Saturday, August 31, 2013

Buku Persediaan ke Arah Baitulmuslim

Assalamualaikum. 

Hari ini nak kongsi antara buku-buku yang boleh di baca untuk menyiapkan diri ke alam rumahtangga. 

Matlamat: Ke arah baitulmuslim yang diredhai Allah, terus hingga syurga. =)
Bila mahu ku baca? 

Antara buku yang lengkap tentang pendidikan anak-anak.
Terjumpa dalam website PTS. 

Berkenaan pandangan penulis tentang cinta dan pernikahan.


Ada banyak lagi buku-buku yang boleh dibaca dan diambil ikhtibar. Minggu lepas,di Perpustakaan Awam Jitra, saya terjumpa banyak buku tetapi judulnya tak disalin. InsyaAllah, banyakkan membaca.

Sungguh ilmu itu sangat luas. Subhanallah. 

InsyaAllah, sirah perkahwinan Nabi SAW juga harus ku tahu. Bagaimana Baginda menakhoda bahtera rumah tangganya? Bagaimana kisah ayahanda Abdullah dan ibunda Aminah dalam menjalani kehidupan rumahtangga? 

Tatkala berbicara tentang buku mengenai perkahwinan, saya teringat seorang teman akrab. Beliau punya naskah-naskah yang banyak tentang ini. ^_^ Nampaknya saya harus bertanya dia. 

~Hamba ini baru berjinak-jinak dengan ilmu baitulmuslim. 
~Allah, permudahkan urusanku, ibu bapaku, sahabat-sahabatku dan guru-guruku. 






Sunday, August 25, 2013

RIYAK & IKHLAS


"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya."Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."
"Tak payah, bawa sahaja karung guni.
""Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
"Mari kita ke pasar!"
Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
"Cukup?"
"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik.
"Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"
"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"
"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.
"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya.
Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.
Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"
"Tak buat apa-apa."
"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.
"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."
"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.
"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."
"Dengan memikul batu-batu ini?"
"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang- orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."
"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?""Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa
ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."
"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu.
Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.

Saturday, August 24, 2013

Syair Aminah Qutb


sEkirAnya,
kitA cintA kEpadA manUsiA, 
tak sEmestinyA manUsia cintA kEpadA kitA,
tetApi sEkiranyA,
kitA cintA kepadA Allah,
nEscayA CintA ALLAH tiadA pEnghUjungnyA,
sEkiranyA,
kitA cintA kEpadA manUsia,
kitA akAn cEmbUru pAda orAng yang
mencintAi orAng yanG kitA cintAi,
teTapi sEkiranyA,
kitA cintA kepAda ALLAH,
kitA akAn turUt mEncintAi orAng yAng 
mElabUhkan cintAnya kEpada ALLAH juga.

ya ALLAH,
andainyA diA adAlah jOdohku 
yAng ditEtapkan oleh-MU
kepAdakU,
mAka, 
CampAkkanlAh kE dalAm hatinyA,
cintA kEpadAku adalAh keranA-MU.
Namun, 
andainyA dia BukAnlah jodOh yAng 
ditEtapkan oleh-MU kepAdaku,
bErikanlAh aku kekUatAn agAr pAsrah
dAlam MenghArUngi ujiAn,
yAng KAU bErikAn kepAdakU..

Thursday, August 22, 2013

Petunjukkah?


Assalamualaikum teman.

Apa khabar kalian? Moga dalam iman dan ihsan. Saya bersyukur kerana Allah masih memberi nikmat iman, nikmat ihsan, kesihatan dan masa. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. 

"Apa saya patut melakukan taaruf itu?" Itu persoalan yang bermain dibenakku. 

Kala ini, saya berasa seperti Allah sedang berbicara denganku, jua Dia sedang memberi petunjuk padaku. 

Saya melihat catatan bacaanku. Sebelum Ramadhan yang lepas, bonda beria-ia menyuruh saya membaca novel 'Perempuan Lindungan Kaabah". Ah,haruskah saya baca. Novelnya tebal. Lagipun masa itu saya sibuk. Akhirnya, selesai juga beberapa hari sebelum Syawal. 

Semalam, saya sudahkan membaca 'Isteri Separuh Masa' karya Suri Ryana. Hari ini pula, kumulakan membaca novel 'Suami Ekspress'.

Ketiga-tiga novel ini sarat dengan hikmah. Semua berkisar tentang rumah tangga, suami isteri dan bagaimana nak membawa rumah tangga itu ke jalan yang Allah redhai. 


"Cerita dan ilmu itu adalah kelok-keloknya, hikmah adalah tujuannya." -Dr. Faisal Tehrani.

Kemudian, saya terjumpa ini, 

Perkara yang penting ini saya tahu, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Di perpustakaan tempohari, saya terjumpa buku Cinta High class, tulisan Dr. Farhan Hadi dan Fatimah Sharha. Hatiku tertarik, padahal sebelum ini tak teringin hendak ku baca. ^__^

InsyaAllah, akan ku terus beristikharah. Semoga keputusan yang akan kuambil ini yang terbaik buatku. 

Doakanku, teman-teman. 




Saturday, August 17, 2013

DOA UNTUK RAKYAT MESIR



اللهم إني أشهد أن إخواننا في مصر ظلموا وقتلوا بغير حق
قد بلغت أخبار عنهم إهتماما بأمورهم
أسألك يا الله يا قهار يا عزيز احفظ مصر وأهلها من كل شر وفتن
وأهلك الظالمين بظلمهم والمفسدين بفسدهم

Ya Allah, sesungguhnya aku menyaksikan bahawa saudara kami di Mesir dizalimi dan dibunuh tanpa hak,
Sesungguhnya aku telah menyampaikan berita mengenai mereka tanda prihatin dan kecaknaanku apa yang berlaku atas mereka,
Aku memohon kepadamu Ya Allah, Yang Maha Gagah, Yang Maha Perkasa, peliharalah Mesir dan rakyatnya daripada segala keburukan dan fitnah bala
Dan hancurkanlah orang yang zalim disebabkan kezaliman mereka dan orang yang melakukan kerosakan disebabkan kerosakan yang mereka lakukan.

نستغيث يا ربنا، احفظ إخواننا المظلومين والمستضعفين
كما حفظت قوم موسى من ظلم فرعون وجنوده
ونجعلك ولينا وأنت ولي إخواننا من كيد وطغيان المجرمين
أخرقهم يا الله كما خرقوا مسجد الذي صلينا فيه

Kami mengadu wahai Tuhan kami, peliharalah saudara kami yang dizalimi dan yang lemah,
sebagaimana Engkau pelihara kaum nabi Musa daripada kezaliman firaun dan tenteranya,
Kami menjadikan Engkau sebagai pelindung kami dan Engkaulah jua pelindung saudara kamu daripada tipu jahat dan perbuatan melampaui batasa orang yang melakukan kesalahan dan dosa,
bakarlah mereka ya Allah sebagaimana mereka telah membakar masjid (masjid rabiah adawiyyah) yang pernah kami menunaikan solat padanya

اللهم عليك بالسيسي وشركائه
اللهم دمرهم وأهلكهم وأغرقهم
وافتح قلوب الغافلين عن كلماته
واجعلهم من العاملين وإلا عليك يالله بأمورهم

Ya Allah kepada Engkau kami serahkan al-sisi dan konco-konconya
Ya Allah binasakanlah mereka, hancurkanlah mereka dan tenggelamkanlah mereka
bukakanlah hati-hati orang yang lalai dengan kata-kata mereka (yang menyokong dan bersetuju dengan kezaliman dan rampasan kuasa)
jadikanlah mereka daripada kalangan orang yang beramal jika tidak (iaitu sekiranya mereka masih lalai) maka kepada Engkau Ya Allah kami serahkan terhadap urusan (kelalaian) mereka.


~sHAring is CAriNg~