Assalamualaikum teman.
Apa khabar kalian? Moga dalam iman dan ihsan. Saya bersyukur kerana Allah masih memberi nikmat iman, nikmat ihsan, kesihatan dan masa. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
"Apa saya patut melakukan taaruf itu?" Itu persoalan yang bermain dibenakku.
Kala ini, saya berasa seperti Allah sedang berbicara denganku, jua Dia sedang memberi petunjuk padaku.
Saya melihat catatan bacaanku. Sebelum Ramadhan yang lepas, bonda beria-ia menyuruh saya membaca novel 'Perempuan Lindungan Kaabah". Ah,haruskah saya baca. Novelnya tebal. Lagipun masa itu saya sibuk. Akhirnya, selesai juga beberapa hari sebelum Syawal.
Semalam, saya sudahkan membaca 'Isteri Separuh Masa' karya Suri Ryana. Hari ini pula, kumulakan membaca novel 'Suami Ekspress'.
Ketiga-tiga novel ini sarat dengan hikmah. Semua berkisar tentang rumah tangga, suami isteri dan bagaimana nak membawa rumah tangga itu ke jalan yang Allah redhai.
"Cerita dan ilmu itu adalah kelok-keloknya, hikmah adalah tujuannya." -Dr. Faisal Tehrani.
Kemudian, saya terjumpa ini,
Perkara yang penting ini saya tahu, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
Di perpustakaan tempohari, saya terjumpa buku Cinta High class, tulisan Dr. Farhan Hadi dan Fatimah Sharha. Hatiku tertarik, padahal sebelum ini tak teringin hendak ku baca. ^__^
InsyaAllah, akan ku terus beristikharah. Semoga keputusan yang akan kuambil ini yang terbaik buatku.
Doakanku, teman-teman.
No comments:
Post a Comment