Saturday, February 26, 2011

dari sahabatku...

Assalamualaikum sahabat2 ku...


ku garapkan tinta ini buat kalian... 
mesej yang ku terima dari sahabat seperjuangan tadi.
Menangis aku tidak terkata...moga Allah jauhkan diri kita dari fitnah... 
sangat takut dengan fitnah....



YA ALLAH
izinkan sahabatku ini menjadi sekuntum bunga,
yang dihiasi dengan kelopak akhlak mulia,
harum wanginya dengan ilmu agama,
cantiknya kerana iman nan taqwa,
namun
keindahan zahirnya disimpan rapi,
biar menjadi rahsia yang kekal abadi,
bukan perhatian mata ajnabi,
yang menjadi punca fitnah hati dari lelaki berjiwa sepi,
wajahnya bukan mengundang dosa,
ku harap...
ENGKAU timbulkan duri yang memagari diri...
agar terpelihara dari noda duniawi 
yang menghilangkan harum sejati...
untuk KAU calonkan dirinya sebagai bidadari syurgaMu
YA ALLAH
istiqamah serta kuatkan dia..
di Jalan Dakwah ini.
amin ya rabbal a'lamin

salam sayang buat sahabat muslimah pejuang agama Allah..



Thursday, February 24, 2011

Hari ini..

assalamualaikum wrh...


hari ini ingin ku garap sesuatu disini...moga kalian beroleh sesuatu..


Pagi tadi saya telah selesai ujian kecil subjek Biochemistry of Food and Nutrition..Apa yang nak dinyatakan ialah,saya x menghabiskan ulangkaji subjek ini. Ya Allah, Engkau lebih tahu tentang segala ilmu Mu. Bagiku subjek ini unik, juga seronok belajar..
tapi,,salahku...ulangkaji last minit. Ahhh... Moga yang ini xkan kuulangi lagi.


Petang td pula kena hantar laporan makmal,,,tetapi....ahh.. banyaknya tetapi..
saya lambat menyiapkannya.. Alhamdulillah, sebelum pukul 5 telah siap.


Pengajaran hari ini:

  • jangan tangguh2 kerja ya sahabat2..kerana kita tidak tahu apa yang bakal menanti dihadapan.
  • jagalah hati kita, jangan biar terpedaya dengan fitnah dunia

Sunday, February 20, 2011

Doa mohon Perlindungan

DENGAN NAMA ALLAH
YANG MAHA PENGASIH 
LAGI MAHA PENYAYANG...



DOA MEMOHON PERLINDUNGAN DAN MENANGKIS BALIK KEJAHATAN MUSUH

YA ALLAH,, 
KAMI LETAKKAN KAMU DI BATANG LEHER MUSUH KAMI, 
DAN KAMI BERLINDUNG DENGAN-MU DARI KEJAHATAN MEREKA, 
YA ALLAH LEBURKAN KUMPULAN MEREKA, PECAH BELAHKAN PERSATUAN MEREKA, CERAI-BERAIKAN PAKATAN MEREKA, GONCANGKAN PENDIRIAN MEREKA, HANTARKAN ANJING2 KAMU KE ATAS MEREKA, 
WAHAI TUHAN YANG GAGAH PERKASA,,, 
WAHAI TUHAN YANG BERSIFAT MURKA, 
YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH, 
WAHAI TUHAN YANG MENURUNKAN AL-QURA'AN, 
WAHAI TUHAN YANG MENGARAKKAN AWAN, 
WAHAI TUHAN YANG MENEWASKAN BALA TENTERA AHZAB, 
KALAHKAN MEREKA, MENANGKANLAH KAMI KE ATAS MEREKA...

AMIN...




Wednesday, February 16, 2011

~hati ini~

YA LATIF...
YA LATIF...
YA LATIF...
Kau ampunkanlah aku
hamba yang cukup berdosa
dalam menghadapi kehidupan
yang penuh pancaroba
betapa beratnya dosaku ini
tertanggung oleh diri

YA ALLAH
ENGKAU lah Tuhan YANG MAHA PENGASIH
YANG MAHA PENYAYANG
kuatkan aku ya Allah
agar 
tidak kuulang dosa ini
bersihkan hatiku yaAllah
taat kepadaMu
tanpa ragu

ya ALLAH
ku takkan berputus asa 
atas RahmatMU 




"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah malampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan ma'siat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia-lah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Tuesday, February 15, 2011

AKHLAKMU TAULADAN UMMAT

Unta adalah kenderaan Rasulullah SAW. *gambar oleh ayah.

 Firman Allah s.w.t. dalam AL-QURAN, surah Al-Qalam ayat 4 yang bermaksud : 
“Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung”

Manakala...

Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu seorang sahabat yang mulia menyatakan:
“Rasulullah SAW adalah manusia yang paling baik budi pekertinya.”

Dalam hadis lain Anas memuji Baginda SAW: “Belum pernah saya menyentuh sutra yang tebal atau tipis lebih halus dari tangan Rasulullah SAW. Saya juga belum pernah mencium bau yang lebih wangi dari bau Rasulullah SAW. Selama sepuluh tahun saya melayani Rasulullah SAW, belum pernah saya dibentak atau ditegur perbuatan saya: Mengapa engkau berbuat ini? Atau mengapa engkau tidak mengerjakan itu?”

Ketika Aisyah ditanya mengenai akhlak Rasulullah SAW, Beliau menjawab, “Akhlak Rasulullah Nabi SAW adalah Al-Quran”.

Petikan di atas dengan jelas menegaskan bahawa Rasulullah SAW adalah ikutan terbaik dalam serba-serbi urusan terutamanya dalam persoalan akhlak. Akhlak Baginda yang sangat agung telah mencairkan hati para musyrikin untuk melihat keindahan Islam sebagai agama Indah dan sempurna. Bahkan golongan yang menentang Baginda sekalipun tidak mampu menafikan keindahan akhlak Baginda yang begitu memukau.

Mencontoi akhlak Rasulullah SAW adalah salah satu daripada cara untuk menunjukkan kecintaan kepada Rasulullah SAW. Meletakkan Baginda sebagai role model juga adalah bukti keimanan kita yang sempurna kepada Allah dan RasulNya.  

~jom banyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW... moga kita dalam golongan orang2 yang mendapat syafaat darinya di akhirat kelak...
Makkah pada musim haji yang lepas. Gambar oleh ayah.


waallahu'alam...

Wednesday, February 9, 2011


Waktu Dhuha

Assalamualaikum...


Sudahkah kita tunaikan solat dhuha?? Banyak hikmah yang tersembunyi disebalik solat dhuha ini...antaranya pembuka pintu rezeki.


Rasulullah s.a.w. ada menyebut agar kita amalkan solat dhuha, jangan ditinggalkan. Saya tak nyatakan hadisnya, tetapi siapa yang nak tahu lebih lanjut, bolehlah bertanya kepada yang lebih arif.. :-) 




apa lagi??
jika kita belum solat, jom dirikannya.. hanya 2 rakaat saja.. tidak rugi sedikit pun kan...


~sekadar beringat,,mudah-mudahan ada ganjaran dari Allah...amin ya rabbal a'lamin.