Sunday, December 29, 2013

"TwO"






Mickey & Minnie [lama tak layan kartun ni]

^__^
Two is better than one. Just a warm up session before study. 
Keep calm and continue study.




Monday, December 23, 2013

Ziarah Kematian


Assalamualaikum..

Secebis pengalaman untuk dikongsikan. Pagi tadi, saya membawa tok (nenek) dan toksu (nenek saudara) menziarahi 'orang mati'. Tanggungjawab dipikul menggantikan ayah dan ibu yang mesyuarat di sekolah. Dalam perjalanan, ku tanya siapa dia yang meninggal itu kerna pasti ada pertalian darah kerana tok datang rumah tanya boleh tak bawa dia. 

Orangnya adik kepada arwah toknyang. Yakni ibu saudara kepada tok. Saya berfikir, ramai lagi saudara-mara yang tak ku kenali. Di rumah arwah, ramai juga orang kampungku.. jadi, saya berpendapat mereka itu semua berkaitan. Menarik bukan. Sungguh, kalau saya tidak pergi ke sana saya tidak akan mengenali kaum kerabat tok. 

Masa berlalu, kematian tidak mengira sesiapa. Kita adalah calon jenazah.

Al-fatihah untuk arwah. 

@Paya Tok Kesop, Jitra, Kedah. 


Saturday, December 14, 2013

KEK LAPIS SARAWAK

KEK LAPIS SARAWAK ASLI DARI BUMI KENYALANG

DIBUKA UNTUK TEMPAHAN
SEBARANG PERTANYAAN/ KETERANGAN LANJUT BOLEH EMAIL SAYA DI nuraini.nabilah@gmail.com


TERIMA KASIH ^_^
HARGA : RM15 each, tidak termasuk kos penghantaran. 

Pilihan yang ada: 


















Sunday, December 8, 2013

Kenangan Pilihanraya Kampus (PRK) UM, KL


Konvoi selepas kemenangan.

Bergambar kenangan atas kemenangan.

Muslimat kurang, ramai yang bergerak ke tempat wudhu.
                                                 
Konvoi pada hari berkempen.


 Saat diumum menang majoriti
laungan takbir bergema
bersama deraian air mata
tanda kegembiraan
tanda bermulanya episod baru
dalam mengisi sebuah kemenangan

Sungguh, Allah Maha Berkuasa. Selamat bekerja sahabat-sahabat. Susah senangmu, jangan tinggalkan Tuhan.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada kamu semua. ^___^
 


-Nuraini Nabilah Kamal-


Terbaiklah PRO-MAHASISWA UM!!!

Nak tahu lebih lanjut, boleh lihat:
https://www.facebook.com/pages/Pro-Mahasiswa-Universiti-Malaya/184050317408

Sungguh saya kagum.
Hasil kreativiti pendokong Pro-Mahasiswa.

Hadapi persepsi dengan solusi. ^__^

Friday, December 6, 2013

I'm Stuck

Started past year question on Molecular Biology II, then I'm stuck with the question. 
What to do? Open the text book, and start reading.

Try to understand. And keep in mind. 

Chapter 11, here I am. Keep calm, continue reading. 


Tuesday, December 3, 2013

Kalam seorang Profesor

Assalamualaikum teman2.

Semalam yang panjang bersama hujan yang tak henti-henti lebih dari 15 jam. Subhanallah. Allah menunjukkan kekuasaaanNya.

Kelas selama dua jam semalam dalam suasana kehujanan membuatkan ramai yang mengantuk, ditambah sejuk pendingin hawa. Saya juga antara yang mengantuk. Setengah jam yang pertama, masih fokus. Kemudian, mata semakin mengecil...tahan, tahan, dan tahan.. Satu jam pertama, Prof bagi rehat sekejap sebelum menyambung pembelajaran.

Sebelum ke sesi kedua, Prof bertanya kenapa nampak mengantuk, kamu tidur pukul berapa semalam, dan semua orang mencari jawapan. Saya tersenyum-senyum. Nasib soalan tidak dituju padaku.

17 minit sesi motivasi. Kamu ada??


Ya, pensyarahku yang seorang ini memang begitu. Saya kagum sama beliau. Beliau tidak lokek bercerita tentang cara pengajaran oleh gurunya, yang telah membentuk Profesor itu hari ini. Beliau, Prof Saad Tayyab.

Kata-katanya semalam, "Teacher is a facilitator." Ya, guru adalah pemudahcara.

Satu lagi kata-katanya semasa keputusan 1st Assessment keluar, "You're not preparing well."
Sungguh, saya masih belum bersungguh-sungguh dalam mengulangkaji.

Hari ini, jom ubah sikap kita kepada lebih baik.

Ready for next assessment..