Monday, May 7, 2012

DIUJI



Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Aku diuji, kamu diuji. Mereka diuji. Semua manusia diuji.

Tetapi, ketahuilah wahai manusia. Tahap ujian yang Dia berikan berbeza buat kita, bergantung kepada kemampuan kita untuk menghadapinya. Ya, hanya Dia yang lebih dan teerlalu tahu tentang itu.

Allah ada menyatakan dalam KitabNya, bahawa seorang muslim itu diuji untuk melihat tahap keimanannya.

Bersyukurlah insan pabila Dia menguji kamu kerana Dia sayang dan ingat kamu.
Alhamdulillah, sujud syukurku padaMu.

Rasulullah SAW ada bersabda : “sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka mereka itu diberikan dugaan. Oleh sebab itu, barangsiapa yang redhadengan ujian yang menimpanya, maka dia beroleh keredhaan Allah. Dan barangsiapa yang tidak, maka padanya kemurkaan Allah.” (Daripada Anas bin Malik, hadis riwayat at-Tirmizi , Hasan oleh Al-Albani)

No comments:

Post a Comment