Friday, October 24, 2014

Career Test

Assalamualaikum.. =)

Petang semalam buat Career Test dalam mystarjob.com. Bawah ni keputusan saya punya. haha.. Amazing la u. ;-)

Based on your selections, your career personalities are as below:
Outdoor activities and trying new things are your passion. You would take adventures and adrenaline rushes over daily routines any day. You wake up each day relishing new challenges that come your way.
Key Characteristic:  Risk-taker. You believe in leading a regret-free life!
Lepas ni sambung cari kerja. 

_______________ //__________________

Monday, October 20, 2014

Alhamdulillah sudah konvo

Assalamaulaikum.

=) Alhamdulillah, saya sudah naik pentas Dewan Tunku Canselor, UM terima ijazah. Hehe. Terima kasih Ayah dan Ibu datang memeriahkan hari yang bermakna buatku. 

Gambar tak sempat nak upload lagi, masih tersimpan dalam Samsung Young. 

Hari ini sibuk, meski tidak bekerja. Banyak urusan termasuk pergi jumpa doktor gigi.

Sabtu minggu lepas sebelum ke KL, saya ke klinik gigi buat tampalan sementara. Sudah seminggu, pergi semula buat tampalan kekal. Tampalan sementara sahaja RM38. Tampalan kekal RM50. Duit keluar bagai air sungai yang laju. Akan datang harus lagi saya ke sana untuk 'cuci gigi'. Untuk buang kaviti yang berkarat di dinding-dinding gigi. Huh.. panjang sekali. Itu sepatutnya buat tadi, tetapi memikirkan wang yang ada takut tak cukup jadi saya tunda.

Satu benda saya bersyukur sangat yang gigi saya tak kena cabut. Alhamdulillah, praise to Allah.

Okey, kesimpulannya jaga kesihatan gigi anda. ;-) Tajuk lain, yang ku cerita lain. Layankan aja ya. 

Haa, lagi satu doktor gigi ni pun alumni Universiti Malaya. Bangga jap. =D


Monday, October 13, 2014

kUala Lumpur Aku Datang

Assalamualaikum. Tajuk bukan main. =) Lama tak datang, itulah jadinya. 

Alhamdulillah maghrib semalam sampai di rumah sewa sahabat. Tumpang bermalam. Letih selepas perjalanan yang panjang. 

Hari ini bermula aktiviti sepanjang lima hari di Kuala Lumpur. Pagi tadi, dari tingkat 12, saya melihat kesibukan warga kota ke tempat kerja. Makcik-makcik yang sibuk membuka gerai menjual sarapan. Berpusu-pusu kereta yang nak masuk ke tempat parking. Suatu hari nanti, di mana tempatku saban pagi. Apa menjadi sebahagian dari warga kota? Boleh termenung jauh memikirkan. 

Masuk saja Um tadi, terus datang sini @perpustakaan. Apa lagi, menyambung operasi alam maya. Tengah ada feel nak menulis. Jadi jangan biarkan idea hilang. 

InsyaAllah agendaku, di KL ni nak jumpa sahabat-sahabat, menyambung silaturrahim. 

Nanti nak bergambar kononnya. Untuk buat kenangan. =) Sebagai orang bujang. hehe... Okey, setakat ini dulu. 

Rajin lagi nanti bileh sambung tulis. 

TO MY FRIENDS: Siapa nak jumpa, mesej number saya, jarang buka internet. ;-)

#jomberukhwah

Tuesday, October 7, 2014

Ceritaku..

Assalamualaikum.. 

Lama tak menulis. Apa ceritaku selepas berhenti kerja? 

Sebelum itu, Selamat Hari Raya Aidiladha. Hari yang ketiga sudah. Saya kembali menganggur. Sebelum hari raya, buat tat nanas untuk tempahan. Alhamdulillah, dapat sedikit duit poket. =) 

Hari raya lepas, ada anak-anak murid datang beraya. Walaupun mengajar sekejap, tetapi kesannya meresap ke jiwaku. Kesian budak-budak tu, teacher tak ingat nama mereka. Ya lah, jumlah yang harus saya kenali seramai 90 orang. Sukar dalam masa 21 hari. 

Minggu depan hari konvokesyen. Saya tiada perasaan lagi setakat ini. Kena tunggu masa pergi UM mungkin. Rindu untuk berjumpa dengan adik-adik yang ramai. 

Lagi? Macam banyak pula ya ceritaku. ^__^

Sekarang ni fasa membuat persediaan perkahwinan. Meski lambat lagi, tetap kena rancang awal-awal. Banyak wang yang nak guna.