Friday, October 5, 2012

Pilihanraya Kampus U.Malaya 2012



Assalamualaikum. Apa khabar orang di luar sana? Moga rahmat Allah bersama kalian. Moga juga Jumaat ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. Alhamdulillah.

Kali ini saya mahu kongsikan dengan pengguna alam maya tentang PRK universiti malaya... =)
Ada orang takut mendengar pilihanraya kampus (PRK) UM. 
Ada juga yang tidak suka.
Ada juga yang teruja untuk mengetahuinya.

Bagi saya yang telah lama di Universiti malaya, setiap PRK membawa pengalaman berbeza kerana orang yang terlibat juga majoritinya berbeza.

PRK yang dulu-dulu kita biarkan dulu. Sekarang saya nak kongsi PRK sedikit sebanyak yang perlu saja. Nak cerita semua,, banyak insiden yang berlaku..

Tarikh penting dalam PRK UM 2012..
20/9 : Penamaan Calon
21-24/9 : Fasa Berkempen
25/9 : Hari Pembuangan Undi

Di pihak mana saya?
Pro-Mahasiswa..
Kali ini, saya menjadi pencadang kepada calon fakulti sains, saudari Fasihah Ibrahim, merangkap junior di kolej kediaman. Alhamdulillah, rezeki berpihak pada dia. 
Tahniah dan Takziah atas pelantikan.

Tika ini fasa  berkempen, saya mengambil peluang bersama sahabat saya bergambar dengan bendera..

Mereka fan club calon. =)

Jubah tidak menghalangku bergiat aktif. =)

Bergambar kenangan selepas konvoi hari terakhir berkempen. 
Letih itu tak terkata. Tetapi, pengalaman yang dikutip itu lebih berharga. Pengalaman pilihanraya kampus hanya boleh diperoleh di universiti.

Di bawah, saya sertakan Lagu rasmi Promahasiswa UM. Penulis lirik untuk lagu ini merupakan aktivis mahasiswa yang telah bergraduasi.



Maklumat lanjut mengenai Pro Mahasiswa boleh di dapati dari website http://www.promahasiswaum.com/

Calon fakulti Sains yang menang. Alhamdulillah.



Keputusan rasmi PRK kali ini berpihak pada ProMahasiswa. Alhamdulillah.
Tetapi, proses selepas pilihanraya untuk pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UM) sesi 2012/2013 masih belum selesai. 
Kuharapkan proses ini berjalan dengan lancar, InsyaAllah.



No comments:

Post a Comment