Wednesday, May 7, 2014

Hampir ke Saat itu


Assalamualaikum.

Selamat pagi yang sudah terang. Senyum. (saya ponteng kelas, sebab semalam tak dapat tidur)

Senyum dan bersyukur. Alhamdulillah. Tadi semak email berkenaan markah Quiz 1 Intermediary Metabolism, dan 18.4/20. Alhamdulillah. Permulaan yang baik. Perlu konsisten ya.

Apakah saat itu?

Sarjana Muda Sains Biokimia. =)
Mahu isi borang pengesahan untuk graduasi. Allah yang maha tahu apa perasaanku. Moga Allah mudahkan laluanku untuk berhenti di hentian kejayaan.

Saat itu telah saya tunda sejak dua tahun yang lalu. Banyak yang saya lalui. Pahit manis perjuangan, bak kata orang. InsyaAllah bakal terbalas tidak lama lagi.

Tetapi, yang menjadi dilema saya adalah dua pilihan samada mahu bekerja atau menyambung pengajian. 

hmm.. ok setakat ini dahulu coretan saya. Moga ketemu lagi.




No comments:

Post a Comment