu
kota pening
penuh pusing

Borneo 
jadi saksi
hijrah baruku.




Monday, June 22, 2015

Saya Isteri Dia

Assalamualaikum warahmatullah.

Apa khabar teman? Alhamdulillah, ini warkah pertama sebagai seorang isteri. Mengapa lama menyepi? Ketiadaan internet untuk disambungkan ke laptop peribadi. =)

Alhamdulillah, tanggal 30 Mei 2015, 12 Shaaban, selepas solat isya dengan sekali lafaz ijab qabul, saya sah sebagai isteri kepada si dia, Mohamad Shafiq Rohaizad. Percayalah si dia ini suamiku. >_<


Majlis akad nikah di Masjid Mukim Malau berlangsung dalam suasana hujan renyai. Subhanallah, hujan rahmat mengiringi. 

Perasaanku bercampur baur. Gementar, takut dan cuak bersatu. Ah, status berubah. Tanggungjawab bertambah. Keluarga juga bertambah. 

Encik suami.

Pertama kali menyalami tangan seorang lelaki ajnabi yang sah sebagai suami.

Menjadi satu...
"Ya Allah, jadikan suamiku seorang yang soleh, jadikan aku isteri solehah, kurniakan anak-anak yang tetap menunaikan solat, menghafaz al-Quran 
dan menjadi penyejuk mata ayah ibu."

Tuesday, May 5, 2015

I AM TAILOR

Assalamamualaikum.. 

I am tailor. Full time job. I can finish a pair of baju kurung within 2 to 3 days. Ahaks. 

Back to Malay language. 
>_<

Alhamdulillah. Ini kerjaku. Tapi saya masih dikira amatur. Belum mahir membuat pelbagai variasi baju. Paiping pun belum belajar lagi. 

Semakin dekat dengan tarikh kahwin, had laju menjahit harus bertambah. Ada juga hari yang tak menjahit. Keluar beli barang dan urusan luar rumah. Ahad isnin lepas cuti menjahit. Bersama keluarga kemas rumah dan buat mesyuarat pakatan kenduri..persediaan barang-barang.

Target hari ini,

  • selesaikan kelim baju kurung siti.
  • buat kain kurung siti.
  • potong kain mummy yang sebanyak tiga pasang.
Mummy mulanya nak suruh saya buat sepasang sahaja untuk pakai masa kenduri. Lepas tu, dia bawa keluar lagi satu kain, katanya yang ni pakai masa di Negeri Sembilan. Kemudian balik sekolah minggu lepas keluarkan satu lagi kain. Jahitkan mummy nak pakai masa hari guru. Hari guru tu lagi dua minggu ja. Ini tandanya mummy percaya pada saya. ^_^

Rushing,
Rushing, 
Rushing....i need to be fast. sewing day and night.




Wednesday, April 15, 2015

Ujian Saringan Thalasemia


Assalamualaikum.
Alhamdulillah, masih miliki kudrat menulis. Lama jejak kutinggal. Sekarang haru disambung.

Berbalik kepada ujian saringan HIV yang lepas, alhamdulillah negatif HIV. Tetapi darahku yang kurang normal membawa kepada Ujian Saringan Thalasemia.

Hari isnin lepas ambil keputusan HIV, 13hb Mei datang semula ke Klinik Kesihatan Jitra untuk ambil darah. Jururawat  tu bekalkan saya folic acid dan ferrous fumarate untuk dimakan selama sebulan sebelum ambil darah.

Asid folik selalunya diberi kepada orang mengandung. huhu. Apakan daya, ku jua harus makan. >_<

____________________________

Ibuku mengira di kalender," 6 minggu lagi nak kenduri."
Saya, "hmmmm"
Pelbagai perasaan singgah.
Apa hidupku akan berubah 180 darjah, 270 atau 360 darjah? Bersediakah melangkah ke alam rumahtangga? 
Renungan buat kau dan aku. 
____________________________


Monday, March 23, 2015

Ujian HIV Bakal Pengantin

Assalamualaikum.

Today to Shaaban. Less than 3 months. 

Pagi tadi selesai pos laju kad jemputan ke Sarawak dan N.Sembilan. Kos penghantaran sahaja sudah RM41.50. Allahu. Wang keluar begitu pantas. Bayaran untuk kad semalam sahaja RM820. Untuk kedua-dua belah kenduri. 

Kemudian, saya ke Hospital Jitra bertanyakan di mana boleh dibuat Ujian HIV untuk bakal pengantin. Di situ tiada servis ujian, staf hospital suruh ke Klinik Kesihatan Jitra dekat Klinik Pergigian. Maka, pergilah saya ke sana. hehe.. 

Semalam, saya wasup kakngah, sepupu yang nikah hujung tahun lepas bertanya di mana tempat dia buat ujian HIV. Katanya Klinik Kesihatan Changlun sebab klinik tersebuat menghala ke rumah dari tempat kerja. hmm.. Jalan mati.

Patah balik cerita tadi, sampai tempat klinik gigi saya cari pulak tempat nak buat ujian HIV. Tanya staf situ, katanya ujian tu dibuat di Klinik Kesihatan Ibu & Anak. Haha. Sepatutnya saya boleh buat dah tadi tetapi maklumat bakal pasangan pulak tiada. Lain kali saya datang lagi.

Ujian HIV untuk bakal pengantin di Klinik Kesihatan Ibu & Anak, Jitra boleh dibuat pada hari AHAD, ISNIN dan SELASA sahaja.

Pastikan kamu tahu maklumat pasangan kerana ianya diperlukan untuk isi borang. =)
 -nama pasangan
 -no. kp.
 -alamat
 -no. telefon rumah
 -no.telefon pejabat
 -no. handphone
 -pekerjaan
 -alamat tempat kerja

^_^  Sekian sahaja untuk hari ini. Jumpa lagi.  ^_^ 

Tuesday, March 10, 2015

Countdown la sangat

Assalamualaikum. 

Bulan 3 sudah. Walaupun belum bekerja sepenuh masa, saya tetap sibuk. haha. Bekerja dari rumah. 
Tat nanas.
Kek keju meleleh.

Menuju tarikh keramat, macam-macam perlu disediakan. Satu persatu list ditanda. Tapi ujian HIV saya belum buat. Nantilah. 

Sekarang ni tengah cari ilham nak tempah jurumekap ataupun tidak. Ayah kata mekap sendiri. hihi. 

Veil & crown sudah booking.
Kasut pengantin pun sudah beli.
Tapi baju belum siap.

Lagi??

Cadar pengantin mummy kata nak beli. 
Tudung nak kena cari sampai tiga. 

Banyak lagi ni. Nanti kitA sambung.

__________________________________________

Doakan semuanya berjalan lancar. Amin.