Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, semester 1 sesi 2012/2013 telah selamat melabihkan tirai. Usai peperiksaan, kini saya perlu bertawakkal kepada Allah, moga Dia mengurniakan kejayaan dalam pelajaran buat saya dan sahabat-sahabat sekalian.
Sabtu lepas, saya berkesempatan ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) menghantar adinda Sabahan yang pulang ke KK. Alhamdulillah, perjalanan di pagi hari selamat. Itu adalah kali pertama saya dan sahabat, Siti Fatimah ke sana. =) Melihat lapangan terbang membuat saya lebih teruja mahu terbang dengan ‘belon’ kata orang Sarawak. Di sana, sempat kami bersarapan bersama.
Pulang dari KLIA, terus ku pusing kereta menghala ke Serdang. Aha, ini yang menarik. Kami terpusing merata-rata mencari arah ke Serdang. Beberapa kali berhenti tanya,barulah mendapat arahan yang betul untuk ke MAEPS,Serdang. Agak kelakar. Hmmm, siapa suruh tidak buat ulangkaji dahulu. Ok, ambil pengajaran.
Apa yang saya buat di MAEPS?
Konvensyen Fiqh Wanita dan Islam (Kfiqh). Kfiqh ini berlangsung dua hari, sabtu dan ahad. Alhamdulillah, banyak yang saya pelajari sepanjang dua hari di konvensyen ini. Syukur atas peluang ini, saya dan sahabat berpeluang bertemu muka dengan insan-insan hebat dalam pelbagai bidang. Apa yang saya dapat insyaAllah saya akan kongsikan pada entri akan datang.
Ada sesuatu yang saya teringin mahu sebutkan, saya berpeluang solat zuhur di atas rumput di tengah tengahari yang terik.
Alhamdulillah, Allah beri nikmat itu.
Alhamdulillah, tidak semua orang mahu dan mampu untuk solat berbumbungkan langitNya. Mengapa solat di atas rumput? Kerana ruang solat yang disediakan tidak dapat menampung jumlah peserta yang sangat ramai. Alhamdulillah, sudah lama saya tidak solat dalam keadaan seperti itu. Sangat menginsafkan.
Nanti kita sambung lagi dalam entri akan datang.
23 jANuari 2013. Jitra, Kedah.
No comments:
Post a Comment