Saturday, September 28, 2013

Fraser Hill -Part 1

Assalamualaikum. Apa khabar teman? Semoga kamu sihat sentiasa dan dalam nikmat iman. Alhamdulillah. Huung minggu lepas saya berkesempatan ke Bukit Fraser, Pahang, Malaysia.

Tujuan asal ke sana, untuk menemani sahabat saya melihat-lihat kawasan untuk dia melakukan kajian untuk 'Final Year Project'. Alhamdulillah, syukur saya sampai di sana. Membantu sambil makan angin.

Bukit Fraser terletak di sempadan Selangor dan Pahang. Kami bergerak ke sana melalui Gombak -> Ulu Yam -> Batang Kali -> Kuala Kubu Baru -> Fraser Hill. Perjalanan yang jauh, tetapi menarik. Jom kita lihat gambar-gambar yang sempat saya tangkap.


Empangan Kuala Kubu Baru. Waktu ini selepas asar. Air yang ditakung adalah sedikit. Kalau penuh, batu-batu itu tak akan nampak.

Air Sungai ini mengalir dari Kampung Orang Asli Pertak ke Empangan Kuala Kubu Baru.
Subhanallah, seperti padang rumput.


Kampung Pertak. Jom cari katak.



Perjalanan diteruskan ke Bukit Fraser. Sampai di atas destinasi ketika bulan sedang mengambang. 


Dengan kamera Samsung Young, gambar ini di rakamkan.
Saat ini cuaca sejuk, ditambah dengan angin segar malam. Subhanallah.
Ini adalah pusat bagi Bukit Fraser. Ketika saya di sini, pukul 12 tengah malam.
Suasana lengang, dek pengunjung belum sampai.

Ros tumbuh dengan cantiknya.
Sunyi...
Okey, sampai sini dahulu. Semua gambar di atas hasil perjalanan hari pertama. ^___^


"Traveling-it leaves you speechless, 
then turns you into a storyteller" -Ibnu Batutta.


2 comments:

  1. Fraser hill sekarang sejuk lagi tak.?

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejuk. paling rendah hari tu 18 degree celcius.

      Delete