Saturday, October 1, 2011

wake up or you loss it!!!

Kes A
Memang biasanya aku ligat tetapi sekarang ini aku tengah down lah. Kau teruskanlah apa yang kau rasa baik untuk persatuan kita.
Kes B
Masa belajar di luar negara dulu memang saya aktif dan sentiasa bersemangat. Keadaan sekarang berbeza. Saya ada tanggung-jawab yang terlalu banyak yang mesti ditunaikan. Kerjaya saya sangat sangat demanding dan amat mencabar. Tuan doakanlah untuk saya.
Kes C
Dialah dulunya yang mendidik saya agar jadi orang baik dan berguna kepada masyarakat. Namun kini dia tidak seperti dulu, bahkan lebih teruk apabila dia pula yang menentang apa yang perjuangkannya sebelum ini.
Futur
Futur bererti lemah, malas, berhenti atau terputus setelah dahulunya dia rajin dan konsisten. Di dalam konteks berkebajikan atau amal dakwah, ia adalah sejenis fenomena penyakit yang menimpa seseorang aktivis dalam bentuk rasa malas, menunda, berlambat-lambat dan lebih menyedihkan ialah apabila dia mengambil keputusan untuk berhenti daripada berbuat sesuatu yang baik setelah dia pernah beriltizam dengannya.
Kenapa futur bahaya?
Walaupun futur  adalah fenomena yang biasa berlaku di dalam diri seseorang tetapi ia mestikan diuruskan dengan baik agar sejajar dengan sunnah. Jika tidak ia akan menyebabkan kesan-kesan yang buruk.
Di antaranya :
1. Cuai kepada tanggung-jawabnya.Futur menyebabkan seseorang menjadi lemah dan malas di dalam menunaikan amanah dan tanggung-jawab yang dipikulnya. Ini menyebabkan tugasan tersebut tertangguh atau terbengkalai keseluruhannya.
2. Gugur dari jalan kebaikan.Sekiranya futur dibiarkan berpanjangan tanpa rawatan, maka dia akan menjadi satu tabiat. Lama kelamaan penyakit ini menjadi sebati dan seseorang itu menjadi semakin jauh dari amal kebaikan dan dia terus tenggelam di dalam dunianya. Apabila dia gugur dari jalan kebaikan , maka hilanglah kebaikan yang banyak darinya. Bahkan lebih teruk lagi apabila dia pula yang menentang seruan kebaikan yang pernah diperjuangkannya.
3. Mati di dalam keadaan yang futur.Apabila futur sudah menjadi kebiasaannya, maka dia menanggung risiko besar untuk mati di dalam keadaan sedemikian. Amat kita takuti sekali jika Allah swt mengambil nyawa kita sedangkan kita dalam keadaan futur, sedangkan Allah swt menghisab amal seseorang berdasarkan akhir hayatnya. Di atas sebab irulah Rasulullah s.a.w mengajar umatnya agar sentiasa berdoa dengan doa;
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari kesusahan dan kesedihan, aku berlindung kepadaMu dari penyakit lemah dan malas. (Hadith riwayat Abu Daud)
Kenapa boleh futur ?
Di sana, terdapat banyak pintu yang boleh membuka jalan kepada futur
1-Terlebih di dalam pergaulan. Rasulullah s.a.w menasihatkan supaya kita memilih kawan sebagaimana sabdaannya yang bemaksud; 
“Seseorang itu mengikut agama temannya kerana itu hendaklah kamu melihat orang yang kamu jadikan teman.” (Hadith riwayat Abu Daud)
2-Berlebih-lebihan atau melampau di dalam beramal
Ramai aktivis muda begitu bersemangat pada mulanya untuk melakukan pelbagai perkara sehingga melupakan anjuran Islam dan kemampuan diri sendiri. Akhirnya apabila fenomena futur menjelma, maka dia menjadi lemah dan bosan. Ada juga di kalangan manusia yang suka dan berlebihan menilai orang lain, namun kemudiannya dia sendiri futur dan menjadi lebih jelek dari orang yang dinilainya.
Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
“Lakukanlah amal sesuai dengan kemampuanmu kerana sesungguhnya Allah tidak merasa bosan sehingga kamu sendiri merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah ialah yang dilakukan secara berterusan walau pun sedikit. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
3-Berlebih-lebihan dalam perkara yang harus.                                                                                Satu contoh berlebihan di sini ialah di dalam melayari internet, chatting atau berFB. Apabila berlebihan dengannya, seseorang itu akan ketagihan sehingga banyak masa yang digunakan untuk ‘terbang’ di alam siber. Akibatnya masa untuk berbuat kebaikan menjadi kurang dan dia sering merasa konflik antara dua perkara ini.
4- Suka bersendirian.
Apabila seseorang suka bersendirian, maka dia telah hilang satu sistem pertahanannya daripada syaitan. Syaitan ibarat serigala yang sentiasa mengintai kambing yang terasing dari kumpulannya. Pastinya syaitan akan sentiasa berbisik agar seseorang itu meninggalkan amal kebaikan yang diperjuangkannya. Kita hanya akan mampu berkekalan di dalam kebaikan sekiranya terus bekerja dan hidup di dalam keadaan berjamaah dan bermasyarakat.
5-Kurang mengingati mati.
Antara faktor yang menjadi pemangkin kepada perjuangan ke arah kebaikan ialah dorongan untuk mendapat pahala, rindu dengan syurga, takutkan dosa dan siksa neraka. Amat penting bagi kita untuk terus mendidik diri agar istiqamah di dalam ibadah seperti membaca al Quran, solat subuh berjamaah dan amalan-amalan lain yang  akan mengingatkan kita kepada akhirat dan bukan hanya bercakap mengenai hal ehwal semasa atau politik semata-mata.
6-Enteng dengan perkara syubhat dan berbuat dosa.
Ada orang yang suka mengambil mudah atau enteng memandang dosa-dosa kecil. Lama kelamaan dia tercebur dan berterusan dengannya. Manusia pasti melakukan silap dan dosa tetapi apabila berterusan melakukannya maka ini akan menyebabkan hatinya gelap, dia menjadi futur dan kemudiannya berakhir dengan gugur.
7-Hati yang berpenyakit                                                                                                                     Ada di kalangan manusia berbuat kebaikan kerana inginkan nama dan populariti, ada yang berbuat demikian untuk mencuri hati gadis yang dicintainya dan pelbagai sebab yang lain. Kegagalan untuk memperbetulkan atau memperbarui niatnya akan menyebabkan dia sukar untuk bertahan lama daripada futur dan terus berundur.
8-Permasalahan dalaman organisasi                                                                                     Bermacam-macam faktor yang boleh  menyebabkan konfliks internal. Hanya mereka yang mampu berbesar hati dan berlapang dada serta dengan kebijaksanaan kepimpinan maka permasalahan-permasalahan ini akan dapat diatasi dengan baik.
9-Terlalu asyik dengan kerjaya dan dunianya.
Apabila seseorang telah menjadi terlalu asyik dengan kehidupannya, maka diai boleh tenggelam dengannya dan sukar untuk bangkit melainkan sekiranya dia ikhlas, intim hubungannya dengan Allah swt dan bersegera bangkit setelah dilanda futur.
Mari kita renungi bersama maksud sabdaan Rasulullah saw ini :
Sesungguhnya ada seorang hamba yang beramal dengan amalan ahli syurga menurut apa yang nampak di hadapan manusia, (namun) sebenarnya dia adalah penghunineraka, ada seorang hamba beramal dengan amalan ahli neraka menurut apa yangnampak di hadapan manusia, (namun) sebenarnya dia adalah penghuni syurga. Sesungguhnya amal-amal itu bergantung daripada akhirnya. [Hadith riwayat Bukhari]
Akhir kalam,
Syakhsiah diadun berdikit-dikit,                                                                                                  Tanpa gopoh dan tanpa kendur,                                                                                              Andainya futur segera bangkit,                                                                                                      Usah dibiarkan bersembah gugur.
Salam perjuangan….

No comments:

Post a Comment