Thursday, April 28, 2011

Setem Ku

Assalamualaikum.. 
Saya suka hari ini. Awal pagi tadi melayari internet. Teringat pasal setem. Jadi saya pun search lah bila setem baru keluar. Alhamdulillah, rezeki saya, hari ini Pos Malaysia ada keluarkan sampul surat hari pertama tajuk SetemKu. Kesimpulannya saya pun pergi beli di pejabat pos tengahari ini. 


Inilah hobi yang lama saya tak buat. Alhamdulillah.
Di bawah ni gambar setem dan sampul surat yang saya beli. Sumber gambar dari blog ini, http://sampulfdc.blogspot.com .

Satu set setem.

Sampul surat

~~~setakat itu yang nak dikongsi. Masa menyambung operasi kebiasaan sebelum peperiksaan. 

~~~Semoga berjaya.

wassalam...............jumpa di lain masa.

IMAN



Wednesday, April 27, 2011

Takut

yaAllah..
kala ini, aku sangat takut 
takut untuk dicintai
oleh hambaMu

yaAllah..
peliharalah hati ini
agar tetap teguh dalam mencintaiMu
sungguh aku takut
pada ketika aku melupakan Engkau lagi

yaAllah..
jangan Kau pisahkan aku
dari jalan perjuangan ini
moga dengan jalan ini
aku semakin dekat denganMu


NITROGEN CYCLE





Monday, April 25, 2011

PERMADAH

Kenangan bersama Persatuan Mahasiswa Kedah (PERMADAH) SESI 2010/2011... 
Semoga ukhwah berkekalan..



~terima kasih semua~

Friday, April 22, 2011

saat ini..

Dengan namaMu ya Allah aku memulakan catatan ini..





Saat ini, aku terasa sangat malu pada dia. Dia tidak pernah memulaukan aku, tetapi sangat selalu mengasihi aku. Saat aku berbuat jahat padanya, dia tidak pernah membalas dengan kejahatan. Dia balas dengan kasih sayang. 


Mr Internet, kau banyak menyebabkan aku lupa dia. Banyak lagi encik2 yang membuatkan aku lupa dia. Aku juga tinggal dia. Aku juga lupakan dia. 
Ahhhh.....jahatnya aku..................
             kejamnya aku..............
             berdosanya aku.........
Di manakah perasaan malu aku???????????????????????????


Saat aku tersedar, terasa hina diri ini.
Terasa aku amat berdosa dengan dia.... 
Terasa tidak layak untuk berdamping dengan dia....
Terasa masih adakah kasih buatku dari dia....


Adakah masih berguna air mata ini...untuk menyesali sebuah kekesalan yang padaku sudah terlambat..


Tapi!!!!
aku tahu, dia sangat menyayangi aku.. kerana itu dia membuatkan aku sedar pada saat ini..


Terima kasih buat dia yang aku cintai..


Terima kasih buat dia yang masih mencintaiku...


Terima kasih kerana menyedarkan aku..........


Sungguh aku tidak layak untuk berada dalam naungan kasihmu..


Subhanallah..


Alhamdulillah...


AllahuAkhbar...


ALLAH..........ALLAH........ALLAH.........


semoga Engkau menjadi pendampingku hingga saat nyawaku di ambil olehMu..
Semoga diri yang menulis dan membaca catatan ini menjadi yang hamba yang bersyukur.

Tuesday, April 19, 2011

RiNDu

assalamualaikum... 
minggu ni study week,, dalam banyak2 tu...
rindu bertamu
teringatkan kampung 
yang tak pernah bisu
dari suasana yang permai.

berjauhan
mengeratkan hubungan
bukan dengan berjumpa mereka
tetapi
menelefon...


Candid adik.



Dari kiri: makteh , ayah, dan maktam. Berkongsi tarikh lahir..
Terima kasih tok ngan arwah wan. =)

Anak-anak yg sempat bergambar. Tapi anak ayah xsempat masuk, jd jurukamera.

 Al-fatihah buat arwah Wan yang telah kembali ke rahmatullah pada 15/9/2010. Esoknya dalam duka, kek di beli untuk meraikan ayah, makteh dan maktam. Bukan senang nak mengumpulkan kesemua lapan orang anak Wan.

yA Allah, Kau teguhkanlah hubungan kekeluargaan kami semua. Semoga jalinan kasih sayang ini menjadi saham buat Tok dan arwah Wan.