Monday, January 3, 2011

Azam

2011 TELAH TIBA 



Perjalanan mengembara di alam universiti ku teruskan. Hari ini semester 2 sesi 2010/2011 telah bermula. Semoga saya dan sahabat semua memulakan semester ini dengan azam dan matlamat yang baru, sekalipun azam masih yang lama, pastikan ia sentiasa diperbaharui agar kita punya semangat yang baru untuk menjadi orang yang lebih baik. 
Azamku,moga semester baru ini menjadi titik perubahan dalam hidup. Kesalahan yang lama tidak seharusnya kuulangi lagi. Antara perkara yang tidak mahu saya lakukan adalah menangguh-nangguhkan kerja. Akibatnya amat banyak sekali. Kita perlu seringkali diingatkan agar tidak membuang masa yang ada. Ini kerana kita tak tahu sejauh mana banyaknya kerja yang perlu dilakukan pada masa akan datang.

Saya teringat akan satu pepatah arab yang mengatakan,
'masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya ia akan memotong kita'.Dari kata-kata ini, dapat kita simpulakan bahawa masa itu memang amat penting untuk dimanfaatkan. Janganlah kita menjadi dari kalangan orang-orang yang rugi. 
Dalam surah Al-Asr, Allah ada mengatakan yang sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Jadi kita seharusnya mengambil ikhtibar darinya.
Ayuh,,,,,,manfaatkan masa yang ada. Semoga segala usaha kita mendapat keredhaan dari Yang Maha Berkuasa.
Waallahu'alam. 

No comments:

Post a Comment