Friday, September 13, 2013

سورة الطلاق ayat 2-3

Assalamualaikum.

Salam jumaah barakah. =)

Hari ini nak kongsi tentang ayat dalam Surah AT-THALAQ. Lebih kepada akhir ayat 2 disambung ke ayat 3. Pernah dengar 'Ayat 1000 Dinar'?? Ayat 1000 dinar nama yang dikenali bagi dua ayat ini.

Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 
- (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Sejarah Dinamakan 1000 Dinar‎

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎.
Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilandaangin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir.
Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎
Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎1000 dinar.‎

Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎
‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan,‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

Reference: 
Idea datang dari bacaan 'BERDUA LEBIH BAIK'.
1. Al-quran & terjemahan, 



1 comment:

  1. Wah sangat manfaat. Saya mengamalkan entri awk ni. Teruskan usaha ye. Seribu dinar. Suka membacanya. By the way,datanglah baca entri sye xberapa menarik ni. sya akan dtg baca lagi. http://www.azimahshukor.blogspot.com

    ReplyDelete