Tuesday, February 21, 2012

BERTUAHNYA SAYA





ASSALAMUALAIKUM..


Apa khabar anda?
Apa khabar iman anda?
Apa khabar perasaan anda?


Alhamdulillah saya kembali kepada fitrah.


Pelbagai masalah kena hadapi. Bersama beberapa kegagalan. 


Alhamdulillah, selepas mendapat nasihat serta sharing dari sahabat2 saya, terasa sebenarnya saya ini bertuah.



  • Bertuahnya saya, kerana Allah memberi peluang untuk belajar di Universiti Malaya. Berapa ramai orang di luar sana yang teringin menjejak kaki ke universiti tapi tak kesamapaian.
  • Sungguh bertuah saya Allah uji dengan masalah kerana ia mendekatkan saya dengan Dia.
  • Saya gagal dalam pelajaran beberapa kali. Saya ingatkan sayalah orang yang paling gagal, tetapi sebenarnya ada lagi orang yang diuji lebih banyak kegagalannya
  • Saya punya keluarga yang baik. Ayah ibu pesan, belajar degree samapai habis. Ayah akan tanggung perbelanjaan. Bertuahkan saya. Berapa ramai pelajar dekat UM ni perlu bekerja untuk menampung perbelanjaan di Kuala Lumpur ini. Ya lah, boleh terkandas jika tiada wang.
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH

Saya bersyukur padaMu RABBI, Engkau menunjukkan hikmah padaku saat aku hampir berputus asa. Terima kasih padaMu Allah, Engkau menunjukkan pada aku, bahawa aku tidak sendirian dalam meneruskan pembelajaran di varsiti ini. Sungguh dengan rahamatMu aku pasti akan bangkit kembali andai gagal sekali lagi.

InsyaAllah, doakan saya wahai sahabat pembaca nota saya ini. Doakan moga saya terus kuat dan tabah untuk meneruskan usaha menuntut ilmu. 

Semoga Allah akan memberi kebaikan buat kalian. Saya mengalu-alukan sebarang nasihat dan panduan, serta teguran. 




No comments:

Post a Comment