Tuesday, February 15, 2011

AKHLAKMU TAULADAN UMMAT

Unta adalah kenderaan Rasulullah SAW. *gambar oleh ayah.

 Firman Allah s.w.t. dalam AL-QURAN, surah Al-Qalam ayat 4 yang bermaksud : 
“Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung”

Manakala...

Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu seorang sahabat yang mulia menyatakan:
“Rasulullah SAW adalah manusia yang paling baik budi pekertinya.”

Dalam hadis lain Anas memuji Baginda SAW: “Belum pernah saya menyentuh sutra yang tebal atau tipis lebih halus dari tangan Rasulullah SAW. Saya juga belum pernah mencium bau yang lebih wangi dari bau Rasulullah SAW. Selama sepuluh tahun saya melayani Rasulullah SAW, belum pernah saya dibentak atau ditegur perbuatan saya: Mengapa engkau berbuat ini? Atau mengapa engkau tidak mengerjakan itu?”

Ketika Aisyah ditanya mengenai akhlak Rasulullah SAW, Beliau menjawab, “Akhlak Rasulullah Nabi SAW adalah Al-Quran”.

Petikan di atas dengan jelas menegaskan bahawa Rasulullah SAW adalah ikutan terbaik dalam serba-serbi urusan terutamanya dalam persoalan akhlak. Akhlak Baginda yang sangat agung telah mencairkan hati para musyrikin untuk melihat keindahan Islam sebagai agama Indah dan sempurna. Bahkan golongan yang menentang Baginda sekalipun tidak mampu menafikan keindahan akhlak Baginda yang begitu memukau.

Mencontoi akhlak Rasulullah SAW adalah salah satu daripada cara untuk menunjukkan kecintaan kepada Rasulullah SAW. Meletakkan Baginda sebagai role model juga adalah bukti keimanan kita yang sempurna kepada Allah dan RasulNya.  

~jom banyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW... moga kita dalam golongan orang2 yang mendapat syafaat darinya di akhirat kelak...
Makkah pada musim haji yang lepas. Gambar oleh ayah.


waallahu'alam...

No comments:

Post a Comment