Monday, March 28, 2011

Tuesday, March 22, 2011

meow2 after editting

Kasih Sayang

Tengahari tadi, ketika masuk ke floor blok ku, ternampak la dua ekor hamba Allah ini. Waktu itu, dua2 tengah enak tidur. Balik bilik, ku pinjam kamera roomate untuk snap gambar ini. 
Terganggu tidur mereka dek gangguanku.

Sambung tidur.

Aksi tidur ditengahari yang hujan.
Yang warna cerah sikit tu jantan, manakala yang gelap tu betina. Baik betul si jantan tu, berehat bersama si betina yang tengah bunting. =) 

Kesimpulannya, kasih sayang itu datangnya dari Allah. Hargailah rahmat itu. Tetapi, buat Adam dan Hawa,, berkasih sayanglah dengan ikatan yang halal buatmu.





Wednesday, March 16, 2011

Rahmat Allah



sahabat... 
jangan kau palingkan dirimu
saat Allah mahu memberi kasih sayangNya
sesungguhnya
tiap apa yang Dia takdirkan pasti ada hikmahnya...


sungguh indah
di saat tautan ukhwah
  bersemi keranaMu 
wahai Pemilik Cintaku Yang Agung



Sunday, March 13, 2011

Jalan2 melihat alam.

Dengan nama Mu YaAllah…ku mulakan segalanya InsyaAllah..

Terima kasih padaMu ya Rabb. Atas ni’mat yang diberikan, dapat juga saya melihat sungai dan air terjun. Alhamdulillah. Tapi, tiada gambar yang dapat ku berikan buat kalian.. Saat itu hanya terakam dalam mindaku.. =)

Sebenarnya, dua tiga minggu ini memang saya sangat teringin hendak pergi ke sungai, melihat ciptaanMu yang indah itu. Bukannya saya nak mengatakan di universiti itu tidak indah, tetapi saya gemarkan alam seperti sungai, hutan, air terjun dan laut. Terasa hilang segala stress dan penat membuat kerja.

Teringat kalam Allah yang mengatakan, manusia itu pada akhirnya akan kembali kepada TuhanNya.  Subhanallah… hebatkan Allah…

Tempat yang saya pergi itu adalah Taman Rekreasi Air Terjun Gabai, Langat. Perjalanan pergi memakan masa lebih setengah jam. Ketika sampai, ramai juga yang baru sampai.  
Selepas pulang ke kampus, insyaAllah saya akan teruskan agenda saya untuk menyiapkan laporan makmal.

*nota perjalanan melihat alam, mengubat rindu Tuhan dan keluarga tercinta. Moga Allah meredhai apa yang telah ku lakukan.


-ditulis ketika perjalanan pulang ke kampus-

Saturday, March 12, 2011

IQRA' !!!


Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran kepada Allah Subhanahuwa Taala atas nikmat iman dan islam.Bersyukurlah kita di Malaysia tidak ditimpakan dengan azab tsunami dan gempa bumi.
Kali ini, saya nak berkongsi sedikit tentang mengapa kita perlu banyak membaca. Hmmm...mungkin ada yang bertanya kenapa nak tulis tentang bab2 membaca ni?? okay, sebabnya ialah bila kita banyak membaca, banyaklah informasi yang boleh dikongsi dengan orang lain. 
Contoh yang mudah, bila saya membaca, saya ada modal untuk menulis. Betulkan???
:-) Saya sangat suka buku, tetapi sejauh mana saya membaca buku... persoalan yang perlu kita fikirkan... Analogi tambahan : Si A mahu berniaga, tetapi dia tiada wang untuk memulakan perniagaan. Jadi, perniagaan yang si A idamkan tidak akan berlaku, kecuali dia berikhtiar untuk mendapatkan wang. 
Kesimpulannya, jom kita banyakkan membaca. Banyakkan juga bidang bacaan. Contohnya, kalau kita suka sejarah, jangan asyik baca buku sejarah saja,, bacalah buku tentang bidang yang lain pula. =) Mulakan pembacaan anda dengan sesuatu yang ringan,, kemudian suburkan dengan buku-buku yang lebih berat isinya.. Hiaskan pembacaan anda dengan majlis ilmu. 
OK, itu sahaja dari saya. Moga dengan ilmu, kita berjaya memartabatkan diri, agama dan negara.
Waallahu'alam.
Moga seisi alam mendoakan kita. Amin.