Friday, May 24, 2013

Nota 23 Mei 2013

Bismillah.
Assalamualaikum kamu.

Lama tidak merencana di sini. Rutinku bertukar dek mahu menukar status banyak 'C' (yg saya panggil cemerlang itu) kepada 'A'.

Sebelum 23 Mei, iaitu 22 Mei...
- sekitar jam 9, mendapat panggilan dari sahabat. Subhanallah, Allah bagi saya merasai detik dimarahi kerana tak link mesej kepada anak buah tentang mesyuarat.
- Sakit. Tak terucap dengan kata-kata waktu itu. Allah. Degupan jantung sudah tidak sekata, ditambah pedih hulu hati menyerang. Allah, lama sudah penyakit ini tidak menyerang.
- Saya berperang dengan perasaan. Terus solat ku dirikan. Terasa lemah ya Allah.
- Alhamdulillah, kurang sakit. tetapi fokus ku pada subjek yang diulangkaji hilang. Esoknya, dua Test menanti; Neurochemistry dan Plant Biochemistry and Molecular Biology. Allah, Kau uji saya.
- Malam itu juga,Temanku juga diuji. Sabar ya Sahabat. =) Kita sama-sama tidak kuat.
- Malam itu, saya sangat kepingin berbicara sama mama, sudah banyak hari tunda. Mama sibuk ke sana ke mari.

23 Mei
-  Pagi yang hening, saya teringat bonda, ayahanda dan tok (nenek i). Rindu sama mereka. Hari ini mereka akan berlepas pergi menunaikan umrah dan ziarah. Sehingga 2 Jun.
- 8:35am , saya masuk ke kelas Plant, cepat sahaja jalanku. Test lah katakan. Masuk je, pensyarah baru sedang mengajar. Aik, test macammana?? Aduhai, tunda lagi. Sabar. Makanya minggu depan tak boleh ponteng kelas ya.
- Usai kelas, adinda Siti call. Hantar mereka. Saya?? Cacing kepanasan. Nak cakap sama mama. Sudahnya, telefon mama. Sebak dan sedih.Saya cakap juga dengan ayah.
- Pesanan yang ringkas dan padat dititipkan buat anak sulung mereka. Allah, sabarkan saya. Letak telefon, berderai air mata.....
- " Jaga diri elok-elok"
- "Selalu telefon adik-adik kat rumah"
- Pesanan ayah tak dapat saya hadam sepenuhnya sebab dah bergenang air mata. Ayah tanya pasal pelajaran.  Ayah, kakak sayang ayah.
- 12 tengahari test Neurochemistry.Tempat ujian ditukar. Allah, saya lambat dapat maklumat, terlewat pergi. Tapi syukurlah. Masih boleh menulis walaupun satu soalan sudah blurr.
- Usai test, terasa mahu terbang pulang ke negeri Jelapang padi.
- Tapi, tak jadi. Minggu depan insyaAllah saya pulang. Keputusan diambil setelah berbincang dengan adinda. Ah, adinda ku ini semakin matang. Semoga Allah jagakan kedua adindaku di rumah.
Sungguh, saya mahu bersama mereka.

Cukuplah, setakat itu. Coretan hariku yang panjang. Coretan ini buat diri bermuhasabah .

p/s:
1. Menjadi anak sulung ini penuh cabaran. tapi cabaran dan ujian ini yang mematangkan personaliti. Doakan saya kuat. Saya nak berjaya dalam pelajaran. Mahu buat keluarga bangga.

2. Maafkan saya teman. Sakit itu buat saya tawar hati. Menegur itu bagus, tapi bukan dengan amarah. Saya maafkan kamu dan semua teman saya atas apa jua kesalahan kamu. Saya halalkan apa yang saya beri. Segala salah saya harap dimaafi.


 

No comments:

Post a Comment