Thursday, February 27, 2014

Tiada Air?

Assalamualaikum.

"Blok A takde air. Nak mandi pergi Blok B."
"Blok B dah xda air. Korang pergi Blok C."
Itu cerita semalam.

Hari ini, nak solat subuh masing-masing merayau cari air untuk berwuduk dan bersuci. Ada juga kawan yang tak pergi kelas sebab lambat mandi. Alhamdulillah masih ada air di tempat lain.

Itu kisah mahasiswi cari air. Anda?

Air di Universiti Malaya sudah dicatu. Bagi saya okey lagi, sebab kita tahu air masih ada. Saat ini, apa yang saya rasa adalah Allah sedang uji kita. Mahu kita bersabar. Mahu kita bersyukur tentang nikmat yang sering kita dapat.


Ayat dibawah di post oleh seorang Azam dalam facebook, buat saya berfikir. Terima kasih kerana mengingatkan.

"Katakanlah, Dialah Yang Maha Pengasih, kami beriman kepada-Nya dan kepada-Nya kami bertawakal. Maka kelak kamu akan tahu siapa yang berada dalam kesesatan yang nyata. katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?"

[Al-Mulk ayat 29-30]


Wednesday, February 19, 2014

BISKUT CORNFLAKES


Resepi Biskut Cornflakes (Versi  Lama)


  • 1 kotak cornflake
  • 2 1/2 cawan / 10 oz tepung gandum + 1 sudu teh baking powder
  • 2 1/2 cawan / 9 oz marjerin
  • 1 1/2 cawan / 5 oz gula halus
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara-cara menyediakan:
1. Pukul gula & marjerin hingga putih.
2. Masukkan tepung & baking powder.
3. Telur dipukul ditempat lain sehingga kembang. Kemudian, masukkan ke dalam adunan tepung.
4. Masukkan esen vanila ke dalam adunan.
5. Hancurkan cornflake sedikit. 
6. Titiskan adunan tadi ke atas cornflake dengan sudu kecil. 

*Bancuhan ini dapat banyak biji.
*Kami gantikan marjerin dengan Buttercup.
*Guna cornflake dalam kotak yang besar, kotak yang lebih kecil tak mencukupi. >_<

Resepi ini saya ambil dari buku resepi bonda, rasanya hampir 20 tahun sudah wujud. Biskut kegemaran saya dan wajib ada setiap kali hari raya.

Wednesday, February 12, 2014

Hatiku diketuk

Assalamualaikum.. 

Ini catatan apabila saya membaca buku Beduk diKetuk. Hasilnya, hatiku diketuk. Minda bergerak aktif memikirkan apa saya juga begitu dan begini?

.
..
...

Salah satu perkara yang saya cukup terkesan, kita sebenarnya mengamalkan Islam mengikut nafsu. Bukan mengambil Islam itu dari semua sudut. Bila difikirkan secara mendalam, ada benarnya kata-kata itu. Kita cenderung mengambil Islam dari sudut yang kita selesa dengannya. Perkara yang kita tidak suka kita akan tinggalkan padahal itu yang sebaiknya. 


"Islam itu dinamik, kreatif dan produktif."

"Pujuk hati agar berbahagia dengan keikhlasan bukan dengan harapan agar orang yang tidak sehaluan dimusnahkan. Tidak ada ketenangan jika wujud kebencian."
...
..
.
Ada banyak cerita yang boleh diambil ikhtibar.

Terima kasih Allah kerana hadirkan minda yang sihat, buku itu adalah wasilah Allah mengingatkan kita tentang hidup yang sementara ini.