Alhamdulillah ... pagi ini Allah beri kesempatan dan kekuatan buat diri ini berjemaah solat subuh. Terasa dingin waktu itu, menunjukkan keindahan Islam, bahawa solat subuh berjemaah itu indah sebenarnya. Dalam kaki melangkah ke surau, teringat memori ketika sekolah menengah dahulu. Awal-awal pagi, bersiap untuk ke surau untuk berjemaah..kadang-kadang sampai berkejaran untuk mendapatkan pahala berjemaah.
Ya Allah, aku mahu perasaan itu kembali. Masukkanlah ke dalam jiwa-jiwa ini perassan ridukan solat berjemaah. Aku rindukan saat berpagi-pagian dalam rumahMu. Ya Allah, tautkan lah hati-hati ini agar kembali dekat pada-Mu.
Ya Allah, terima kasih atas sakit yang Kau beri, kerana ia menginsafkan diri ini hamba yang lalai dalam mengutip mutiara masa yang berharga.
Terima kasih duhai Tuhan Rabbul 'Izzati kerana beri aku nafas untuk hari ini.
Ampunkan dosa hambaMu yang sangat kerdil ini, yang hadirnya dari air mani yang hina.
No comments:
Post a Comment