Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Segala puji-pujian selayaknya buat Allah Tuhan yang Maha Mentadbir Alam.
Selepas subuh tadi saya berkesempatan mendengar bicara ustaz Zahazan dalam slot Tafsir radio IKIM.
Pagi ini saya mendengar tentang kisah nabi Musa. Kisah tentang nabi Musa banyak kali diceritakan dalam al-Quran kerana Allah mahu memotivasikan kekasihNya , Rasulullah SAW.
Dalam sirah yang pernah saya pelajari dahulu, Nabi SAW adalah nabi yang banyak mengharungi dugaan dan ujian. Jadi, Allah menceritakan kisah2 nabi terdahulu supaya Rasulullah boleh mencontohi mereka.
Dalam Al-Quran, Allah juga ada menegur nabi2 dalam mereka menyampaikan dakwah, supaya dakwah mereka lebih dekat dan sampai kepada mad'u mereka.
Saya mahu mengambil hikmah penceritaan dari apa yang saya dengar..
- Rasulullah SAW diberi motivasi oleh Allah, apatah lagi saya ini hamba yang tiada apa2 untuk dibanggakan. Sungguh, saya lagi dan sangat perlukan motivasi.
- Allah menegur Nabi-Nya. Saya, lagilah patut ditegur kerana saya sangat banyak dosanya.
- Ya, saya perlu kuat. Kisah ini adalah motivasi saya di pagi isnin ini.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ
وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ
Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ
الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ
yang memberatkan punggungmu?
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap
Terima kasih Allah.
Moga Dia tetapkan hatiku untuk berada dalam medan ilmu.
Ya Allah, berkatilah segala ilmu yang telah aku pelajari sejak aku kecil hingga aku dewasa.
Permudahkan lah segala urusan kedua ibu bapaku, guru-guruku, sahabat-sahabatku, semoga mereka berada dalam lindunganMu.
Amin.
No comments:
Post a Comment