Rasulullah SAW bersabda: “Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagi mu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: “Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu,” akan tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” karena sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan syaitan.” (HR. Muslim)
Wednesday, April 15, 2015
Ujian Saringan Thalasemia
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, masih miliki kudrat menulis. Lama jejak kutinggal. Sekarang haru disambung.
Berbalik kepada ujian saringan HIV yang lepas, alhamdulillah negatif HIV. Tetapi darahku yang kurang normal membawa kepada Ujian Saringan Thalasemia.
Hari isnin lepas ambil keputusan HIV, 13hb Mei datang semula ke Klinik Kesihatan Jitra untuk ambil darah. Jururawat tu bekalkan saya folic acid dan ferrous fumarate untuk dimakan selama sebulan sebelum ambil darah.
Asid folik selalunya diberi kepada orang mengandung. huhu. Apakan daya, ku jua harus makan. >_<
____________________________
Ibuku mengira di kalender," 6 minggu lagi nak kenduri."
Saya, "hmmmm"
Pelbagai perasaan singgah.
Apa hidupku akan berubah 180 darjah, 270 atau 360 darjah? Bersediakah melangkah ke alam rumahtangga?
Renungan buat kau dan aku.
____________________________
Labels:
Luahan rasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment