Meski Kuala Lumpur banyak hujan, catuan air tetap berjalan.
Meski air dicatu, saya tetap bersyukur. Alhamdulillah. Kami di universiti ini baru melalui catuan air ini baru dua minggu. Warga kota sudah menghadapi krisis ini lebih lama, sejak Mac lagi.
Alhamdulillah, dua hari lepas tiada air. Sebentar tadi, sudak muncul di pili paip bilik air. Bermulah operasi kerajinan bagi mahasiswa menyelesaikan urusan dengan air yang tertangguh. Ini adalah fakta.
Langit gelap lagi, tanda Allah mahu menyuburkan tanah-tanah.
Saat ini, rindu pula untuk pulang ke bumi jelapang padi. hmmm.. Hanya kaya dengan nama. Populasi penanaman padi sudah berkurang dek kerakusan manusia membina kawasan perumahan.
Semoga Allah berikan kita kesabaran untuk menyelesaikan krisi air ini.
Kalau di rumah boleh juga simpan bertong-tong air. Di kolej tak bolehlah. Dengan jumlah pengguna yang ramai. Boleh menyebabkan ketidak-adilan berlaku. Ye ke? Fikir-fikirkan..
No comments:
Post a Comment