Assalamualaikum.
Today to Shaaban. Less than 3 months.
Pagi tadi selesai pos laju kad jemputan ke Sarawak dan N.Sembilan. Kos penghantaran sahaja sudah RM41.50. Allahu. Wang keluar begitu pantas. Bayaran untuk kad semalam sahaja RM820. Untuk kedua-dua belah kenduri.
Kemudian, saya ke Hospital Jitra bertanyakan di mana boleh dibuat Ujian HIV untuk bakal pengantin. Di situ tiada servis ujian, staf hospital suruh ke Klinik Kesihatan Jitra dekat Klinik Pergigian. Maka, pergilah saya ke sana. hehe..
Semalam, saya wasup kakngah, sepupu yang nikah hujung tahun lepas bertanya di mana tempat dia buat ujian HIV. Katanya Klinik Kesihatan Changlun sebab klinik tersebuat menghala ke rumah dari tempat kerja. hmm.. Jalan mati.
Patah balik cerita tadi, sampai tempat klinik gigi saya cari pulak tempat nak buat ujian HIV. Tanya staf situ, katanya ujian tu dibuat di Klinik Kesihatan Ibu & Anak. Haha. Sepatutnya saya boleh buat dah tadi tetapi maklumat bakal pasangan pulak tiada. Lain kali saya datang lagi.
Ujian HIV untuk bakal pengantin di Klinik Kesihatan Ibu & Anak, Jitra boleh dibuat pada hari AHAD, ISNIN dan SELASA sahaja.
Pastikan kamu tahu maklumat pasangan kerana ianya diperlukan untuk isi borang. =)
-nama pasangan
-no. kp.
-alamat
-no. telefon rumah
-no.telefon pejabat
-no. handphone
-pekerjaan
-alamat tempat kerja
^_^ Sekian sahaja untuk hari ini. Jumpa lagi. ^_^
Rasulullah SAW bersabda: “Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagi mu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: “Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu,” akan tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” karena sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan syaitan.” (HR. Muslim)
Monday, March 23, 2015
Tuesday, March 10, 2015
Countdown la sangat
Assalamualaikum.
Bulan 3 sudah. Walaupun belum bekerja sepenuh masa, saya tetap sibuk. haha. Bekerja dari rumah.
Tat nanas.
Kek keju meleleh.
Menuju tarikh keramat, macam-macam perlu disediakan. Satu persatu list ditanda. Tapi ujian HIV saya belum buat. Nantilah.
Sekarang ni tengah cari ilham nak tempah jurumekap ataupun tidak. Ayah kata mekap sendiri. hihi.
Veil & crown sudah booking.
Kasut pengantin pun sudah beli.
Tapi baju belum siap.
Lagi??
Cadar pengantin mummy kata nak beli.
Tudung nak kena cari sampai tiga.
Banyak lagi ni. Nanti kitA sambung.
__________________________________________
Doakan semuanya berjalan lancar. Amin.
Bulan 3 sudah. Walaupun belum bekerja sepenuh masa, saya tetap sibuk. haha. Bekerja dari rumah.
Tat nanas.
Kek keju meleleh.
Menuju tarikh keramat, macam-macam perlu disediakan. Satu persatu list ditanda. Tapi ujian HIV saya belum buat. Nantilah.
Sekarang ni tengah cari ilham nak tempah jurumekap ataupun tidak. Ayah kata mekap sendiri. hihi.
Veil & crown sudah booking.
Kasut pengantin pun sudah beli.
Tapi baju belum siap.
Lagi??
Cadar pengantin mummy kata nak beli.
Tudung nak kena cari sampai tiga.
Banyak lagi ni. Nanti kitA sambung.
__________________________________________
Doakan semuanya berjalan lancar. Amin.
Thursday, February 26, 2015
Monday, February 23, 2015
Kenduri di Chemor, Perak
Assalamualaikum,
Hari sabtu lepas berkesempatan ke Chemor untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu bonda.
Hari sabtu lepas berkesempatan ke Chemor untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu bonda.
Ramai saudara-mara yang cuti dan balik ke Perak, jadi bolehlah jumpa. Antara hotstuff masa kenduri ini...saya nak kahwin. haha. Bonda duk spread the news..
Moga-moga ramai la mereka kaum kerabat datang mencemar duli di walimah nanti. Gembira la kut. haha. Yang bestnya, saya belum bekerja sepenuh masa. Setakat buat tat nanas dan jahit baju apalah sangat.
Thursday, January 29, 2015
Cari Idea untuk....
Assalamualaikum..
...Hantaran.
Sebenarnya lebih kepada nak tinggalkan jejak. Nanti berguna bila nak buat bekas hantaran. =) Ini gara-gara mahu kurangkan belanja. Almaklumlah, belum bekerja.
Ungu putih
Unik
Ok, nanti sambung survey.
...Hantaran.
Sebenarnya lebih kepada nak tinggalkan jejak. Nanti berguna bila nak buat bekas hantaran. =) Ini gara-gara mahu kurangkan belanja. Almaklumlah, belum bekerja.
Ungu putih
Unik
Ok, nanti sambung survey.
Monday, January 26, 2015
Tanyalah Ustazah 2015
TANYALAH USTAZAH JANUARI 2015
Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria
Tajuk: AZAM SEORANG ISTERI
Tuesday, January 20, 2015
Jahit kaff ke Lengan baju
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, masih di beri kesihatan dan nikmat masa.
Entri ini tentang cara nak menjahit kaff pada lengan baju, versi saya. =) Sebelum ni ulangkaji nak pasang kaff dari banyak blog. Jadi inilah versi ain.
Ukuran untuk saiz ain terlupa nak tangkap gambar, nanti boleh rujuk sini . Antara blog yang saya rujuk. Kualiti gambar yang tak seberapa, guna Galaxy Y sahaja.
![]() |
| Kaff yang telah dilekatkan pada kain (bahagian dalam). Lipat bahagian atas, 1/2 inci tu untuk dijahit mesin. |
![]() |
| Lipat tindih ke luar. Jahit mesin dibahagian kanan dan kiri kaff. jahitan lajak ke atas xpa. |
![]() |
| Terbalikkan kaff selepas jahit. Potong kain yang lebih, tinggalkan dalam 1/2 inci untuk sambung ke lengan. |
![]() |
| Jahit 1 tapak mesin. Bahagian luar kaff bertemu bahagian dalam lengan. |
![]() |
| Bahagian 1 tapak mesin tadi lipat masuk ke dalam bahagian kaff. Jadi nanti ia akan tersembunyi. |
![]() |
| Jahit atas kaff untuk sembunyikan sambungan tadi. |
![]() |
![]() |
| Akhirnya. |
Sekian, ulangkaji pasang kaff versi saya. Semoga bermanfaat.
Subscribe to:
Posts (Atom)















