Thursday, July 18, 2013

Redha

Assalamualaikum. 
Lama tak melayari internet. Sibuknya saya. Bermula hujung minggu lepas, maksu sekeluarga datang ke rumah. Saya ingatkan Ramadhan ini, tiada tamu di teratak ini. hmm... Terus, rumah perlu dikemas. Bilik tamu merangkap bilikku harus di 'caantikkan'. Almaklumlah, balik dari varsiti yang lalu, sangat banyak barang yang di bawa pulang.

Selasa dan rabu semalam. Perjalanan jauh Jitra-KLIA. Menjemput adinda yang pulang dari Mesir. Alhamdulillah, selamat semuanya.

Di rumah ini, demam menjengahku. Apakah sebab habuk yang banyak @ aircond yang sungguh sejuk @ terkejut melihat keputusan peperiksaan yang agak teruk? Saya tak pasti.

Result exam saya tengok semasa tunggu flight Etihad Air landed. Terkejut saya. Allah. Bersabar ya diriku. Satu subjek dapat D+. Makanya, saya perlu ulang subjek ini. Bagi varsiti lain, itu masih lulus. Tapi kami kira GAGAL.

Saya berkeyakinan yang kali ini insyaAllah boleh lulus semua. Tapi, Allah Maha Besar. Dia menggagalkan saya. Pasti ada hikmahnya. Nak kata saya tak ulangkaji, sudah dibuat sebaiknya, meski banyak perkara yang berlaku di luar kawalan saya. 

Jadi, saya harus redha dengan apa yang berlaku. Masa untuk check diri balik apa dosa yang membuatkan kejayaan dalam pelajaran masih saya belum dapat genggam. InsyaAllah, saya kena pastikan yang saya akan bergraduasi 2014 nanti . Doakan saya. 


Tuesday, July 2, 2013

Jalan-jalan FLORIA 2013

Assalamualaikum.. hari ni nak kongsi gambar-gambar sekitar FLORIA PUTRAJAYA yang saya pergi sebelum balik bercuti baru-baru ini. 
Jerebu ku harungi tika itu.

Jom layan.. ~__~













Semuanya milik Allah. Subhanallah.