Thursday, October 31, 2013

Buku oh buku

26 Zulhijjah 1434H.

Assalamualaikum. Apa khabar kalian?

Hari ini, sedang mendengar syarahan Dr. Saiful dalam kuliah Biologi Molekul II, hujan turun dengan lebatnya. Ya Allah, moga hujan ini bermanfaat. Saya seawal kelas sudah hilang fokus. Ku cuba untuk fokus, tetapi syarahan itu sungguh tak kufahami.
Allahu Rabbi, apa ini balasan dosaku yang lalu. Ampunkan hamba Tuhan.

Perpustakaan, saya datang usai kuliah. Menghantar dan meminjam buku.

Bukunya mahal, kita pinjam je la. 

Nak fokus pada 'Perpustakaan Universiti Malaya' tapi tak nampak pun. 
Pinjam sudah, masa untuk membaca. Bila? Cuti seminggu pertengahan semester. =)

Ulangkaji untuk subjek juga perlu dilakukan. Jangan lupa.



Melihat dengan Mata Hati

Ustazah Hafizah Musa, IKIM FM

Fokus pada rumahtangga  (family), anak-anak.

Surah al-Furqan ayat 20.

7 perkara penting untuk diyakini dalam rumahtangga (worldview)

1. yakin bahawa rumahtangga itu adalah jalan untuk kita mendekatkan diri dengan Allah azzawajala.
Ujian yang berlaku ada hikmah. Tanam dalam jiwa kita untuk dapt dalam

2. yakin bahwa kepahitan yang berlaku dalam rumahtangga  kita adalah kafarah atas dosa-dosa kita yang lalu. cabaran dalam mendidik anak-anak zaman sekarang. Kena cari solusi secara matang. jangan terlalu ikut emosi.
Surah al-Qasas ayat 71-73.





Allah suruh kita renung dan berfikir tentang kejadian siang dan malam. Sunnatullah siang dan malam. Begitu juga hidup manusia. Ujian hidup takkan berlaku secara berterusan. Kita kena yakin apa yang berlaku ada hikmah untuk kita.
Berdasarkan ayat 73, Malam itu masa untuk beristirahat dan merasa tenang. Subhanallah.

Jadikan al-Quran sebagai motivator / pembimbing kita.

3. Proses membaiki pasangan dan anak-anak adalah sebenarnya cara untuk kita memperbaiki diri kita sendiri. Itu adalah proses untuk mentarbiyah diri kita. Langkah pertama dalam memperbaiki orang lain adalah memperelokkan diri kita.

Contohnya solat. Cetuskan satu perasaan terpesona dengan nikmat solat. Solat adalah masa eksklusif kita dengan Allah.

SATU pakej : DOA + USAHA + TAWAKKAL


4. Letak pergantungan yang paling tinggi pada Allah.

Kesimpulan : Fikiran kita mesti luas. Jangan memandang sesuatu dengan sia-sia, pandanglah dengan mata hati. Banyakkan bertadabbur al-Quran.







Monday, October 28, 2013

Tips Khusyuk dalam Solat

SHARING...



1) At-TAFAHUM : Memahami semua bacaan di dalam solat dan menghayati maknanya.

2) At-Ta'zim : Merasakan kebesaran Allah SWT seolah-olah kita berada di hadapan-Nya.

3) Al-Haibah : Menghadirkan rasa gerun terhadap kekuasaan Allah SWT, sejurus dapat merasai kehebatan Allah.

4) Ar-Raja' : Mengharapkan rahmat Allah SWT dengan penuh harapan bahawa ibadat kita akan diterima.

5)
Al-Haya' : Berasa malu kepada Allah kerana kecuaian dalam mengotakan janji kita terhadap-Nya dan kekurangan kita dalam melakukan ibadat kepada-Nya.



"Sesungguhnya Solat itu dapat mencegah daripada perbuatan buruk dan mungkar." (Al-Ankabut: 45)

"Sesungguhnya seseorang yang sedang bersolat itu sedang bermunajat dengan tuhannya." (Riwayat Bukhari)

Saturday, October 19, 2013

Semalam yang berlalu

14 Zulhijjah 1434H
~cek malu~


Malam ini
dapat update terbaru
aku kaku
kelu
dan risau
sungguh tidak ku duga sama sekali
atas pemberitahuan
sepertinya aku melangkah naik satu anak tangga
menuju kedewasaan
apakah perasaan ini
sungguh sukar aku mengerti
masih ada masa buatku
timbang tara
juga muhasabah
dalam menuju saat itu.

Hakikat

Assalamualaikum..

Lama sudah tak update blog. Saya sibukkah? Ya dan tidak. Ada masa-masanya.

Hari ini hanya mahu mencongak masa hadapan. Tentang hakikat yang satu perkara itu akan berlaku sama ada dalam masa terdekat atau tak.

Allah, sungguh saya tidak pernah terfikir. Lidahku kelu tanpa kata.
Saat itu, di benakku ini terfikirkan bagaimana untuk berhadapan dengan situasi itu?

BAGAIMANA?
BAGAIMANA??
BAGAIMANA???

Ia berkenaan persediaan mental saya.

Ya Allah, saya harus membuat persediaan.


Saturday, September 28, 2013

Fraser Hill -Part 1

Assalamualaikum. Apa khabar teman? Semoga kamu sihat sentiasa dan dalam nikmat iman. Alhamdulillah. Huung minggu lepas saya berkesempatan ke Bukit Fraser, Pahang, Malaysia.

Tujuan asal ke sana, untuk menemani sahabat saya melihat-lihat kawasan untuk dia melakukan kajian untuk 'Final Year Project'. Alhamdulillah, syukur saya sampai di sana. Membantu sambil makan angin.

Bukit Fraser terletak di sempadan Selangor dan Pahang. Kami bergerak ke sana melalui Gombak -> Ulu Yam -> Batang Kali -> Kuala Kubu Baru -> Fraser Hill. Perjalanan yang jauh, tetapi menarik. Jom kita lihat gambar-gambar yang sempat saya tangkap.


Empangan Kuala Kubu Baru. Waktu ini selepas asar. Air yang ditakung adalah sedikit. Kalau penuh, batu-batu itu tak akan nampak.

Air Sungai ini mengalir dari Kampung Orang Asli Pertak ke Empangan Kuala Kubu Baru.
Subhanallah, seperti padang rumput.


Kampung Pertak. Jom cari katak.



Perjalanan diteruskan ke Bukit Fraser. Sampai di atas destinasi ketika bulan sedang mengambang. 


Dengan kamera Samsung Young, gambar ini di rakamkan.
Saat ini cuaca sejuk, ditambah dengan angin segar malam. Subhanallah.
Ini adalah pusat bagi Bukit Fraser. Ketika saya di sini, pukul 12 tengah malam.
Suasana lengang, dek pengunjung belum sampai.

Ros tumbuh dengan cantiknya.
Sunyi...
Okey, sampai sini dahulu. Semua gambar di atas hasil perjalanan hari pertama. ^___^


"Traveling-it leaves you speechless, 
then turns you into a storyteller" -Ibnu Batutta.