Friday, November 25, 2011

1432Hijrah akan pergi.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambanya.

Ahad ini akan bermulanya tahun baru 1433HIJRAH. 
Bersediakah kita nak melangkah ke tahun itu...??

Pada masa ini, wajar kiranya kita melihat ke belakang apa yang telah kita lakukan selama tahun ini. Periksa semula, apa yang baik, apa yang tidak baik. Sifat yang tak elok, wajar kita tinggalkan.



untuk tahun baru ini, apa matlamat kita?? 

Matlamat saya insyaAllah secara general:
  •  Akademik perlu lulus cemerlang
  • Ibadah wajib kena jaga ,ibadah sunat kena tingkatkan
Azam saya yang khusus juga ada, tetapi biarlah ia buat saya seorang. =)

Akhirul kalam, SALAM MA'AL HIJRAH dari saya. Moga tahun baru ini membawa sinar Islam yang lebih indah. Sama-sama kita mengutip mutiara ilmu sebanyak mungkin untuk manfaat ummah. InsyaAllah.


إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أُوْلَـئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللّهِ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 218)

Wednesday, November 23, 2011

ummah di tangan wanita.



Wanita memainkan peranan yg cukup besar dalam rumah tangga. Tugasnya mendidik anak-anak agar mereka apabila besar nanti bermanfaat buat masyarakat.

Saturday, November 19, 2011

SuBUH

Alhamdulillah ... pagi ini Allah beri kesempatan dan kekuatan buat diri ini berjemaah solat subuh. Terasa dingin waktu itu, menunjukkan keindahan Islam, bahawa solat subuh berjemaah itu indah sebenarnya. Dalam kaki melangkah ke surau, teringat memori ketika sekolah menengah dahulu. Awal-awal pagi, bersiap untuk ke surau untuk berjemaah..kadang-kadang sampai berkejaran untuk mendapatkan pahala berjemaah. 

Ya Allah, aku mahu perasaan itu kembali. Masukkanlah ke dalam jiwa-jiwa ini perassan ridukan solat berjemaah. Aku rindukan saat berpagi-pagian dalam rumahMu. Ya Allah, tautkan lah hati-hati ini agar kembali dekat pada-Mu. 

Ya Allah, terima kasih atas sakit yang Kau beri, kerana ia menginsafkan diri ini hamba yang lalai dalam mengutip mutiara masa yang berharga. 

Terima kasih duhai Tuhan Rabbul 'Izzati kerana beri aku nafas untuk hari ini.
Ampunkan dosa hambaMu yang sangat kerdil ini, yang hadirnya dari air mani yang hina.


Tuesday, November 15, 2011

1...

Don't aim for success if you want it; just do what you love and believe in, and it will come naturally.


Read more:http://www.brainyquote.com/quotes/topics/topic_success.html#ixzz1diaw9HN4

aidiladha yang baru berlalu..

Bergambar selepas solat sunat aidiladha.. 
Hari ini juga saya bertemu wajah dengan seorang sepupu baru, namanya Fikri. =) Sungguh nyenyak dia tidur pada pagi Aidiladha..


Sepupu2ku masa Aidilfitri yg lepas. Yang berbaju hijau adalah abang2 fikri.
Yang di atas adalah sepupu2 saya sebelah ayah. Mereka ini majoriti lelaki.. Sebab tu, bila semua berkumpul di rumah Tok, sungguh meriah dengan suara mereka. =)




Tuesday, November 1, 2011

daku dan dr. fauziah

Assalamualaikum.. 
alhamdulillah, hari ini saya dpt jumpa dengan supervisor untuk Final Year Project, Dr. Fauziah. Berjumpa dengannya tanpa 'appointment' memang best. =) Lama jugak saya tak jumpa Dr. Alhamdulillah, saya lihat pensyarah saya ini semakin sihat. 


Banyak yang dibincangkan setelah beberapa minggu tidak bertemu. Yang pastinya saya akan ke ladang mangga di Perlis nanti, tempat yang menjadi medan Dr. membuat penyelidikan. Di sana, perlu melihat-lihat pucuk daun yang baru bertunas dan apa serangga yang suka bertenggek di situ , juga yg makan daun itu.


Pertemuan yg ringkas tapi padat. Sebelum pulang, Dr. sempat menitip pesan dan dorongan "InsyaAllah boleh buat sampai selesai." Ya, saya yakin. Saya yang memulakan, jadi saya pasti akan menghabiskan.


Persis seorang bonda, saya terlupa menyalaminya, jadi dia mengingatkan. Terima kasih Dr.