assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
pagi tadi bersama Profesor Saad dalam kelas Biologi Molekul 1. Beliau bersyarah tentang DNA dan RNA. About transcription or known as RNA biosynthesis.
Ditengah lecture beliau bertanya apakah kami pelajar2 boleh membezakan antara DNA, CHROMOSOME DAN GENE?? Saya di kiri kelas berfikir, perkara itu adalah paling asas bagi seseorang pelajar perlu tahu.
Ah, bukannya kami tidak belajar, tetapi masalah utama adalah tak buat ulangkaji.
Kita sedia maklum bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, PENYAKIT ILMU ADALAH LUPA. Jadi, apa solusi dari syarahan Profesor tadi???
Perkara utama yang saya dan anda perlu lakukan adalah sentiasa mengulang-ulang ilmu yang kita dah pelajari.
Kita kena rajin bersoal jawab dengan sahabat2 agar ilmu itu sentiasa ada dalam dada.
Apa yang saya tulis ini adalah peringatan buat diri sendiri, dan juga anda. :-)
musafir di gedung ilmu,
...cahaya mataku yang cerdik...
No comments:
Post a Comment