Semasa hendak berangkat, di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. *tarikh tidak betul |
tanggal 6 disember ni, ayah dan bondaku akan pulang dari tanah suci makkah. saya ternanti2 saat itu. pasti ramai sanak-saudara akan menyambut mereka. mana tidakkanya, saudara yang tinggal d johor juga balik... pasti meriah.
Dalam benakku, pemergian mereka ke mekkah membawa sedikit sebanyak perubahan dalam keluarga besarku. Adik-beradik berkumpul meraikan pemergian dan kepulangan mereka. Sengketa dilupakan... Seronokkan kalau begini selalu. InyaAllah, saya berharap begitu.
Sepatutnya, flight balik bertarikh 28/11, tetapi ditunda ke 6/12. Allah memberi peluang buat ayah bonda untuk berlama di rumah-Nya. MasyaALLAH...
Ini adalah anugerah yang tiada tandingannya. Pastinya saat itu akan dirindui.
Yang pastinya, saya tiada di saat mereka pergi dan pulang...
Dari kanan: tok, bonda, ayahanda, tokngah. |
Semoga mereka selamat pulang ke tanah air... Amin.
No comments:
Post a Comment