Monday, December 23, 2013

Ziarah Kematian


Assalamualaikum..

Secebis pengalaman untuk dikongsikan. Pagi tadi, saya membawa tok (nenek) dan toksu (nenek saudara) menziarahi 'orang mati'. Tanggungjawab dipikul menggantikan ayah dan ibu yang mesyuarat di sekolah. Dalam perjalanan, ku tanya siapa dia yang meninggal itu kerna pasti ada pertalian darah kerana tok datang rumah tanya boleh tak bawa dia. 

Orangnya adik kepada arwah toknyang. Yakni ibu saudara kepada tok. Saya berfikir, ramai lagi saudara-mara yang tak ku kenali. Di rumah arwah, ramai juga orang kampungku.. jadi, saya berpendapat mereka itu semua berkaitan. Menarik bukan. Sungguh, kalau saya tidak pergi ke sana saya tidak akan mengenali kaum kerabat tok. 

Masa berlalu, kematian tidak mengira sesiapa. Kita adalah calon jenazah.

Al-fatihah untuk arwah. 

@Paya Tok Kesop, Jitra, Kedah. 


No comments:

Post a Comment