Thursday, January 29, 2015

Cari Idea untuk....

Assalamualaikum..

...Hantaran.

Sebenarnya lebih kepada nak tinggalkan jejak. Nanti berguna bila nak buat bekas hantaran. =) Ini gara-gara mahu kurangkan belanja. Almaklumlah, belum bekerja.

Ungu putih

Unik

Ok, nanti sambung survey.
 


Monday, January 26, 2015

Tanyalah Ustazah 2015


TANYALAH USTAZAH JANUARI 2015

Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria

Tajuk: AZAM SEORANG ISTERI 


Tuesday, January 20, 2015

Jahit kaff ke Lengan baju



Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, masih di beri kesihatan dan nikmat masa. 

Entri ini tentang cara nak menjahit kaff pada lengan baju, versi saya. =) Sebelum ni ulangkaji nak pasang kaff dari banyak blog. Jadi inilah versi ain.

Ukuran untuk saiz ain terlupa nak tangkap gambar, nanti boleh rujuk sini . Antara blog yang saya rujuk. Kualiti gambar yang tak seberapa, guna Galaxy Y sahaja.


Kaff yang telah dilekatkan pada kain (bahagian dalam).
Lipat bahagian atas, 1/2 inci tu untuk dijahit mesin.

Lipat tindih ke luar. Jahit mesin dibahagian kanan dan kiri kaff. jahitan lajak ke atas xpa.

Terbalikkan kaff selepas jahit.
Potong kain yang lebih, tinggalkan dalam 1/2 inci untuk sambung ke lengan.

Jahit 1 tapak mesin.
Bahagian luar kaff bertemu bahagian dalam lengan.

Bahagian 1 tapak mesin tadi lipat masuk ke dalam bahagian kaff. Jadi nanti ia akan tersembunyi. 

Jahit atas kaff untuk sembunyikan sambungan tadi.


Akhirnya.

Sekian, ulangkaji pasang kaff versi saya. Semoga bermanfaat.

____   ^_^   _____ 




Friday, January 9, 2015

Jumaat di RabiulAwwal

Assalamualaikum.

Entri pertama dalam 2015. Alhamdulillah masih lagi diberi nikmat hidup.
Jumaat sebelum sekolah dibuka. Hujung minggu ni pasti ramai yang sibuk dengan agenda persiapan ke sekolah. Bagi saya, sesi mencari kerja bermula sekali lagi.