Assalamualaikum.
Alhamdulillah, masih dapat mengomel di ruang maya. Tinta yang lama ditinggalkan akan kita sambung.
Tahun ini saya dapat menyambung kontrak sebagai guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA). Mengajar Tahun 5B, iaitu kelas kedua. Baru mengajar dua minggu, bermula dari minggu kedua persekolahan saya sudah pening kepala. Hari mengajar mesti sakit kepala. Aduh...
Ragam anak-anak yang hampir 30 orang memang menguji fizikal dan mental. Minggu lepas, seharian kelas KAFA menyuruh mereka menghafal niat solat farhu. Aduhai anak, umurmu sudah sebelas tahun, bagaimana kamu solat nak, niatnya sudah hancur. Runtun hatiku, memikirkan masalah anak-anak. Pasti ramai antara ibu bapanya yang ambil mudah bab solat.
Itu bab solat, belum baca Al-Quran lagi, belum suruh baca jawi lagi. Hampir sepuluh orang belum menginjak al-Quran. Masih bertatih dengan Iqra'. Allahu, sungguh saya berdoa moga anak-anak sedar dengan keperluan ilmu Fardhu Ain dan Al-Quran. Sudahlah kelas KAFA di sekolah yang saya ajar hanya dua hari seminggu, ini bermakna masa yang saya peruntuk untuk mereka agak terbatas.
Anak-anak tahun 5 akan menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) pada Oktober ini, yang semua soalan ujiannya dalam tulisan jawi. Andai mereka belum mahir, manakan faham soalannya.
Besar cabaranku. Besar tanggungjawabku. Kuatkan hati. Mari kita tambah ilmu untuk memberi kepada orang lain. InsyaAllah.
Rasulullah SAW bersabda: “Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagi mu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: “Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu,” akan tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” karena sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan syaitan.” (HR. Muslim)
Tuesday, January 26, 2016
Wednesday, January 6, 2016
Dua Kosong Satu Enam
Assalamualaikum.
Angka tahun bergerak lagi. 2015 pergi, menjadi sejarah. 2016 menjengah lima hari yang lalu. Apa yang telah berlaku di tahun lepas kita tinggalkan. Buat pedoman masa hadapan.
Awal tahun masih Kedah lagi. 2 Januari baru pulang ke Kuching.
Alhamdulillah tahun ini menyambung kontrak guru Kafa. Tanggungjawabku besar. Mendidik dan mengajar anak-anak sekolah rendah. Semoga aku dapat melaksanakan amanah dengan sebaiknya.
Gambar-gambar di Sarawak secara rawak. Sudilah melayan. =)
Boleh upload dua sahaja gambar. Maka, setakat ini dulu entri kali ini.
Angka tahun bergerak lagi. 2015 pergi, menjadi sejarah. 2016 menjengah lima hari yang lalu. Apa yang telah berlaku di tahun lepas kita tinggalkan. Buat pedoman masa hadapan.
Awal tahun masih Kedah lagi. 2 Januari baru pulang ke Kuching.
Alhamdulillah tahun ini menyambung kontrak guru Kafa. Tanggungjawabku besar. Mendidik dan mengajar anak-anak sekolah rendah. Semoga aku dapat melaksanakan amanah dengan sebaiknya.
Gambar-gambar di Sarawak secara rawak. Sudilah melayan. =)
| Perkampungan Bako |
| Pipit-pipit sedang menjamu selera. |
"Anyone who keeps learning stays young."
Wednesday, September 23, 2015
Bandaraya Kuching Bandaraya Perpaduan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hari Isnin bersamaan 21 September 2015, saya
berkesempatan ke Wacana Fikrah Ummah Siri ke-Lapan 2015 anjuran Dewan Bahasa
dan Pustaka. Dengan tajuk “Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Bandaraya
Perpaduan – Suatu Penghayatan”, penganjur menjemput Datuk Bandar DBKU sebagai
penceramah dan Encik Ami Ibrahim Ketua Editor Bahagian Majalah, Dewan Bahasa
dan Pustaka Malaysia sebagai pengerusi wacana.
Wacana ini bermula jam 9:30 pagi dan berakhir
jam 11:30 pagi bertempat di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak, Petra Jaya,
Kuching, Sarawak.
Sebelum ke program ini, saya tidak dapat
mengagak apa yang bakal dikupas oleh penceramah. Samada ia menarik perhatian
atau membosankan. Walau bagaimanapun, wacana ini agak bermanfaat bagi saya yang
baru bermastautin di Petra Jaya ini.
Saya kira wacana ini diadakan di sini rentetan
temu bual Datuk Bandar DBKU, Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai
yang menjadi fokus dalam Majalah Dewan Bahasa untuk edisi September 2015.
Baru saya tahu bahawa Bandaraya Kuching ini telah
diisyitihar sebagai Bandaraya Perpaduan oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Dato
Seri Adenan Satem pada 1 Ogos 2015.
Dalam ucapan Datuk Bandar yang berpandukan slideshow powerpoint (saya rasa bahan
disediakan oleh orang bawahan beliau) , beliau ada menyatakan 12 perkara yang
menjadi kriteria Bandaraya Perpaduan, iaitu:
- Berstatus Bandaraya
- Kepadatan Penduduk Tinggi
- Kepelbagaian etnik dan budaya yang besar
- Kesatabilan Politik
- Keunikan struktur Pendidikan
- Kesamarataan Peluang Pekerjaan
- Sistem Persekolahan
- Pembahagian Biasiswa
- Penerimaan Perkahwinan Campur
- Penerimaan Kepelbagaian Budaya
- Kefahaman Tulin
- Keharmonian Sejati
Saya tidak mahu mengupas lanjut tentang 12
kriteria ini kerana ketiadaan fakta yang menyokong.
Datuk Bandar telah mengupas sedikit sebanyak tentang
sejarah Kuching yang menjadikan Kuching hari ini. Pertama kali mengetahui
Bandaraya Kuching ini dibahagi kepada dua pentadbiran mengejutkan saya, yakni
Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Dewan Bandaraya Kuching Selatan
(DBKS). Namun, kenyataan ini wajar diterima lantaran pelbagai faktor.
Di Sarawak ini, kepelbagaian etnik, budaya dan
bahasa memjadikan negeri ini unik. Bahasa perantara di antara etnik ini adalah
bahasa Melayu Sarawak yang sedikit berbeza dengan Bahasa Melayu yang
digunapakai di Semenanjung Malaysia. Tetapi perbezaan ini membuatkan saya lebih
peka terhadap percakapan masyarakat untuk belajar dialek Sarawak.
Bangunan pentadbiran DBKU yang terletak cantik di atas bukit telah saya
lawati beberapa minggu lepas. Di bangunan ini juga terdapat Muzium Kucing (meow
meow), masuk percuma kecuali jika mahu membawa masuk kamera.
Hampir empat bulan di kota Darul Hana. Masih
banyak yang harus dan mahu diterokai. Terima kasih encik suami yang rajin
membawa saya ke sana ke mari, mengutip pengalaman sepanjang merantau di sini.
^_^
Thursday, September 3, 2015
Coretan awal september
Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah pemilik alam ini. Lama tidak menulis di alam maya. Kekangan internet membataskan segala.
Alhamdulillah sudah tiga bulan bergelar isteri. Alhamdulillah masih kuat di bumi Kenyalang ini. Dan saya berharap Allah terus kuatkan saya, cekalkan saya untuk hadapi alam rumahtangga di rantau ini.
Masih banyak cabaran hidup yang akan kami hadapi. Setakat ini dengan saya yang belum bekerja, ditanggung suami sepenuhnya. Kali ini bakal Raya Aidiladha di Kuching.
Doaku, moga Dia jagakan suamiku sepanjang dia mencari rezeki yang halal lagi diberkati. Ampunkan dosanya. Kuharap jua Allah pelihara kedua ibu bapa kami di Kedah dan Negeri Sembilan. Berikan mereka kesihatan dan keselamatan. Ya Rabb, Kau ampunkan juga dosa adik beradik kami, halalkan makan minum mereka. Semoga mereka tetap menunaikan solat dan zakat.

____________________________
Wednesday, June 24, 2015
Puisi saya
Pertama Kali
Lautan itu
di rentas laju
membelah angin
bawah ke atas
atas ke bawah
Turunku
dari si besi terbang
menjejak tanah
tinggalan Brooke
Kelam tidak kelam
terang bulan
bayunya lembut
hilang gundah
tenang jiwa
Tanah ini
tidak seperti
kota itu
kota pening
penuh pusing
Borneo
jadi saksi
hijrah baruku.
Lautan itu
di rentas laju
membelah angin
bawah ke atas
atas ke bawah
Turunku
dari si besi terbang
menjejak tanah
tinggalan Brooke
Kelam tidak kelam
terang bulan
bayunya lembut
hilang gundah
tenang jiwa
Tanah ini
tidak seperti
kota itu
kota pening
penuh pusing
Borneo
jadi saksi
hijrah baruku.
Monday, June 22, 2015
Saya Isteri Dia
Assalamualaikum warahmatullah.
Apa khabar teman? Alhamdulillah, ini warkah pertama sebagai seorang isteri. Mengapa lama menyepi? Ketiadaan internet untuk disambungkan ke laptop peribadi. =)
Alhamdulillah, tanggal 30 Mei 2015, 12 Shaaban, selepas solat isya dengan sekali lafaz ijab qabul, saya sah sebagai isteri kepada si dia, Mohamad Shafiq Rohaizad. Percayalah si dia ini suamiku. >_<
Majlis akad nikah di Masjid Mukim Malau berlangsung dalam suasana hujan renyai. Subhanallah, hujan rahmat mengiringi.
Perasaanku bercampur baur. Gementar, takut dan cuak bersatu. Ah, status berubah. Tanggungjawab bertambah. Keluarga juga bertambah.
| Encik suami. |
| Pertama kali menyalami tangan seorang lelaki ajnabi yang sah sebagai suami. |
![]() |
| Menjadi satu... |
"Ya Allah, jadikan suamiku seorang yang soleh, jadikan aku isteri solehah, kurniakan anak-anak yang tetap menunaikan solat, menghafaz al-Quran
dan menjadi penyejuk mata ayah ibu."
Tuesday, May 5, 2015
I AM TAILOR
Assalamamualaikum..
I am tailor. Full time job. I can finish a pair of baju kurung within 2 to 3 days. Ahaks.
Back to Malay language.
>_<
Alhamdulillah. Ini kerjaku. Tapi saya masih dikira amatur. Belum mahir membuat pelbagai variasi baju. Paiping pun belum belajar lagi.
Semakin dekat dengan tarikh kahwin, had laju menjahit harus bertambah. Ada juga hari yang tak menjahit. Keluar beli barang dan urusan luar rumah. Ahad isnin lepas cuti menjahit. Bersama keluarga kemas rumah dan buat mesyuarat pakatan kenduri..persediaan barang-barang.
Target hari ini,

- selesaikan kelim baju kurung siti.
- buat kain kurung siti.
- potong kain mummy yang sebanyak tiga pasang.
Mummy mulanya nak suruh saya buat sepasang sahaja untuk pakai masa kenduri. Lepas tu, dia bawa keluar lagi satu kain, katanya yang ni pakai masa di Negeri Sembilan. Kemudian balik sekolah minggu lepas keluarkan satu lagi kain. Jahitkan mummy nak pakai masa hari guru. Hari guru tu lagi dua minggu ja. Ini tandanya mummy percaya pada saya. ^_^
Rushing,
Rushing,
Rushing....i need to be fast. sewing day and night.
Subscribe to:
Posts (Atom)