Assalamualaikum teman2.
Semalam yang panjang bersama hujan yang tak henti-henti lebih dari 15 jam. Subhanallah. Allah menunjukkan kekuasaaanNya.
Kelas selama dua jam semalam dalam suasana kehujanan membuatkan ramai yang mengantuk, ditambah sejuk pendingin hawa. Saya juga antara yang mengantuk. Setengah jam yang pertama, masih fokus. Kemudian, mata semakin mengecil...tahan, tahan, dan tahan.. Satu jam pertama, Prof bagi rehat sekejap sebelum menyambung pembelajaran.
Sebelum ke sesi kedua, Prof bertanya kenapa nampak mengantuk, kamu tidur pukul berapa semalam, dan semua orang mencari jawapan. Saya tersenyum-senyum. Nasib soalan tidak dituju padaku.
17 minit sesi motivasi. Kamu ada??
Ya, pensyarahku yang seorang ini memang begitu. Saya kagum sama beliau. Beliau tidak lokek bercerita tentang cara pengajaran oleh gurunya, yang telah membentuk Profesor itu hari ini. Beliau, Prof Saad Tayyab.
Kata-katanya semalam, "Teacher is a facilitator." Ya, guru adalah pemudahcara.
Satu lagi kata-katanya semasa keputusan 1st Assessment keluar, "You're not preparing well."
Sungguh, saya masih belum bersungguh-sungguh dalam mengulangkaji.
Hari ini, jom ubah sikap kita kepada lebih baik.
Ready for next assessment..
No comments:
Post a Comment