Sunday, June 30, 2013

Penyokong & Pembela

Assalamualaikum teman.

Alhamdulillah peperiksaan akhir semster telah berakhir. Detik ini, saya di desa. Masa berbakti pada orang tua.

Usai solat maghrib tadi, saya meneruskan tilawah al-Quran. Sudah sampai surah As-Soff. Alhamdulillah. Ayat terakhir surah ini kena bagi diriku.


Maksudnya: 
Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)? Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Isra'il beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.
   
Allahu Allah. Sungguh saya  berasa Allah sedang berbicara padaku.

Hawariyyun berkata mereka adalah Ansarallah.

Nah!!! Untuk kamu Cahaya Mataku Yang Cerdik.

Nikmat mana yang lagi yang kamu mahu dustakan.

Allah Maha Tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.

Bersabarlah atas apa yang berlaku.

~Sungguh Dia selalu ada buatku.

Sunday, June 23, 2013

Enter


Sama juga dengan keadaanku. Lauan telah Allah sediakan. Aku harus kuat untuk melaluinya.

Laluan atau lorong itu kadang-kadang menyesakkan. Penuh ranjau yang tak ku tahu.

Tahniah teman-temanku yang bakal bergraduasi. Aku masih disini. Terus melata di bumi Malaya. Mencari sinar permata yang hilang dulu.

Friday, June 21, 2013

Jerebu lagi

Bismillah. Assalamualaikum warahmatullah.

Alhamdulillah petang tadi selesai menjawab kertas Neurochemistry, di Dewan 4, Bangunan Peperiksaan.

Alkisahnya, jerebu lagi. Ya Allah, jaga kesihatan kami.

Pagi tadi, saya sempat melihat data Indeks Pencemar Udara (IPU) yang dikeluarkan oleh Jab. Alam Sekitar. Pulang dari dewan, usai solat Asar, saya kembali melihat IPU. Allah, semakin teruk.

Kalau nak tengok, klik sini.

Dekat semenanjung ni, paling teruk terkesan : Johor. Sampaikan ada sekolah yang telah diarahkan tutup sebab udara sangat tercemar.

Sebab jerebu berlaku sekarang, yang saya dapat dari Jab. Alam Sekitar:

  • Pergerakan asap jerebu tebal dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia.
  • +++
  • tiupan angin dari arah barat daya ---> bawa pencemaran jerebu ke kawasan Pantai Barat & merentasi ke kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Ambil langkah bijak masa jerebu ini, contohnya

  • pakai penutup hidung dan mulut untuk elak jangkitan pada saluran pernafasan
  • tak perlu keluar rumah kalau tiada keperluan
Bandaraya Melaka semalam. Sumber: Berita Harian


^__~
#Semoga diberi kesihatan yang baik buat semua teman-teman sepanjang minggu peperiksaan ini.

#Harapnya ada tindakan dari kerajaan Indonesia dalam mengawal kebakaran sebab kita tak boleh nak kawal angin monsun yang Allah jadikan.




Wednesday, June 19, 2013

^___^


Dua Subjek Selesai

Assalamualaikum.

Hari ini rabu, 10 Shaban 1434. Alhamdulillah peperiksaan Microbial Technology dan Physiological and Medical Biochemistry sudah selesai pada isnin dan semalam. Moga Allah berkati usahaku. Moga skrip jawapanku mengena di hati pensyarah.

Subjek seterusnya ini juga menguji keimanan dan kesabaran daku.

Neurochemistry.
Chemistry of the neurons. How amazing there are. But, the things is, find out the lecture notes is not such amazed. haha.

Neurokimia ini juga berkaitan dengan perubatan. Boleh jadi pelajar perubatan lah kot. ye ke?? Tak layak saya.

Neuron-neuron berda dalam di bahagian otak kita.



That's all for this post. Continue searching for notes. 
Read, understand and remember. May Allah bless. Lillahi taala. 

Sunday, June 9, 2013